Relaks Minda

Kreativiti Kitar Semula....3 | Relaks Minda Relaks Minda
Written by: Bin Muhammad
Relaks Minda, Updated at:

Monday, 7 January 2013

Kreativiti Kitar Semula....3

Jom kita kitar semula. Ianya satu aktiviti yang sungguh menyeronokkan dan memberikan hasil yang unik, cantik dan menarik tanpa memerlukan modal yang besar selain daripada fungsi utama iaitu menjaga dan mengekalkan alam sekitar. Anda tidak kreatif dan tidak ada idea? Jangan risau, apa yang anda perlu hanyalah kemahuan kerana disini, saya tunjukkan jalannya...

Krastangan kreativiti kitar semula kali ini memfokuskan kepada botol plastik dan tin kerana bahan-bahan ini banyak sekali di gunakan dan sering kali di buang begitu sahaja.

kreativiti kitar semula
Gabungan botol plastik dan cakera padat (cd) menghasilkan pasu bunga mini yang sangat cantik dan menarik sekali. Sesuai sekali di jadikan hiasan di meja anda.


kreativiti kitar semula
Botol-botol plastik yang banyak ini boleh di jadikan tempat untuk majalah dan surat khabar di sudut ruang menunggu di pejabat anda. Ianya bukan sahaja menarik malah meningkatkan imej syarikat yang prihatin dalam penjagaan alam sekitar dengan kitar semula. 

kreativiti kitar semula
Pasu bunga dari tin yang tidak di gunakan ini di gantung pula secara bertingkat dan warnakan pula ia dengan warna-warna yang ceria, pasti ia menjadi satu hiasan yang memikat sesiapa sahaja yang memandang. 

kreativiti kitar semula
Idea yang kreatif. Bekas botol plastik yang berubah menjadi penyodok sampah mini. Jimat RM anda....

kreativiti kitar semula
Ini pula hasil seni menggunakan bahan terbuang. Walaupun ianya tidak lah mengenai kitar semula tapi ianya memberikan kita idea bahawa setiap bahan terbuang itu juga dapat menghasilkan sesuatu karya seni yang menarik asalkan anda nampak keunikan bahan tersebut. 

kreativiti kitar semula
Penyepit baju sering kali rosak atau patah. Kumpulkan ia kerana ianya boleh di jadikan pasu bunga yang sungguh cantik dan comel untuk pokok bunga anda.

kreativiti kitar semula
Andai anda tinggal di rumah teres, apartment, flat dan tidak terkecuali pejabat...pasti ruang atau tempat untuk anda bercucuk tanam dengan pokok sayuran mahupun bunga hiasan begitu terhad atau pun tiada langsung. Jangan gusar...Gunakan idea ini yang menggunakan pasu botol plastik dan gantungkan ia di dinding...Sungguh menarik bukan! 

kreativiti kitar semula
Tin merupakan satu bahan yang tidak terbakar dan tahan panas. Gunakan kelebihan ini untuk anda membuat tempat BBQ mini yang sesuai untuk kegunaan sendiri dan kekasih hati ketika di rumah mahupun perkelahan. Kalau untuk ramai, tak sesuai...kecuali anda dapatkan tin yang cukup besar!

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau pun juallah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara... 

Jom kitar semula bersama :

Admin...

7 comments:

  1. Terima kasih di atas kunjungan anda...

    ReplyDelete
  2. kratif dan menarik.... mcm mna nak follow ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika inginkan update entri, sila jadi sahabat networkblog atau sahabat facebook. (di sebelah sahabat google)
      Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda :)

      Delete
  3. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace, when i read this paragraph i thought i could also make comment due to this sensible piece
    of writing.

    My webpage: accident claims compensation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Kavin...actually I'm not allowed any comment from anonymous. Anonymous brig a lot of spam. Next time...pls comment using your google account.
      Thxs for visiting my blog, hope you enjoy it! :)

      Delete
  4. Kreatif sgt.. nk buat kat rmh weekend ni..

    www.shelovevitamin.com

    ReplyDelete

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 

Blog Rank

Blog Archive

PING Service

Backlink

Active Search Results Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Author :