relakssminda.blogspot.com>

Monday, 20 May 2013

Maafkan Saya...


Kepada sahabat Relaks Minda dan para tetamu, Maaf di pinta andai tiada entri terbaru dan balasan kepada komen anda mahupun untuk Blogwalking. Di saat ini...saya tidak dapat meluangkan masa untuk blogging kerana sedang menghadapi sedikit kesulitan dan dugaan dari Allah SWT... 

Terima kasih diatas kunjungan anda, nikmatilah hidangan lama yang tersedia di widget arkib blog dan page kategori... Semoga ia dapat memberi ketenangan seketika buat anda di Relaks Minda...


Salam buat anda semua... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Admin...

Saturday, 18 May 2013

Cari Ketenangan Seketika


Assalamualaikum.... Kini masa untuk anda mencari ketenangan seketika. Dari satu blog ke satu blog anda telah kembara. Pelbagai rupa dan cerita telah anda nikmati. Pelbagai isu dan ilmu telah anda dapat. 

Di Relaks Minda... Saya hanya ingin anda berehat dan bertenang beberapa minit  disini sambil memberi anda santapan mata, minda dan hati.

Relaks sambil menjamu mata dengan warna warni makhluk ciptaan Ilahi. 

warna warni hidupan ketenangan

Friday, 17 May 2013

Senibina Masjid di Negeri Pahang


masjid di pahang
Assalamualaikum... Kali ini kita ke Negeri Pahang Darul Makmur. Negeri terbesar di Semenanjung Malaysia ini tidak kurang dengan keistimewaannya yang tersendiri dalam senibina masjid. Terdapat pelbagai bentuk senibina masjid di negeri Pahang yang mana boleh kita kategorikan kepada tiga ciri utama yang mana merujuk kepada tida budaya senibina iaitu rekabentuk tradisi Melayu, India dan Timur Tengah. 

Anda nikmati sendiri keistimewaan ini yang menjadikan senibina masjid di negeri Pahang amat indah dan menarik sekali... Setiap masjid cukup menarik menunjukkan kepelbagaian ilmu senibina dan kreativiti serta budaya dalam rekaan bentuknya.

Thursday, 16 May 2013

Rumah Idaman Untuk Ketenangan & Kebahagiaan


Rumah... Idaman setiap orang untuk memilikinya. Setiap dari kita pasti memasang angan-angan untuk memiliki rumah idaman seperti mana yang tergambar di fikiran akan rekabentuk, suasana, lokasi, keluasan, peralatan, kemudahan dan perhiasan yang diidamkan. 

Namun tidak mudah untuk seseorang memiliki rumah sendiri di kala ini jika ekonomi seisi rumah tidak mengizinkan tetapi tidak mustahil untuk manggapai impian.jika anda terus berusaha.

Di kala ini, tidak kiralah anda tinggal di rumah sendiri atau di rumah sewa mahu pun menumpang... Itulah rumah tempat untuk kita berteduh dari panas dan hujan. Tempat dimana kita dapat beristrirehat melepaskan lelah dan menguruskan diri. Bersyukurlah...

rumah idaman

Wednesday, 15 May 2013

Wordless W#22 - Warna Pakaian di Majlis Formal


Kombinasi padanan warna baju dan seluar untuk majlis formal.

warna pakaian majlis formal

warna pakaian majlis formal


Admin...

Wordless W#21 - Menonton Wayang di Kampung


Tayangan Hebat! Iron Man 4!
menonton wayang
Sila buat tempahan tiket awal, tempat terhad... 

p/s: merungut tv kecik...amik kau! hehe
Admin...

Tuesday, 14 May 2013

Bunga Desa Pelbagai Warna & Rupa


bunga desa
Pulang kembali ke kampung mertuaku... Nikmati lagi keindahan bunga-bunga yang subur mekar di halaman dan di sekeliling rumah mertuaku di Tanjung Karang, Selangor. Bunga desa pelbagai rupa dan warna yang menjadi koleksi dan hobi mertuaku di kala kelapangan ini menjadi koleksi ku pula di entri yang ke 6 ini...

Menjadi rutin harian setiap pagi jika tiada hujan yang turun membasahi bumi yang subur ini, pasti ibu mertuaku akan menyiram pokok bunga kesayangannya. Jika di tanya mengenai baja...mudah sahaja, air basuhan ikan dan beras sahaja yang di siram. Begitu mudah sekali. Yang kita ni bukan mainlah beli baja... lagi mahal lagi bagus la kononnya... tapi hampeh!