Relaks Minda

Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu | Relaks Minda Relaks Minda
Relaks Minda, Updated at:

Friday, 26 April 2013

Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu


Assalamualaikum.... Kali ini saya ingin memperlihatkan kepada anda beberapa tips dan kreativiti dekorasi untuk ruang tamu di rumah anda. 
kreativiti dekorasi ruang tamu
Mungkin ruang tamu seperti ini menjadi idaman ramai.
Saya bukanlah seorang yang bertauliah dalam bidang ini atau berkepakaran namun untuk tidak menghampakan permintaan saya cuba memberikan yang terbaik hasil dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman saya. Semoga ianya dapat memberi sedikit panduan buat Meiza Jhaa K. dan anda semua.

Salinan komen permintaan Meiza...Ingin lihat sepenuhnya di SINI
Entri ini sebagai hadiah yang Mieza minta 

Sebenarnya banyak pilihan kreativiti dekorasi ruang tamu yang boleh anda dapat bila anda cari dengan Pakcik Google...Namun apa yang saya perhatikan, ianya kurang sesuai kerana dekorasi ruang tamu lebih kepada rumah yang mempunyai ruang yang besar dan mewah. 

Kebanyakan dari kita hanya mempunyai ruang tamu yang terhad tapi inginkan dekorasi yang menarik serta ruang yang tampak luas. Itulah matlamat utama kita. Untuk itu beberapa perkara harus anda pertimbangkan dalam mendekorasikan ruang tamu anda. Ada juga yang inginkan ruang tamu yang bertema seperti english, tradisional, bali, oriental, japanese, timur tengah dan sebagainya. Terpulanglah kepada anda namun apa yang akan saya berikan ini adalah perkara asas yang di perlukan dalam mendekorasikan ruang tamu.

1. Keluasan dan Lakaran 
Dapatkan keluasan sebenar ruang yang anda ada. Ianya penting untuk bentuk, jenis dan jumlah perabot yang anda inginkan. Buat lakaran  anggaran perabot yang anda inginkan dan susunkan dalam keadaan yang anda rasa anda inginkan. Dari sini anda akan dapati berapa banyak ruang kosong yang anda ada. Anda juga dapat lihat jumlah perabot tersebut bersesuaian atau tidak bergantung kepada keluasan ruang kosong yang anda inginkan. Jangan lupa letakkan juga anggaran saiz perabot tersebut agar mudah untuk memilihnya nanti.

kreativiti dekorasi ruang tamu

Pilihlah bentuk dan susunan perabot megikut kehendak anda. Tapi ingat!... motif utama anda mahukan ruang yang luas...Maka jangan terlalu penuhkan ruang tamu anda dengan perabot. Pilih apa yang perlu sahaja. Bagi ruang tamu yang terhad dan sederhana luas...Susunan perabot dan peralatan lebih elok dirapatkan kedinding agar ruang dapat digunakan semaksimum mungkin untuk lebih banyak ruang kosong.

kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu

2. Siling, Lantai dan Keperluan Asas
Setelah lakaran asas susunan perabot dilakar, barulah pengubah suaian ruang tamu dapat dilakukan. Perkara pertama adalah siling. Jika anda ingin membuat plaster siling, pilihan rekabentuk siling janganlah terlalu berserabut melainkan ianya mengikut tema anda. Pastikan kedudukan keperluan asas seperti lampu, kipas atau penghawa dingin ditempat yang sesuai dan ianya mesti selari dengan susunan perabot dan peralatan. Jika ianya salah di peringkat ini...amat sukar untuk anda memperbetulkannya.

Pencahayaan sempurna penting kerana ianya dapat memberikan suasana yang cerah kepada ruang lalu memberi impak keluasan. Cahaya sebaiknya tidak menyilaukan tapi memberi kecerahan yang secukupnya. Namun perlu juga diingat tidak semestinya juga lampu harus berada di siling. 

Lantai jika menggunakan tile, pastikan ianya berwarna cerah. Namun jika anda seorang yang sukakan kelainan, tidak salah jika ingin mencuba. Tapi harus diingat...sekali tersilap, tiada pembetulan dapat dilakukan dengan mudah. Jika menggunakan tikar getah, pemilihan corak dan warna adalah amat penting. Lakukan suai padan terlebih dahulu. 

kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu

3. Warna Dinding
Warna memainkan peranan penting dalam dekorasi ruang tamu. Pastinya pandangan pertama yang terpandang adalah warna dinding. Untuk ruang yang terhad, warna dinding teramat penting. Untuk selamat...warna putih atau warna yang cerah dan lembut amat sesuai dalam memberi suasana ruang tampak luas. 

Namun jangan terlalu terkongkong dengan warna tersebut, anda boleh juga mencuba dengan kombinasi warna yang bersesuaian. Padanan warna anda boleh dapatkan dari kedai cat. Jangan takut pula untuk mencuba sesuatu yang lebih kreatif dan berbeza. Banyakkan mencuba kombinasi warna sebelum membuat pilihan. 

Pilihan terkini, dinding rumah anda juga boleh ditampal dengan wall paper. Sekarang pelbagai rupa ada, bukan sekadar corak malah gambar juga boleh di buat wall paper. Namun berhati-hati, pemilihan yang salah akan memberi ruang tampak berserabut dan sempit.

Satu perkara biasa yang menjadi kebiasaan ramai adalah mewujudkan satu dinding tumpu yang biasanya berwarna kontras dan berbeza. Ia juga salah satu kaedah memperluaskan ruang kerana memberi impak perspektif dimensi kepada ruang tamu.

kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu

4. Pemilihan Perabot dan Peralatan
Ini sangat penting bagi sebuah ruang tamu yang mempunyai keluasan yang terhad. Dari lakaran tadi anda telah dapati bagaimana ruang tamu anda dipenuhi dengan perabot. Pemilihan perabot yang bersesuaian saiz dan keperluan adalah penting. Anda perlulah rajin pergi menjelajah ke kedai-kedai perabot untuk melihat sendiri bentuk dan saiz kerana jika tersalah pilih ianya amat merugikan.

Warna perabot juga penting....ianya perlulah serasi dengan warna dinding. Kepelbagaian warna dan corak haruslah berpadanan. Tapi jangan pula terlalu terperangkap dengan warna. Untuk sebuah ruang tamu moden...warna-warna garang lebih menjadi pilihan. Suai padan warna sebelum memilih. 

Selain dari itu pemilihan jenis perabot juga perlu dititik beratkan. Tapi ianya terpulang kepada kehendak, kelasakan dan jangka hayat penggunaan serta kemampuan anda. Peralatan juga haruslah minimal. Asas peralatan bagi ruang tamu seperti tv, audio sistem, dan rak sudah memadai. 

kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu

5. Perhiasan
Langsir memainkan peranan utama. Jangan salah memilih warna langsir kerana impaknya akan mencacatkan keseluruhan ruang. Lakukan tambahan perhiasan yang minima seperti pasu, bunga, ukiran dan sebagainya. Gambar didinding juga mampu menyerlahkan ruang tamu anda. Lampu hiasan di siling juga mampu memberi impak yang besar pada keseluruhan ruang tamu anda

Untuk impak keluasan, anda di sarankan menggunakan cermin yang besar. Pembalikan imej ruang di cermin memberi impak menampakkan seakan ruang yang luas.

kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu

6. Lain-lain
Apa yang lain-lainnya? Ini adalah sekadar peringatan. Jika anda suka mengubah kedudukan susunan perabot, anda di sarankan tidak menggunakan perabot yang terlekat di dinding dan terlalu berat. Begitu juga susunan lampu atau kipas, pastikan ianya di kedudukan yang seimbang di siling maka ianya tidak janggal apabila tidak selari dengan susunan perabot. 

Untuk mengurangkan penggunaan perabot, anda boleh tiru ruang tamu gaya orang jepun. Hanya bersila di depan meja tanpa kerusi. Perlu juga anda ketahui, bukan hanya tema moden dan ringkas sahaja dapat memberi impak keluasan dalam mendekorasikan ruang tamu anda. Warna juga tidak semestinya perlu berbeza dengan peralatan dan perabot.

kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu
kreativiti dekorasi ruang tamu

Ini adalah sekadar tips dan panduan dari apa yang saya praktikkan sebelum saya berpindah rumah 3 tahun dahulu. Ianya berguna kepada saya dan semoga ianya dapat memberi sedikit panduan buat anda. 

Tiada yang salah sebenarnya dalam kreativiti mendekorasikan ruang tamu anda. Ikutlah selera, kehendak dan kepuasan anda kerana andalah yang akan tinggal dan duduk di situ. Tetamu yang datang hanya seketika tapi kepuasan akan terserlah jika tetamu yang datang menghambur pujian.

kreativiti dekorasi ruang tamu
Semoga anda berpuas hati... Diingatkan sekali lagi, saya bukanlah pakar dalam bidang ini, segalanya adalah pendapat saya. Masih banyak kekurangan namun yang baik jadikanlah panduan...yang buruk jadikan sempadan. Saya amat sukakan kreativiti. Belajar dari bacaan, pemerhatian dan pengalaman.

P/s: Selamat hari jadi Meiza! Semoga tertunailah sudah permintaan anda :). Jangan lupa share rupa rumah baru anda nanti.
Admin...

57 comments:

  1. Wahhh rumah BM mesti cantikkan? Rajin cari idea.
    Thank you BM; gambar semuanya cantik2.
    Paling suka gambar last; semua putih. Buka pintu jah, dah depan laut. Bestnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat memberi sedikit panduan. Rumah saya tidaklah cantik mana...biasa je.
      Thx MG

      Delete
  2. Semua cik akak suka..cik akak memang minayt design cam nie..hihi...Kalau ade rezeki nak gak buat ruang tamu cam nie...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruang tamu yang simple dan selesa, itu adalah pilihan terkini.
      Thx Nao Mei :)

      Delete
  3. Wahhh terharunyaaa... terima kasih banyak2..suka2.. Maaf la lambat datang..semalam dah baca tapi xdapat komen lagi..hihi..

    saya suka gambar no4 dari atas..sgt simple..sesuai dengan ruang tamu rumah saya yang memanjang.. Terima kasih ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Meiza dapat mendekorasi ruang tamu mengikut kesesuaian dan kehendak diri. Saya sekadar memberi panduan dan gambaran pilihan. Jgn lupa share keadaan rumah baru itu nanti :)

      Delete
  4. kemas,perabot pun tak banyak sangat,bersih,warna terang...memang cantiklah...ruang tamu idaman...

    p/s:request ruang dapur pulak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...ada lagi permintaan :) Insyaallah....
      Terima kasih Ummi

      Delete
  5. memang boleh dijadikan rujukan bila nak pindah rumah nanti...
    tq BM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Ibu, ini sekadar panduan dari seorang yang tidak bertauliah. Jika elok...ambillah sebagai rujukan, jika tidak..buatlah sekadar hiburan hehe...

      Delete
  6. salam..cantik kemas dan teratur saya suka pic pertama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Setiap orang pasti mempunyai citarasa tersendiri :)

      Delete
  7. yang ruang tamu hijau tu sakit mata pula sebab terang sangat warna pu menonjol sangat2 heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang tidak suka tapi ada juga yang suka...Minat seseorang itu sgt subjektif... :)

      Delete
  8. serius cantik..suka yang hijau tu.. kalau ada rumah nak buat cm tulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Acik, semoga ianya dapat dijadikan panduan.

      Delete
  9. alahai cantiknya..... jadi idaman mia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia datang lagi... Terima kasih Mia, yg mana satulah yg menjadi idaman tu :)

      Delete
  10. rumah idaman, cantik dan menarik, agak2nya bilalah impian ini akan tercapai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...pasti suatu hari akan tercapai :)

      Delete
  11. assalamualaikum ... impian saya pada rumah cuma satu ... rumahku syurgaku ... pasti ada keindahannya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Pastilah...tiada yg istimewa dari rumah sendiri. Dihias mengikut citarasa sendiri. :)

      Delete
  12. semua cantik2 dan berkenan dihati..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak nah, semoga ianya dapat serba sedikit memberi idea dan pandauan.

      Delete
  13. oh.... interiour designer rupanya...
    OKje suka yg moden tp oleh kerana budgetnya tak berapa nak ada so guna ajelah apa yg ada hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan interior designer... Sekadar menulis berdasarkan pembacaan, pemerhatian dan pengalaman.
      Elok diguna mana yg ada, jgn membazir...saya suka tu :)

      Delete
  14. Salam di tengah malam..

    Semuanya aduh bagus dan menawan, yang warna biru menjadi idaman, cantik aturan kemas kediaman, nak jugak ruang tamu yang sesuai dengan jiwa kalbu..insyaAllah tengah dalam persiapan...
    Terimakasih ya tuan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dilewat malam...

      Semoga ia dapat memberi idea dan panduan buat Ummi.

      Delete
  15. salam..
    cantik-cantik belaka...memang kreatif betui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cikgu...
      Semoga memberi idea jika mahu megubah rupa ruang tamu

      Delete
  16. wah semua menarik2 ni ! tq share yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx juga KA...Semoga dapat sedikit panduan dan idea :)

      Delete
  17. huhu... sumenya cantik dan sejuk mata memandang... suka sgt2 tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ieta,
      Semoga ianya berguna utk anda :)

      Delete
  18. eeeee osemnyeee ! yg siling pink tuuu ngn langsir hijau tuuu wahh adore sgtt.. wrna wrni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau masih merupakan kegemaran Mar...
      Terima kasih, semoga ianya dapat memberi sedikit panduan

      Delete
  19. Keren banget dekorasi ruang tamunya,,, bener2 kreatif, makasih y Gan buat postingannya. :)

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah betah nian di rumah yang serba indah

    ReplyDelete
  21. tgh dibelenggu untuk susun sofa dan meja makan di ruang tamu...arghh...mcm mane yer,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...kenapa tak perkenalkan diri. Komen anonymous selalunya spam. Tapi anda saya kecualikan...lain kali minta jasa baik...gunakan nama ye :)

      Tanpa info keluasan dan bentuk ruang sukar untuk saya memberi panduan. Anda cuba lakukan lakaran dulu...mula bermain dgn pelbagai susunan. Apabila ada lakaran yg sesuai barulah mula mengubahnya.

      Delete
  22. Saya suka sangat perenggan yang agak akhir, tiada betul/salah dalam dekorasi. Citarasa pemilk menentukan segala tatarias ruang rumah. Namun pemilk pastinya yang berilmu dapat menterjemah apa yang diingini dengan lebih baik, ekonomikal & praktikal. Nasihat ibu saya, "buatlah pelan2..." Indeed it will take years to actually own and happy with one's own taste of living space.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka dengan nasihat ibu anda...tiada yg lebih nikmat dan puas selain dari hasil dari idea dan tangan sendiri.
      Terima kasih azura.

      Delete
  23. wah, saya belum ada rumah sendiri. tapi seringkali berangan2 nak decorate rumah sendiri. tapi... serius sy tak reti nk menghias rumah, even nak mengemas pun saya tak tahu.. owh poor baby.
    but the truth is I love semua gambar yg ada kat atas tu.rasa berkobar2 nk ada rumah sendiri :)

    ReplyDelete
  24. Terima kasih atas informasi yang sudah disampaikan sangat menarik
    salam kenal aja gan !

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas info rumahnya ya. RUmah saya masih ksong itu sebab cari ilmu. lawati juga blog saya: noorainieothman2.blogspot.com yang sdang cari idea hias rumah. tk

    ReplyDelete
  26. betul...betul...betul.... macam mana cantik pun rumah, semua atas citarasa sendiri... air tgn sendiri yg hasilkan, lagi rasa puas (atau mungkin x mampu nak upah interiordesigner? ) ;)
    tapi betul, lain rasanya buat /idea sendiri... rasa ada keunikan... saya pun baru 10 bln masuk umah sekarang ni... renovate & hias cara sendiri.... x mampu buat banyak2, kita buat sikit2....

    ReplyDelete
  27. Wah...cntiknya semua ruang tamu2 d atas, trutamanya no.8 dri ats....brwrna wrni...

    ReplyDelete
  28. Kalaulah dah ada rumah sendiri nanti...... aduhaii, speechless

    ReplyDelete
  29. kreatif dekorasi ruang tamu ini BM.. dekorasi sendiri pastinya lebih menjimatkan dan puas hati..

    ReplyDelete
  30. wahh, memang kreatif habis diorang deko nih.

    ReplyDelete
  31. saya dalam proses akhir pembinaan rumah sendiri. Teruja nk menghias tapi pada kos yg sederhana. Terutama deko utk ruag tamu dan dapur. Pemilihan cat juga masih dalam proses pencarian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit idea dan panduan buat anda. Teruskan mencari lagi pelbagai idea, pilihan dan pandangan sehinggalah dapat yang paling memenuhi citarasa anda. Biar lambat tapi puas hati... :) Semoga berjaya!

      Delete
  32. Good tips. Bestnya kalau dapat ruang tamu macam ni. Nak buat dekorasi pon kena ada budget juga kan ☺

    ReplyDelete

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 

Blog Rank

Blog Archive

PING Service

Backlink

Active Search Results Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Author : Google+