Kali ini kita lihat pelbagai rekaan menarik bertemakan rekaan perabot yang moden, kreatif dan unik. Rekaan yang memudahkan, boleh di ubah suai, penggunaan ruang yang minimum dan eksklusif. Idea rekaan kreatif yang memberi anda idea dalam dekorasi perabot yang unik dan menarik di ruang tamu, bilik mahupun pejabat anda.

Ada diantaranya mampu menyelesaikan masalah ruang dan susun atur perabot di ruang yang terhad. Kegunaan yang pelbagai memberikan anda penjimatan dan rekabentuk yang menarik menyerikan ruang anda selain memberikan nilai eksklusif.

Perabot Ruang Tamu, Bilik & Pejabat

Kongsikan pendapat anda dan nilaikan sendiri keistimewaan ciptaan-ciptaan perabot di ruang tamu, bilik dan pejabat yang menarik ini.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - kerusi dodoi
Kerusi yang di sekalikan dengan tempat tidur bayi yang boleh pula di buai. Satu rekaan yang amat berguna buat si ibu untuk membuat kerja sambil duduk atau membaca di samping mendodoi si comel yang lena.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - perabot berubah bentuk
Rekaan yang umpama sebuah robot transformer yang boleh berubah bentuk menjadi perabot yang pelbagai. Sesuai untuk ruang yang sering di gunakan untuk pelbagai aktiviti kerana mudah untuk di kemas dan di alih. 

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - hiasan juga rak
Kreativiti seni menjadi hiasan dan juga berfungsi  sebagai sebuah meja dan rak. Nampak sungguh simple, menarik dan kreatif sekali.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - meja tepi katil
Kabinet di tepi katil yang menyembunyikan sebuah meja mudah alih yang amat praktikal. Sesuai bagi mereka yang memerlukan makan dan minum hanya di atas katil.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - rak di ruang sempit
Rak yang menggunakan ruang sempit yang selalunya terbiar kosong. Rekaan ini dapat mengoptimumkan penggunaan ruang dan memberi anda ruang simpan tambahan yang tersembunyi dari pandangan.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - meja pelbagai guna
Rekaan meja yang sungguh kreatif yang boleh mengikut kehendak anda. Pelbagai kedudukan boleh digunakan. Berdiri, duduk di kerusi malah bersila pun boleh.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - meja mudah alih
Meja mudah alih yang cukup praktikal dan menjimatkan ruang untuk disimpan malah mudah juga untuk dibawa. Letaklah di mana sahaja...

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - kabinet bawah tangga
Rekaan ruang simpan di bawah tangga yang amat menarik. Kemas dan tersorok dari pandangan mata. Ruangan menjadi kemas dan tersusun! 

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - katil berbuai
Ingin dibuai ketika tidur, maklumlah... kadangkala ingin juga merasai kembali saat ketika masih kecil. Rekaan ini memenuhi hasrat anda. Jangan sampai bergolek katil tu dah le...

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - kabinet bawah tangga
Satu lagi rekaan kabinet di bawah ruang tangga. Rasanya yang tadi lagi menarik dan praktikal. Namun ianya bergantung kepada kehendak dan citarasa anda.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - sofa katil
Rumah anda tidak mempunyai bilik yg cukupi? Biasanya anak bujang akan tidur di ruang tamu sahaja.Rekaan ini memberi keselesaan buat mereka. Kerusi sofa ruang tamu boleh di ubah suai menjadi sebuah katil yang selesa.

Rekaan Moden, Unik, Kreatif dan Menarik Perabot di Ruang Tamu, Bilik Dan Pejabat - kabinet berlaci
Mahukan rak/laci bertingkat yang banyak dan mudah digunakan. Inilah rekaan yang praktikal. Menyediakan ruang simpan yang banyak dan pelbagai. Walaupun tinggi tapi mudah untuk di ambil. 

Idea Untuk Kemudahan Dan Kebaikan

Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet.

Semoga ianya dapat memberi sedikit pencerahan minda dan idea untuk mendapatkan rekaan perabot yang sesuai serta praktikal untuk ruang tamu, bilik mahupun pejabat anda.

Jika kita sentiasa berfikiran kreatif dan di luar kotak...kita sebenarnya mampu memaksimum, mempelbagai dan memudahkan, mengeksploitasi ruang dan peralatan di rumah yang pastinya akan memberikan impak yang menarik, praktikal, eksklusif dan menawan.

dekorasi bajet

Akhir sekali... Sesungguhnya semua idea rekaan ini adalah kurniaan dan anugerah Ilahi. Alhamdulilllah... bersyukur atas anugerah yang diberi untuk kita nikmati dan menggunakannya...

Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-
Rekaan Kreatif yang Menarik...2
Rekaan Kreatif yang Menarik...Peralatan Dapur


Admin...

1 comments

Kreatifnya rekaan-rekaan ni. Tapi tak pernah jumpa perabot macam ni orang jual kat Malaysia.
Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah


Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap