Kreativiti Kitar Semula - Botol PlastikAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kembali lagi dengan entri kitar semula. Aktiviti menarik dan berbaloi untuk kita semua.

Sebelum itu, anda semua mesti pernah menggunakan botol plastik dan yang paling menjadi  kebiasaan pasti ianya botol air minuman.

Jika setiap seorang penduduk Malaysia membeli sebotol air minuman sekali setahun, ini bermakna ada sebanyak 28 juta botol plastik yang akan di buang! Itu jika sekali... tapi berapa kalikah dalam setahun anda membeli air minuman di dalam botol ini? Jadi anda dapat bayangkan sendiri berapa banyak botol plastik yang akan di buang!

Tahukah anda pula berapa lama botol plastik ini akan mereput secara semulajadi? Jangan terkejut kerana ianya akan mengambil masa lebih kurang 450 tahun! Jika botol-botol plastik ini terus-terusan dibuang di tempat pelupusan... dan dari jumlah penggunaan kita tadi, anda boleh bayangkan apa akan jadi dengan alam sekitar dan kehidupan kita.

Peranan Kitar Semula

Disinilah peranan utama kitar semula. Menggunakan kembali bahan terbuang untuk di olah semula menjadi bahan yang berguna. Botol-botol plastik merupakan bahan yang boleh di kitar semula. Pusat pengumpulan bahan terbuang akan mengasingkan botol-botol plastik ini mengikut material dan jenis botol-botol tersebut. Kemuadian ianya akan di hantar ke kilang untuk proses. Botol-botol ini akan melalui proses dimana ianya akan dijadikan material asas untuk pembuatan semula pelbagai produk plastik termasuklah botol plastik.

Kitaran ini amat penting dalam mengurangkan pengeluaran sumber alam yang membawa kepada kemusnahan alam semulajadi. Ianya juga dapat mengurangkan kadar bilangan botol plastik yang terbuang begitu sahaja yang sudah pasti akan mencemar alam persekitaran dan kehidupan kita.

Kini anda sudah faham betapa pentingnya kitar semula kepada kita dan alam semulajadi. Oleh itu setiap orang perlu terlibat dalam aktiviti ini. Mulai hari ini juga, janganlah di buang, kumpulkanlah semua jenis botol-botol plastik yang tidak berguna dan juallah ia di pusat kitar semula. Selain menyumbang kepada pengurangan kemusnahan dan pencemaran, anda juga akan mendapat pulangan wang.

Bagi anda yang tidak mahu menjual botol-botol plastik, anda boleh cuba idea kreatif kreativiti kitar semula untuk mengubah kegunaan botol-botol plastik ini kepada sesuatu benda lain yang berguna dan bernilai.

Kitar Semula Botol Plastik

Mungkin idea-idea berikut dapat membuka minda dan membei idea untuk mengitar semula botol-botol plastik yang mungkin berguna buat anda.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Satu kegunaan botol plastik yang amat mudah. Idea yang sungguh kreatif
dan sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda cubalah :)

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Bagaimana dengan kreativiti kitar semula diatas ini? Tidakkah ianya 
menjimatkan tetapi praktikal. Kelebihan botol plastik yang ringan
dan terapung di eksploitasi sebaik mungkin.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Ini pula idea kreatif kitar semula botol plastik untuk dijadikan lampu hiasan 
yang sungguh anggun dan bergaya sekali. Sedikit kemahiran elektrikal di perlukan. 

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
 
Inginkan kreativiti yang lagi kreatif...anda boleh cuba idea kreatif ini.
Botol plastik pun boleh menghasilkan sebuah bakul/bekas yang amat
unik lagi mempersonakan. 

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Ini juga adalah kreativiti kitar semula botol plastik yang amat menarik. 
Sedikit kemahiran dan kepakaran seni mampu menyerlah botol
plastik terbuang kepada suatu alat kegunaan yang amat menawan
dan eksklusif sekali.

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
Tutup botol plastik juga mempunyai nilai yang tersendiri. Lihatlah hasil
idea kreatif kreativiti kitar semula ini. Sungguh menarik dan menyerikan!

Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik 
Kelebihan botol plastik yang tahan lama, seperti yang anda sudah 
tadi iaitu 450 tahun! Maka ianya amat sesuai dijadikan pasu untuk
pokok bunga hiasan anda mahupun sayur sayuran kegemaran anda.

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaganya demi masa depan generasi akan datang, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja dimana antaranya adalah botol plastik. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah... Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

Catat Ulasan

  1. hurmmm creative sangat..
    bila tengok mmg cantik

    BalasPadam
  2. Cantiknya... Siap boleh jadi lampu hiasan. Nampakh eksklusif lak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang eksklusif...tiada yg serupa!

      Padam
  3. Mmg kreatif...suka part yg boleh tanam tanam tu...jimat kan..x payah beli pasu dah...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...mudah dan murah, bolehlah cuba ye

      Padam
  4. kreatif, tapi tak berani naik bot botol tu...

    utk elakkan pencemaran, botol mesti dibuat dengan bahan yang terbiodegradasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar sekali, sekarang produk2 sebegitu mula mendapat perhatian. Semoga ianya terus diperluaskan lagi.

      Padam
  5. Balasan
    1. Ya memang kteatif, idea yg boleh kita gunakan :)

      Padam
  6. suka idea yang atas sekali tu....
    boleh praktikkan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling mudah dan senang sekali...sesiapa pun boleh buat kan..

      Padam
  7. akak tertarik yg lampu tu...comei sgt...

    beli hotlink kat sini..duit raya utk tuan rumah..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak...semoga murah rezeki.

      Padam
  8. wahhh...tersangatlah kreatif dan inovatif..
    nanti boleh try buat la..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah yg mana berkenan, jgn lupa share kalau berjaya :)

      Padam
  9. mungkin sbb susah nk cari pusat pengumpulan bahan terbuang tu membuatkan orang lebih mudah dengan hanya membuang dalam tong sampah.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya sekarang ni tak perlu pun nak di hantar kepusat pengumpulan, selalu aje ada lori pemungut bahan terbuang ini meronda kawasan perumahan. Tapi kalau nak seribu daya...betul tak :)

      Padam
  10. Kakak dari dulu memang tak buang botol-botol tu BM. Tapi kakak juga tak buat jadi perhiasan macam yg BM tunjuk sebab tak pandai dan tak kreatif. Namun kakak jual. Sebab di belakang taman perumahan kakak ada kilang membeli barang re-cycle ini. Sebab itu rumah kakak kumpul semua yg dah tak guna dan jual..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sumbangan termudah kita dlm menjaga alam semulajadi malah dapat pulangan pula, tabik kat akak!

      Padam
  11. comelnya yang letak pokok tu..siap ada mata lagi..so cute..sangatlah creativenya dia orang ni BM..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kreativiti mereka ini sungguh mengujakan. Tarikan itu penting utk menarik minat sesiapa sahaja

      Padam
  12. lampu hiasan tu cantik..mmg kreatif diorang nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu kemahiran utk membuatnya...tp hasilnya amat cantik sekali

      Padam
  13. alololo... kreatifnya. boleh lah cuba nantikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sahaja Fyna, semoga berjaya ya!

      Padam
  14. subhanallah..cantik dn kreatif betol diorg ni =) agak2nya kalau btol byak cmtu..boleh buat kapal gamaknya hu3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mustahil untuk di buat kapal...hehe
      Begitulah banyaknya botol2 terbuang sebenarnya!

      Padam
  15. Assalammualikum...BM,

    Kreatif sangat-sangat , kat malaysia ada ker yg kreatif macam nie...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam mselim3,
      Kat malaysia ni pun ada, cuma tidak di war2kan. Semoga kitar semula ini menjadi satu industri yg terkenal suatu ketika nanti

      Padam
  16. Memang kreatif.

    Nak tanya, ada orang cakap botol air mineral tak boleh pakai lebih daripada sekali berbahaya kerana ada keluarkan bahan kimia. Betul ke?

    Maksudnya, ada sesetengah orang bila airnya dah habis, dia isi dengan air lagi guna botol yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...botol air mineral ini tidak boleh terdedah dengan suhu lebih dari suhu bilik, kepanasan akan mengaktifkan tindakbalas kimia bahan plastik tersebut.
      Botolnya juga tidak sesuai diguna semula kerana kandungan air yg berbeza akan menghasilkan kesan tindakbalas pd bahan plastik tersebut.

      Padam
  17. paling menarik yg buat surf board tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu yang murah dan unik. Fungsi sama aje

      Padam
  18. sangat kreatif :) lagi-lagi buat lampu dan surf board tu .. wahh cantik ..rakyat malaysia nak buat cm gitu ?? tak cool katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapalah yg kata camgitu...dialah yg tak cool sebenarnya, betul kan Acik :)

      Padam
  19. kreatif sungguh...setengahnya tak nampak dan tak sangka langsung yang ia berasal dari hanya botol minuman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...nampak anggun dan eksklusif pula, bernilai tinggi jadinya

      Padam
  20. mmg kreatif
    bayangkan kalau semua sekreatif sebegitu
    aman dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh semua orang kreatif...tak dptlah saya update entri keativiti ni...hehe

      Padam
  21. klu kreatif dan rajin , macam - macam leh buat . klu dah malas tahap gaban , buang jer la ... lampu , bakul , tanam pokok .... ish ish ish

    BalasPadam
    Balasan
    1. Janganlah di buang...kreativiti ini hanya sampingan, yg utama adalah spt yg diceritakan di perenggan2 awal dan akhir tu...kumpul dan jual ke tempat kitar semula atau pengumpul barangan terbuang. Itu lebih mudah malah mendapat pulangan...

      Padam
  22. sebenarnya kalau kita perah otak kita, macam2 boleh terhasil daripada apa pun barang2 sekeliling kita ni...

    BalasPadam
  23. memang menarik botol2 terpakai tu. kt rumah selalu kumpul byk2 lps tu bawa ke tmpat recycle.

    BalasPadam
  24. teringin nk main luncur air dgn botol..hehe

    BalasPadam
  25. Semuanya cantik dan mengagumkan.. tp klu buat sendiri cam hampeh je.. tk menjadi.. haha

    BalasPadam
  26. saya kumpul dan bungkus siap2 dalam plastik dan letak di luar. memang ada orang yang mengutipnya.. tak pernah terfikir nak buat deko secantik ini

    BalasPadam
  27. siapa menyangka, ianya berasal dari bahan kitar semula.. dengan hanya sedikit kreativiti, menghasilkan seseuatu yang cantik..

    BalasPadam
  28. Hmm rakyat Malaysia masih rendah kesedaran mereka. Isteri saya . siap kena gelak lagi bila pergi pasar Ramadan bawa bekas tupperware untuk isi kuih yang dibeli.

    Kena perli gini -"Ohh yelah .. hari ni hari sabtu .. hari tanpa plastik"

    BalasPadam
  29. kalau dah guna kreativiti barang terbuang boleh menjadi barang baik punya..

    Jom baca entri terbaru saya :Memburu Top Komentar Blogger 2013

    BalasPadam
  30. Rasanya Okje belum cukup kreatif dan rajin utk menghasilkan itu... BM

    BalasPadam
  31. Thanksssss bnyk2! saya kena hasilkan satu produk daripada bahan terbuang untuk PBS. sekarang dah dapat idea camne nak buat!

    BalasPadam
  32. Saya baru majlis kawen anak dgn 1000 kotak gudis dari kotak susu...mmg puas hati...tk kpd penulis yg mmberi byk idea dan semangat utk mngitar semula

    BalasPadam
  33. nice idea. sy pernah tengok dlm tv botol air tu diguna untuk mengemaskan susunan dan lipatan kain. kedua-dua hujug botol air tu dipotong , kemudian dibelah satu bahagian....bukan belah menjadi dua ok. pakaian yang dah digulung dimasukkan ke dlm botol dan disusun dlm almari. nampak kemas..

    BalasPadam

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Top