Melalui aktiviti kreativiti kitar semula, kita dapat mengurangkan jumlah bahan buangan dan seterusnya menjaga alam sekitar dan kehidupan. Ini kerana bahan buangan sebenarnya memerlukan jangkamasa yang lama untuk mereput dan lupus secara semulajadi.

Tahukah anda berapa lama sesuatu benda itu akan hancur mereput dan terlerai menjadi sebahagian dari tanah jika di buang di tempat pelupusan sampah?

Jangkamasa Mereput

Berikut... beberapa contoh bahan yang saya dapat daripada internet yang merekodkan jangkamasa bahan tersebut mereput secara semulajadi. 
  • Tisu Tandas - 2-4 minggu    
  • Beg kertas - 1 bulan
  • Suratkhabar - 1.5 bulan
  • Kertas Kadboard - 2 bulan
  • Sarung tangan kain - 3 bulan
  • Papan Plywood - 1-3 tahun
  • Stokin bulu - 1-5 tahun
  • Kotak minuman - 5 tahun
  • Puntung rokok - 10-12 tahun
  • Kasut kulit - 25-40 tahun
  • Bekas tin - 50 tahun
  • Kasut but getah - 50-80 tahun
  • Bekas simpanan dari plastik - 50-80 tahun
  • Tin minuman aluminium - 200-500 tahun
  • Botol plastik - 450 tahun
  • Lampin pakai buang - 550 tahun
  • Beg plastik - 200-1000 tahun
  • Kaca - Anggaran 1-2 juta tahun
Lihatlah jangkamasa yang diambil....Fakta yang sungguh menakutkan! Tidak mustahil suatu hari nanti dunia di penuhi dengan timbunan sampah. Harus diingatkan juga bahawa pembakaran bahan buangan juga bukan satu penyelesaian malah memberi lebih keburukan dengan pencemaran udara dan kesan lapisan ozon. 

Kurangkan Bahan Buangan

Kitar semula bahan buangan merupakan satu kaedah yang dapat dapat mengurangkan penggunaan dan kemusnahan sumber alam semulajadi serta mengurangkan bahan buangan...Walaupun ianya bukanlah jalan yang terbaik namun ia mampu memperlahankan dan mengurangkan tempoh dunia musnah dan tercemar. Kitar semula juga merupakan tanggungjawab paling mudah yang dapat di sumbangkan atau dilakukan oleh setiap insan. 

Berikut beberapa idea kreativiti yang dapat anda guna untuk aktiviti kitar semula...sekurang-kurangnya anda dapat melambatkan pembuangan sampah malah anda mungkin juga dapat menjana pendapatan darinya,,, Jom bersama kita kitar semula!

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Anda sering terlihat tempat gelung kabel yang terbiar... Ianya boleh di jadikan perabut untuk set meja komputer anda. Lihatlah hasilnya....itu belum lagi jika di varnish, pasti mengujakan!

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Satu rekaan dari botol plastik yang sangat kreatif dan menarik. Pasti ramai yang meminatinya!

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Tutup botol plastik yang di susun dan dilekatkan didinding membentuk satu hasil seni yang sungguh menarik. Corakkan susunan botol mengikut kreativiti anda... Jika di jadikan satu aktiviti di tadika...pasti ianya memberi faedah dan pembelajaran berguna kepada anak2 anda.

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Sebelum ianya di jadikan sampah, gunakan ia untuk di jadikan penyapu sampah. Sesuai untuk kegunaan di luar rumah anda. Lagi kreativiti kitar semula botol plastik di; Kreativiti Kitar Semula....3

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Tali pinggang keledar dari kereta yang sudah tidak digunakan lagi boleh anda ambil untuk di jadikan tempat gantung kunci anda. Idea yang menarik sekali.

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Pallet kayu sering kali di buang atau di bakar begitu sahaja... Gunakan kreativiti seperti di tas untuk menghasilkan sebuah jam yang sungguh menarik! Pasti sesiapa sahaja yang memandang akan terpikat. 

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Kreativiti kitar semula.
Aksesori atau pin perhiasan diri anda selalu berterabur? Cuba buat tempat ia di gantung seperti di atas...hanya dengan menggunakan kertas kotak yang terbuang....ianya menjadi hiasan dan peralatan yang cantik dan berguna di meja solek anda.  

Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan
Rak comel ini dari di buat dari kotak yang terbuang. Anak-anak pasti suka.


Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...

Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

14 comments - "Kreativiti Kitar Semula - Kurangkan Bahan Buangan"

sangat kreatifff... =)

BinMuhammad delete icon 12:38 PTG

Terima kasih Anna krn sudi berkunjung kesini

ain delete icon 7:35 PTG

Saya suka

BinMuhammad delete icon 9:42 PTG

Terima kasih Ain, kunjungan anda amat saya hargai

Tanpa Nama delete icon 12:43 PG

salam..
seriously cantik gler n i wanna try too.

Tanpa Nama delete icon 9:29 PTG

Saya suka blog ni mmg hebat. Terima kasih krn sudi brkongsi

ziRA delete icon 12:21 PTG

sekarang sy telah jatuh cinta dgn blog ini..timbul rs menyesal bila telah lama membuang barang yg boleh dikitar semula...terima kasih

ziRA delete icon 12:30 PTG

Sekarang sy telah jatuh cinta dgn blog in,,,mula timbul rs menyesal bila telah lm membuang brg2 ini...terima kasih untuk blogger

Tanpa Nama delete icon 11:21 PG

saya dah ikut byk...sy bukan yang kreatif..but bila tgk blog ini..sekurang-kurangnya ade gak lah hasil tangan sy dr idea org....thanks a lot....

Jazlina delete icon 11:25 PTG

Suka la tengok rekaan no.3 dgn yg last sekali tu...nnti nk try buat la...

wah wah hebat sungguh kreativiti yang ditunjukkan ye .. nnt kalau ada masa terluang adik bolehla ikut apa yang abang BM buat. insyaallah :)

Unknown delete icon 11:38 PG

x de care2 ke

Idahassan delete icon 9:14 PG

Boleh buat projek cari duit for my girls club..t.you so much. May Allah bless you.

Tanpa Nama delete icon 9:33 PTG

asslammualaikum semua






Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap