Rekaan Kreatif yang Menarik: Idea....itulah yang di perlukan untuk mencipta satu rekaan yang menarik dan penuh dengan kreativiti. Rekaan ini bukan sahaja memudahkan dan selesa tetapi tidak mengetepikan sentuhan seni dan menawan. Ianya memerlukan daya kreativiti dan pemikiran kreatif yang sentiasa berfikir di luar kotak untuk mendapatkan idea. 

Rekaan Idea Kreatif

Kita lihat beberapa lagi hasil idea kreatif yang menghasilkan rekaan yang begitu menarik, unik dan menawan untuk tatapan anda....Relaks Minda anda dan nikmati hasil yang mengujakan ini....

idea rekaan kreatif, unik dan menarikidea rekaan kreatif, unik dan menarik
Rumah anda hanya ada ruang yang terhad atau tidak mempunyai bilik...usah gusar, rekaan ini menyelesaikan masalah anda, katil yang tersorok dan tersimpan kemas di dalam dinding... Menarik? 

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Meja yang berfungsi sebagai rak dan boleh di buka untuk menjadi sebuah meja komputer anda. Barulah nampak kemas jika di simpan.

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Perlukan ruang tersorok untuk peralatan mekap dan alat perhiasan diri anda... Rekaan ini menyorokkan semuanya hanya di belakang cermin. Mudah juga untuk anda menggayakannya....kreatif!

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Bagi yang suka menggantung gambar di dinding...cuba idea ini, anda boleh jadikan ianya bukan setakat hiasan tetapi berfungsi sebagai jam juga...sungguh menawan sekali!

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Alat yang memberi kesenangan kepada anda apabila mengupas buah atau sayur agar tidak besepah-sepah kulitnya dan mudah di buang. Tempat kerja anda pun bersih!

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Bagi mereka yang cintakan alam semulajadi dan suka mengembara  dengan berbasikal. Tak perlu bersusah payah untuk mengendong beg khemah anda. Rekaan ini memberikan kesenangan untuk anda membawa dan memasang khemah di mana jua anda berada. 

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Kreativiti untuk mencantikkan perhiasan gelas anda dengan tumbuhan semulajadi. Idea yang 'simple' tapi hasilnya sungguh menarik!

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Tiada meja untuk hidangan anda mahupun tetamu? Rekaan ini mampu memberi ketenangan kepada anda... Ringkas, mudah dan menarik... Ruang tamu anda tidak semestinya memerlukan sebuah meja, tetamu anda juga pasti teruja!

idea rekaan kreatif, unik dan menarik
Tiada bilik?...satu lagi rekaan yang menyelesaikan segala masalah ruang di rumah anda malah mungkin juga di pejabat!?... Katil dan meja belajar hanya di rak ruang tamu anda! Tersembunyi dan mudah di gunakan. Sungguh kreatif sekali.  

Idea Rekaan Inovatif

Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet.

Jika kita sentiasa berfikiran kreatif dan di luar kotak...kita sebenarnya mampu memaksimum, mempelbagai dan mencantikkan banyak benda, ruang dan peralatan di rumah yang memberikan impak yang menarik, memudahkan dan menawan.

Mahukan lagi?...Pelbagai rekaan kreatif di :-
- Rekaan Kreatif yang Menarik...
- Rekaan Kreatif yang Menarik...2

Admin...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap