بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


November Top 10 Paling Popular
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan November sudah sampai ke penghujungnya. Aktiviti blogging pada bulan November ini pula macam yoyo, asyik turun naik. Sering tiada masa yang tepat untuk menumpukan perhatian kepada blog terutama dipenghujung bulan ini. Kebanyakkan blogger juga pasti mengalami situasi yang sama tatkala musim cuti sekolah bermula.

Kurangnya dapat blogwalking ke blog-blog sahabat juga memberi impak kepada jumlah komen. Tapi semua ini adalah asam garam dan pahit manis ber 'blogging'. Terima kasih kepada sahabat dan tetamu yang masih setia bersama dan buat mereka yang mencari maklumat dan ilmu di blog ini.

Kesan robot.txt

Sejak awal November ini, sedikit impak berlaku kepada blog ini apabila bertukar kepada template baru. Trafik dan data blog ini berlaku penurunan yang mendadak akibat masalah pada robot.txt di head html template yang memberi kesan kepada robot enjin carian google untuk crawl blog ini.

Masalah tersebut telah menyebabkan jumlah data blog yang di indeks oleh google (index status - google webmaster) tiba-tiba jatuh. Namun Alhamdulillah... kini ianya telah kembali normal.

masalah robot.txt

Kembali kepada topik entri ini. Untuk makluman, termasuk kiraan entri ini, sejumlah 30 post berjaya diterbitkan disepanjang bulan November ini. Hanya dua entri yang disasarkan untuk target trafik dan ianya berjaya menampung kekosongan trafik pada awal bulan.

Berikut adalah senarai top 10 popular post bulan November di Relaks Minda. Pemilihannya berdasarkan jumlah pageview pada bulan November. Walaupun beberapa entri target trafik masih mendominasi carta tetapi entri niche masih dapat menarik perhatian dan menjadi carian di blog ini.

Top 10 Popular Post - November 2014

Peraturan Baru Tahap Ketelusan Cahaya Cermin Gelap Kereta
Peraturan baru tahap ketelusan cahaya kenderaan
Idea Kreatif Barang Terbuang - Kitar Semula
Idea kreatif barang terbuang
November Top 10 Paling Popular
Pageview November Relaks Minda - Blogger

Apa pula entri yang paling popular di Bulan November ini? Ianya bukanlah sebuah entri popular dari segi populariti atau jumlah trafik. Topik yang dipaparkan juga bukanlah tentang isu semasa atau berita sensasi.

Entri paling popular ini berada di tempat teratas carta kerana ianya popular di hati. Kisahnya sungguh meruntun hati dan jiwa setiap insan.
Kisah adik Izz yang baru berusia tidak sampai 2 tahun tetapi terpaksa menanggung derita sejenis penyakit yang paling rare di Malaysia. Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome dimana usus kecilnya terbelit, mati dan terpaksa dipotong dan kini tinggal hanya sepanjang 8 cm! Bandingan dengan manusia normal, usus kecil biasanya sepanjang 6~8 meter!

Perjuangan Muhammad Izzsyraq AzraqPerjuangan Muhammad Izzsyraq AzraqBuat masa ini tiada jalan penyelesaian utk mengubati penyakit ini dan dengan teknologi yang ada sekarang ini, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja pilihan terbaik untuk memudahkan penghadaman oleh ususnya yang pendek itu tapi sampai bila? Hanya keajaiban ALLAH sahaja yang dapat membantu Adik Izz.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah Adik Izz, anda boleh terus ke entri Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq atau terus ke blog keluarga Izz : ekjozbuluh.blogspot.com 

Semoga keprihatinan, bantuan dan doa dari anda semua dapat membantu memberi kekuatan dan meringankan beban Adik Izz dan keluarganya dalam menempuh ujian yang amat besar ini. Semoga Adik Izz akan sembuh dan menjalani kehidupan yang sempurna seperti manusia normal yang lain... Amiin.

Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq
 Semoga senyuman ini akan kekal selamanya...


p/s: Sebenarnya sukar dan luluh rasa hati nak menulis kisah Adik Izz namun kerana permintaan YY dan atas dasar keprihatinan serta tanggungjawab sesama insan... dikuatkan juga untuk berkongsi kisah ini...

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

28 comments - "November Top 10 Paling Popular"

Khir Khalid delete icon 9:01 PTG

Saya pun amat terkesan dgn kisah perjuangan adik Izz tu.. mmg mendalam lah..
Apa pun semoga BM terus berjaya & tercapai segala yg dihajati... aamiin.

Tahniah BM ..Teruskan berblogging ..Semoga Blog ini akan terus memaparkan pelbagai cerita menarik dan juga kisah teladan yang akan dapat dimanfaatkan untuk kita smeua ..

Nina Mads delete icon 9:17 PTG

tahniah BM ! memang meningkat trafik.. teruskan berblogging :)

kisah Izz menyentuh hati keibuan mama.... terlalu sedih hati ini..
Mama Niza

paridah delete icon 10:08 PTG

TAHNIAH BM ENTRY YG DITERBITKAN SGT BERKUALITI N XRUGI DIBACA PENGGEMARNYA....

maria delete icon 6:49 PG

wah....tingginya trafik. tahniah!!!dan kisah adik Izz sememangnya sangat menyentuh hati..

betul tu BM...musim cuti ni mood berblog semacam ja..nak kena bergilir2 dgn anak2 kat rumah utk guna pc ni hehe

yangbaik delete icon 8:07 PG

Alhamdulillah... entri terbaik untuk tatapan semua

BinMuhammad delete icon 11:06 PG

Semoga adik Izz dilindungi Allah dan diberi kesihatan berpanjangan serta dipanjangkan usia hendaknya

BinMuhammad delete icon 11:06 PG

Terima kasih lya... Semoga anda juga berjaya dalam berblogging :)

BinMuhammad delete icon 11:08 PG

Bulan November...trafik menurun sebenarnya tapi amat2 bersyukur dgn pencapaian. Thanks AM

theizzs delete icon 11:08 PG

Terima kasih saya dan keluarga ucapkan! Semoga dengan doa semua, adik Izz akan sembuh. Tak mapu kami sekeluarga membalas budi semua

BinMuhammad delete icon 11:09 PG

Bukan normal rasanya kalau tidak tersentuh dgn kisah adik Izz ni...

BinMuhammad delete icon 11:09 PG

Terima kasih akak diatas sokongan selama ini...amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 11:13 PG

Terima kasih maria... sama2 kita doakan yang terbaik buat adik Izz

BinMuhammad delete icon 11:14 PG

Musim cuti sekolah... rutin dah tak jadi seperti biasa... luar biasa!

BinMuhammad delete icon 11:15 PG

Kita doakan yang baik-baik buat Izz dan keluarganya...

BinMuhammad delete icon 11:18 PG

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Semoga anda sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh dan menerima ujian dari Allah swt ini. Sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Kami semua doakan semoga adik Izz sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti insan lain...amiin.

Unknown delete icon 11:43 PG

Tahniah! Teruskan berblogging. ;D

Unknown delete icon 8:40 PTG

kisah adik Izz yg meruntun jiwa . sebagai muslim kita kena percaya qada' dan qadar . sesungguhnya dia insan terpilih untuk melalui ujian Nya . semoga Allah permudahkan adik Izz untuk melaluinya ... aaamin .

Siapa pun juga akan tersentuh hati membaca kisah anakanda Izz ini BM
Kakak memula baca luruh airmata
Kemampuan kita selain menderma juga dgn doa...

Fiza Rahman delete icon 10:01 PG

Terbaik lah BM. Tahniah. Bila lah blog saya nak capai PV puluhan ribu nih.

Ok. Nak baca kisah adik izz jap.

artikelnya sangat bagus di tunggu artikel bagus lainnya,, sukses slalu buat websitenya terima kasih

OKje delete icon 12:12 PTG

Memang sedih tu.....okje ni sejak dah kilauan cukup sensitif benda benda gini....tengok cite Big Heto pun boleh nangis kelakar tak? Huhu

Tanpa Nama delete icon 11:19 PTG

blogger Yana pun ada minta kathy buat entri tentang adik Izz ni,tapi buat masa ni belum dapat lagi beri komitmen sebab sibuk baru balik ni.. inshaAllah sikit masa lagi nak buat entri setelah baca detail lengkap pasal sakit adik Izz ini..inshaAllah..

HAMIDIsP delete icon 4:10 PTG

Semoga terus sukses berblog BM..:)

Bunda_nora delete icon 4:36 PG

Semoga keluarga Adik Izz diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan..

Yana Yani delete icon 5:17 PTG

terima kaish berkongsi kisah ni BM
moga lebih ramai yang mengetahui mengenainya =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap