Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Segmen Khas - Pencarian Bloglist Relaks Minda

Anda semua di jemput untuk menyertai Segmen Khas
sempena ulang tahun pertama Relaks Minda.

Setahun Sudah Berlalu - Blog Relaks Minda

Ianya istimewa buat anda yang inginkan URL Blog anda berada di "Bloglist Sahabat" Relaks Minda (di sidebar kanan), inilah peluang keemasan anda kerana saya ingin membuat satu senarai baru untuk satu tempoh yang tidak di tetapkan (minimum 2 bulan). Sesiapa sahaja yang mempunyai blog layak menyertainya. Caranya mudah sahaja...

Cara-cara Penyertaan


 Bayangkan anda bertuah seperti Aladdin...Mendapat lampu ajaib!
Gosok-gosok, keluarlah jin... Jin pulak pandai cakap melayu...
"Wahai manusia! Kamu telah melepaskan aku, sebagai ganjaran...aku akan tunaikan
segala permintaan kamu...Tapi hanya 3 permintaan! Ingat...3 permintaan sahaja!!"

APAKAH 3 PERMINTAAN ANDA DAN KENAPA?


Tidak perlu susah-susah buat entri. 
Anda hanya perlu tulis 3 permintaan dan sebabnya secara 
kreatif, berinformasi dan menghiburkan hanya di ruang komen entri ini.
(sila tinggalkan url blog anda di akhir komen )

Syarat Penyertaan

Pertama : Klik G+1 (paling atas di sidebar kanan)
Kalau G+1 tu sudah berwarna merah, itu maknanya anda sudah klik.

Kedua : Hanya blogger Malaysia yang mempunyai blog yang aktif hanya untuk tatapan umum.
("adult blog" dilarang sama sekali)

Pemilihan dan Tarikh Tutup

Pemilihan blog dan jumlah yang akan di pilih di lakukan oleh saya sendiri...
Blog yang terpilih nanti digalakkan meletak URL Blog Relaks Minda di Blog mereka.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Sept. 2013 pukul 12.00 tengahari 


Sekian di maklumkan...War-warkan lah kepada rakan-rakan anda.
Selamat Berfantasi dan Semoga Berjaya! 
Selamat Menyambut Hari Malaysia dan Selamat Bercuti!

AMARAN : 3 Permintaan anda janganlah sampai melampaui batas susila dan landasan agama. Saya berhak delete penyertaan yang terlampau tanpa belas ihsan!
Admin...

64 comments - "Segmen Khas - Setahun Bersama Relaks Minda"

Tiga permintaan yang Liza mahukan :
1. Menjadikan semua follower blog Relaks Minda sebagai follower blog Liza jugak. Hehe. Sebab semuanya rajin melawat blog Relaks Minda dan menjalinkan silaturrahin sesama kita.

2. Ingin melihat rupa sebenar Bin Muhammad kerana selama ni hanya dapat mengenali melalui topinya, tulisan yang indah, santai walau kadang-kala tertusuk jugak sembilu bisa. Nanti Liza tanyakan pada tokei kedai Ly Saloma sana. Mungkin dia mengenali siapa pemilik blog Relaks Minda. ;)

3. Semoga ukhuwah kita sebagai sahabat maya tidak hanya berkongsi komen dan pandangan tapi juga ilmu yang berguna. Terima kasih atas segala info yang menenangkan dan bermanfaat untuk Liza.

Lupa lak tinggalkan url. Http://lizayati.blogspot.com.

Wish me luck!! :)

farahiyah delete icon 9:51 PTG

mudak je permintaan saya...kalau boleh, ditunaikan. jangan la kena delete pulak

Pertama: jemput join segmen rakan blogger cikguzamrud
http://www.cikguzamrud.com/2013/09/segmen-rakan-blogger-cikguzamrudcom.html

Kedua: jangan stop blogging. banyak ilmu yg dikongsikan disini

Ketiga: ulang tahun pertama bt segmen bloglist, harap ulang tahun kedua buat GA pulak


blog saya: http://www.cikguzamrud.com/

assalamualaikum BM..hehehehe... 3 permintaan saya ialah...

1. Semoga BM terus bagi pic2 y menarik di blog ni ...ehheheh... sbb sy suka tgk pic2 y mendamaikan kat blog ni..hoho~ terasa berada di tmpt cntik2 je walaupun hanya gmbr..
2. Nak masuk bloglist BM boleh? ehheheh sbb ramai je y dtg blog nih =) hehe *tmpg traffic :p
3. Semoga ukhwah antara kita x luput dek masa... sbb skrg ni sy dah mula busy..hehehxD

http://aisyalieza.blogspot.com

Adhie delete icon 10:11 PTG

wahai jin yang pandai cakap melayu...ni permintaan aku harap-harap ditunaikan

i) harap saudara BM terus kekal berblogging...dan kekal sebagai sahabat blogger di dunia cyber ni

ii) lepas ni kasi rezeki lebih kat saudara BM ni...mana lah tau dia leh buat Giveaway yang awesome... nak gak join...

iii) yang ni mesti kena tunaikan...harap2 aku tersenarai dalam bloglist saudara BM ni hhehehehe..

Adhie delete icon 10:12 PTG

tertinggal link blog plak hehehe... http://adhiemenulis.blogspot.com

wahh menarik :)

Pertama : sangat berharap dapat jumpa dengan BM yang hebat nie
Kedua : Mahu berikan ilmu pengetahuan kepada semua terutama kepada pembaca baru
Ketiga : Mahu teruskan berblog dan harap BM teruskan juga untuk 10 tahun akan datang

www.akupenghibur.com

Unknown delete icon 11:54 PTG

Assalamu'alaikum....angin berpesan... ^^,

Semat di rambut seri petunia,
Bangga kelihatan pastilah cantik;
Selamat Menyambut HARI MALAYSIA,
Tiga permintaan mesti dikecek.. ^^,

Setangkai disemat buat suami,
Suami makin dekati lama;
Wahai Bin Muhammad sahabat Ummi,
Ummi ingin sertai bersama... boleh kaa.. ^^,

Tupai melompat ke sarang kenari,
Sehingga dahan rendah terjatuh;
Duhai En Bin Muhammad orang bestari,
Tiga permintaan sudah ku bubuh.

PERTAMA :
Bertemu kubur di tepi bendang,
Pangkin beratap bertemu cantum;
Wajahmu kabur sipi ku pandang,
Ingin menatap dirimu senyum .

KEDUA :
Camar turun menjejak bumi,
Takut kedidi bertemu ular;
Gemar berpantun di teratak Ummi,
Jemputlah menjadi tetamu regular.

KETIGA :
Perahu kemudi meniti laluan,
Berehat sebentar sampai pengkalan;
Mahu ku jadi seperti tuan,
Sangat popular ramai kenalan.

Dinukil oleh
Ummi

http://mamasentimental.blogspot.com

Unknown delete icon 11:58 PTG

Doa dan harapan Ummi agar BM teruskan dengan konsep Relaks Minda iaitu kreatif, inovatif, santai, berhemah, memberi ketenangan minda setiap kali berkunjung ke sini dan paling menghiburkan.....
Jangan lupa pantun di blog Ummi ya.. :)

Alda segmen sempoi rupanya....siap ada jin melayu plak ni.....nak la uba mntk....mana tau dpt ye jin....:-)

1. Nak mntk kalau la dpt traffik yg dtng bnyk2 kat blog BM ni kan...sama sy dapat juga..hahaha...kira bahagi dua la..:-)

2. Sy nak baca entri yg gambar semua cun....hari2 BM tepek gmba pun ok jer....rilekssss minda la nmanya....

3. Nak tgk gmbar tuan empunya rileks minda ni....

Tu je la kut......dari : http://asyifamustaffa.blogspot.com/

tingga harapan 3 permintaan hamba ditunaikan..

Permintaan yang pertama hamba nak idea menulis yang mencurah tak henti-henti memenuhi ruangan minda ini...biar tiap-tiap hari dapat menulis banyak artikel..

Permintaan yang kedua hamba nak kelajuan internet yang berdesup laju...biar dapat hamba redah semua blog yang ada di Malaysia ini..

Permintaan yang ketiga hamba nak minta tuan blog datang melawat ke blog saya...biar kita saling mengenali dan eratkan silaturahim...hu3

http://www.bloggerlelaki.com

PCL delete icon 11:23 PG

aduhai tak pernah termimpi jumpa jin melayu...apa lg cina india dan lain2..sekali dah berpeluang di sini maka saya mahukan ;

1. sudah tentunya mengharapkan adanya sikap saling bertegur berkenaan apa saja terutamanya berkenaan blog.
2. Jangan berahsia sangat pasal identiti , namun saya hormati pendirian sesorang kalau itu lebih selesa dan selamat. adakah anda berketurunan Bin Laden? *hahhaa..
3. senaraikan blog sy dalam Bloglist RM terbaru...sebab sy terkilan sebelum ni mcm tak wujud je blog saya di sini..

www.nazlee.com

Blog Santai delete icon 11:45 PG

Hmmm..banyaknya permintaan..tapi ini permintaan untuk kita ke untuk Blog ni...kalau my wishlist panjang. tapi kalau untuk Blog ni ada satu aje...tak boleh demand..

And the one and only is to keep blogging...wish you luck k..

cik tom delete icon 11:53 PG

wahai jin lambu ajaib...3 permintaanku ialah;
1. semoga BM terus berblogging dan hasilkan entry yang krestif +relaks kan minda setiap hari...sbbnya entry blog cik tom dah berat minda...haha..

2. semoga cik tom boleh menulis entry lebih dgn gaya santai seperti BM....

3. semoga ukhwah persahabatan kita terjalin buat selamanya..aminn...

http://www.ciktom.com

Unknown delete icon 12:08 PTG

hahaha...gelak-gelak je cik akak dengan permintaan PCL nie...:)

Unknown delete icon 12:35 PTG

Selamat Ulang Tahun Pertama n Selamat Hari Malaysia BM. Ada tawaran menarik nie...apa 3 permintaan knah ya..=)

Pertama; knah teringin juga nak kenal n tengok wajah sebenar BM yang pemalu ni..kalau terjumpa dimana2 bolehlah nak bertegur sapa =)

Kedua; semuga ukhwah persahabatan dan silatulrahim yang terjalin antara sahabat2 blogger berpanjangan selamanya..

Ketiga; tolong bagi tips sikit..macam mane nak dapat banyak idea2 yang menarik untuk menulis dengan gaya penuh santai macam BM nie..

http://hasnah60.blogspot.com

Unknown delete icon 12:43 PTG

entri khas untuk saudara BM

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/09/entri-khas-buat-sifu-blogger-rileks.html

nanti cik akak datang balik :)

ZaridaIshak delete icon 1:02 PTG

hebat-hebat... selamat ulang tahun pertama ke Relaks Minda. Permintaan:

1. follower yang ramai dan setia sepanjang masa dengan blog yangbaik.
2. idea yang mantap sepanjang masa untuk menghasilkan entry dalam blog yang menarik dan disukai ramai.
3. semangat juang yang tinggi untuk meneruskan kerjaya sebagai blogger separuh masa dan seterusnya menjadi full-time blogger dengan pendapatan yang setara dengan blogger jutawan.

alangkah bahagianya blogger ini kiranya permintaan itu terlaksana. Seumpama mimpi indah menjadi kenyataan. Terima kasih semua.

http://yangbaik.blogspot.com

Unknown delete icon 1:11 PTG

Ummi jadi silent viewer.... :D

Unknown delete icon 1:12 PTG

Salam Isnin Hari Malaysia serumpun, Ummi pasti akan datang membawa pantun... :)

Unknown delete icon 1:19 PTG

Semoga persahabatan kita dan rakan-rakan semua yang anggun dan tampan, berkekalan sepanjang zaman...insyaAllah....

Kalau nangka daun merimbun,
Dipautlah rendah jejak ke bumi;
Kalau suka berpantun-pantun,
Jemputlah singgah ke teratak Ummi....ya ^,

*Ummi dah suka berpantun nak wat lagu mana he3...anyway terimakasih Bin sebab selalu membalas komen Ummi dengan pantun juga... :)

jie susanos delete icon 1:20 PTG

ini permintaan jie..
1) Harap fifi pulang ke pangkuan BM balik..hehe
2) Ukhwah antara kita stiasa kekal dan dpt jumpa BM..
3) Semoga BM terus maju dlm bidang blogger ni..Menghasilkan entry yang menarik..

http://jiesusanos.blogspot.com/

Unknown delete icon 1:38 PTG

permintaan?
1)nak semua orang berkongsi saat kegembiraan mereka
2)sentiasa positif dengan kehidupan kita sekarang
3)sentiasa muhasabah diri dan merasa hidup ini suatu anugerah yang tak ternilai :D *peace yaww

http://lovenasalina.blogspot.com/

Unknown delete icon 4:08 PTG

3 permintaan:
1. nak berada di kalangan bloglist BM. pastinya rakan yg tersenarai merupakan mereka yg ramah. so, yumida taknak lepaskan peluang ni. sama-sama beramah mesra
2. ingin sekali membaca entry BM bergenrekan lelucon/ kelakar..namun mengandungi mesej bermakna
3. request pd BM sharekan cara BM manage masa antara reply komen pengunjung, reply komen di entry sendiri dan pengurusan masa menghasilkan entry.

http://umikasum.blogspot.com/

yayang delete icon 5:09 PTG

blehkah saya minta 3 keinginan ?

ayun delete icon 5:10 PTG

kalau blog indonesia gimana ?

ayah delete icon 5:10 PTG

aku tidak boleh ya

ayuna delete icon 5:11 PTG

sedih saya gak termasuk

deka delete icon 5:12 PTG

wah mantap ya

Fais-SKA delete icon 5:43 PTG

he3..segmen best ni..bismillahirrahmanirrahim =) nk cuba la..

1~ permintaan pertama..ambe nk bro BM tolong review blog SKA sejujurnya =)
2~ permintaan kedua..nak minta bro BM buat entri tntang negeri2 pntai timur, mungkin dgn sedetailsnya..terpulang cara kreativiti bro BM =)
3~ permintaan ketiga..nak bro BM kongsi tips kejayaan blog Relaks Minda, wlaupun bru stahun, tp bg ambe blog ni berjaya, pasti ada rahsia bro BM sndiri =)

hehe tu jelh permintaan ambe..hrap xterlalu berat..Semoga blog relaks Minda ni terus sukses..Jazakallah Khairan Kathiran bro BM =)

Fais-SKA delete icon 5:44 PTG

eh lupa url plak..http://www.minus-ska.blogspot.com/

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Maaf ya...kalian semua tidak dapat sertai segmen ini, hanya khusus utk blogger Malaysia. Namun support dari kalian semua tetap saya hargai. Terima kasih di atas kunjungannya.

Saya membuat permintaan saya ini atas kefahaman saya. Jika ada berlaku salah tafsir, maafkan saya.

1. Saya ingin membaca satu entri yang ditulis oleh BM (pandangan seorang blogger) tentang Penggunaan Bahasa Melayu dalam blog oleh blogger di Malaysia kerana saya melihat, blogger-blogger di Malaysia mengabaikan aspek bahasa yang seharusnya digunakan secara betul.

2. Jika saya seorang penulis, banyak yang bertanyakan kepada saya bagaimanakah saya memperoleh idea dalam penulisan. Oleh itu, saya ingin bertanya soalan yang sama kepada BM dan tulis satu entri bagaimana BM memperoleh idea yang berterusan untuk menerbitkan entri tentang alam sekitar dan kreativiti.

3. BM harus senaraikan blog saya dalam bloglist BM supaya kita sama-sama mempelajari bahasa Melayu dengan betul, mengetahui perkembangan dunia pendidikan dan dapat membaca karya sastera.

Sungguh, permintaan ini bukan lelucon untuk diketawakan. Itu bukan bermakna permintaan saya ini serius dan harus difikirkan hingga kerut dahi. Takut juga saya kalau isteri BM tahu yang saya yang menyebabkan suaminya berkerut dahi memikirkan permintaan saya. Nanti diserangnya saya di sekolah. Serendah dengan Batang Kali bukannya jauh sangat. (Jangan marah ya, BM. Gurau saja. Kata anak murid saya, kalau saya selalu marah cepat tua.)hehehe

http://mieadham86.blogspot.com/

P/S: Maaf terpaksa padam dua komen di atas.

Bunda_nora delete icon 9:15 PTG

wahai! jin melayu... inilah 3 permintaanku:

1- Bunda nak BM buat entri tentang keluarga BM... isteri dan anak2..

2- Bunda nak BM dedahkan gambar diri sebenar BM sepenuhnya...taknak sekerat2, sembunyi2 lagi...

3- Bunda nak BM mengaku secara jujurnya apa kah 5 perkara yang buruk/lemah tentang diri BM...

bunda takder G+1, tapi bunda dah klik fb BM.. boleh ke?

http://norazis2908.blogspot.com

ok. mama tak baca pun komen blogger lain, sebab takut terikut dengan komen mereka.. mama cuma nak :

1) Teruskan berbelog, kerana dengan membaca blog tuan, mama rasa tenang, rilek dan cool. Yer lah, mama seorang suri rumah, ada tekanan juga kan... dengan datang ke blog ini, mama rasa lebih santai dan tenang.

2) Support mama. Hihi... kadang-kadang bila mama rasa down, mama akan update cerita mama tapi....., tak secara terus terang. ada kiasan di situ.. entry mama ada maksud tersirat dan tersurat. justeru, dengan komen dari tuan sedikit sebanyak mama ambil positif, tak kira komen itu negatif atau pun tak...

3) sediakan entry yang pelbagai, ada humor, atau apa saja,,.. sebab yang datang ke blog ini punyai pelbagai latar belakang, ada yang kecil, muda, dewasa, berumur... hihihi...

itu sahaja permintaan mama, jika rasa keberatan mama mohon maaf... mama juga ingin tersenarai dalam bloglist tuan... dengan penuh harapan mama letakkan link blog mama... hihihi

http://mamamamy.blogspot.com

Unknown delete icon 10:44 PTG

Akak tak tahu nak mintak apa.. tapi atas syarat yg diberi.. akak fikirkan jugak..
1. Nak mohon BM ajar macamana nak dapatkan pembaca blog yg ramai cam blog BM..
2. Nak BM ajar macamana nak bahagikan masa utk berblog bagi mereka yang bekerja...
3. Nak BM ajar macamana nak dapatkan idea untuk update N3.. selalu gagal bab ini.. ;)..

Apa2 pun akak seronok baca blog BM nie.. maaf yer syarat suruh klik G1 tu x dpt nak buat.. sebb kat kpg nie akak guna internet yg sgt minimal.. boleh komen jer.. harap akak terpilih ... amiiiinnnn...

Dari.. izzanor21.blogspot. com

Nina Mads delete icon 11:45 PTG

kalau la ada jin Aladdin..hehe. oke nina join ya.

1) berharap semoga BM terus berblogging dan kunjung mengunjungi blog2 yg lain.. sbb syg bila dh ramai pembaca blog tu tiba2 dh xberupdate.

2) nk minta tolong BM bagaimana nak pilih tajuk yg sesuai utk tarik pembaca.. selalu tajuk merepek je rasanya.

3) kalau kita follow sesebuah blog tapi tiada sapaan, tak follow semula. apa yg perlu dibuat? (tertanya2)

itu saja dr nina.. http://lynathegojes.blogspot.com/

kakiblog delete icon 12:01 PG

Saya mohon pihak admin,

1.Review blog saya
2.Sudi singgah kat blog saya
3.Jemput saya jadi penulis jemputan

sekian.terima kasih

http://www.kakiblog.my/3-blog-yang-menggunakan-bahasa-indah/

Unknown delete icon 12:53 PG

fizi pun nak buat permintan juga;

1. nak minta BM buat entri mengenai diri BM..hehe:) lebih kurang review blog sendir
2. nak minta BM bagi pendapat pada blog fizi yang x seberapa tu..
3. nak minta BM bagi tip bagaimana mahu tarik pembaca datang ke blog dan mendapat trafik yang tinggi..sebagaimana jumlah trafik blog BM sendiri..

http://kakikerja.blogspot.com/

Mia Liana delete icon 7:35 PG

wahhhh... tahniah... dah setahun rupanya. sekejap betul masa berlalu.

1. teringin nak kenal dengan bin muhammad.... belum pernah nampak fotonya sehingga ke entri ini..

2. pendekatan dan penulisan blog yang cukup kreatif sehingga kini ramai pengunjungnya. ada potensi untuk maju ke hadapan mungkin boleh ada donain sendiri ke.... teruskan berblog ya...

3. suka datang sini... happy dan tenang aje. pandai bermain dengan psikologi pengunjung.... terbaik... dan terbaik... mood berangan je bila ke sini.....

ikhlas dari www.mialiana.com

Mia Liana delete icon 7:37 PG

*domain

typo error. taip guna keypad handphone ni.... huhuhu

Mizz Aiza delete icon 8:08 PG

aiza nak buat permintaan juga..
1. semoga BM sudi masukkan url blog aiza ke dalam bloglist BM..
2. semoga BM terus mengekalkan kualiti entri seperti sekarang iaitu konsep santai dan memberi manfaat kepada pembaca..
3. semoga BM dapatlah memberi pandangan jujur terhadap blog aiza.. lebih kurang macam review ringkas la..
semoga 3 permintaan aiza ni mendapat pertimbangan sewajarnya dari BM.. terima kasih.. :D

Unknown delete icon 8:19 PG

Salam BM, bagusnya BM ni rajin jengah blog kakpb walaupun entry tulisan kakpb tu hanya sesuai untuk surirumah. Tengok wish list kat atas tu, macam dah ada yg tertulis, sama seperti hajat kakpb...haha.
Tulis jugalah untuk ditepek kat blog BM yang menenangkan jiwa ni..haha..bodek la pulak!!
1. Nak follower BM jadi follower kakpb...hehe..tamak tau!
2. BM nak buat gathering tak? teringin nak join tapi kakpb jauh diseberang. Buat hujung tahun boleh?
3. Ajar kakpb buat GA, boleh?

Ok kot permintaan ni, tak over sangat kan? http://katahatiku-zana.blogspot.com/

umiawadah delete icon 8:34 PG

Assalammualaikum...

BM semakin ke hadapan...bagus ni..perkembangan yang sihat dan menjeleskan saya seketika

3 permintaan saya:

1)Jika lah suatu hari/suatu masa nanti,BM boleh menganjurkan satu perhimpunan untuk blogger2 yang BM rasa patut hadir untuk bertukar-tukar idea dalam berblog ni kan best...

2)Andai kata ada rezeki lebih BM anjurkan pula segmen/contest/giveaway...pasti saya akan join...

3)BM sebagaimana yang saya kenal di alam maya adalah seorang yang baik hati,peramah dan pentingkan agama dalam segala hal,wajib senaraikan blog saya di sidebar BM...sebab kita sehaluan....hehehehe

ok..rasanya tak keterlaluan kan permintaan ni...harap dalam perhatian BM...(bodek lagi)..tq

Unknown delete icon 8:41 PG

Haha..macam-macam komen kat atas..suka baca.. saja je komen lewat sebenarnya..nak fikir jawapan sesuai..haha..agaknya kalau jin betol-betol timbul depan saya, saya suruh dia tido dulu..sbb nak ambik masa berfikir..haha..

Kalau secara peribadi, tentulah saya minta harta bertimbun-timbun..tapi disini, saya nak minta perkara berkaitan blog je..

wahai jin, tunaikan impianku untuk berjumpa rakan-rakan blogger dalam suatu majlis tertentu terutamanya bro BM..

wahai jin, tunaikan impianku agar dapat menjadi blogger yang dikenali ramai dan femes macam Fatin Liyana tu..boleh la kan? haha *terkejut jin

wahai jin, ini permintaan terakhirku.. semoga persahabatan kami dalam dunia blogger kekal selamanya..

Ok jin, harap boleh ditunaikan segala permintaan tu..:))

OK dah klik dan siap bagi sikit komen - sebab tak pandi hihi...
3 wishes kakak:-

1. blog kakak tersenarai dlm bloglist
2. teman/follower BM jadi teman kakak juga
3. teruskan relaks minda yg mendamaikan ini - kakak suka

OKje delete icon 10:24 PG

Amboiii.... macam macam songeh pulak dia.... nak kena klik G+lah hehe...sajalah tu....nak pancing trafik...jeles mak tau hehe
Oklah.... jangan banyak cakap yeh mulu tu, OKje hehe.....
1) Teringin nak tengok permaisuri hati bin Muhammad ni...
2) Sekali sekala selang selikanlah dengan entri kehidupan anak Muhammad nimacam kisah awak dedulu ke...

2 aje permintaan...kalau lebih pun bukan nak layan pun hehe....2 tu pun tak tentu lagi ditunaikan huhu....sedih mak!

http://hainomokje.blogspot.com/

As salam BM:) Semakin hari semakin meriah dan mantap blog Rileks Minda ni. Tahniah ye kpd tuan tanah.:)Memandangkan nak diterima jadi rakan bloglist kena buat permintaan dulu, maka CM nak buat wish macam ni.

Yang pertama : Sudilah apa kiranya BM buat satu sajak puitis ( wlpun tak
berapa puitis, tetap diterima..heee)dan sertakan sekali
dengan gambar2 menarik yang selalu BM tunjuk kat
blog.tema sajak bebas, kl berkaitan alam maya pun ok je.
Kedua : Permintaan kedua ni,nak BM buat sedikit review ttg blog
CM.CM anggap BM antara readers atau pembaca setia blog
CM, jadik nak tahu apa komen BM ttg blog CM.
Ketiga : sah-sah lah CM nak dan berharap dapat masuk dalam senarai
bloglist BM,huhu.Kalau tak dapat tersenarai, takpelah.CM
redha.Bukan rezeki kan..
oklah.terima kasih dan tahniah krn segmen yang kreatif ni.Terbaiklah BM!

Erkk...tulah, sibuk sangat taip wish, sampai terlupa nak masukkan url blog..sorryea BM,..:)

http://cikmatahariku.blogspot.com

Aimacomel delete icon 11:21 PG

Permintaan saya mudah je. Cehh, mudah ler sangat kan..kekekeke

I) harap dapat belajar dr BM camne nk kekalkan pembaca dan peng'google' utk terus ke blog ni. My mum adalah penggoogle setia blog relaks minda (walaupun beliau takde blog). Beliau suka jenguk blog ni untuk ambil idea especially pasal bahan kitar semula. Pernah tanya mak, camne dan k3napa suka jenguk blog ni, mak cakap best... seee, u r too good la incik BM, sedangkan blog anak dia sendiri pun dia cakap tak best. Hahahhaha,..harP dapat belajar dr blog relaks minda how to tackle people utk interest dgn kita punya blog.

ii) permintaan kedua, harap sangat BM sudi pilih blog kita yg xcomel ni utk kekal dalam bloglist tuan :) dan terima kasih sebab sudi jenguk blog kita selalu..

iii) permintaan kita... kita nak mintak maaf kalau sepanjang kita komen kat sini, mungkin adz yang tuan punya blog tak berapa suka or jarang2 suka... harap semuanya baik2 je ye BM...

maaf utk permintaan yg entahpape ni. Masih sempat lg kan utk kita join.

http://babyaimacomel.blogspot.com

sitirohaida delete icon 12:07 PTG

3 permintaan dari kisahsidairy.com

1-Dapatlah kiranya kisahsidairy.com sentiasa didalam bloglist relakssminda
2-nak bertemu dengan semua rakan-rakan blogger
3-Nak mendalami ilmu blogger dengan lebih mendalam lagi.

www.kisahsidairy.com

BinMuhammad delete icon 12:17 PTG

Maaf...Penyertaan sudah di tutup.
Semoga berjaya semua yg diatas...

Tanpa Nama delete icon 1:52 PTG

sedih nyer kathy tak dapat join :'(

Tanpa Nama delete icon 4:15 PTG

huhuhu sedih tak dapat join !

BinMuhammad delete icon 6:31 PTG

Jangan sedih... mungkin ada peluang di lain ketika :)

BinMuhammad delete icon 6:31 PTG

Jangan sedih2 KA...lain kali insyaallah, ada lagi :)

Unknown delete icon 10:05 PTG

huwaaa..tak sempat pla BM..syedihnya..:(

Unknown delete icon 10:06 PTG

huwaaa..tak sempat pla BM..syedihnya..:(

Unknown delete icon 10:06 PTG

huwaaa..tak sempat pla BM..syedihnya..:(

BinMuhammad delete icon 11:24 PTG

Ini benar2 sedih ni... Insyaallah, tunggu peluang di lain kali ye Mama, jangan sedih2... :) Senyum skit

Khir Khalid delete icon 9:23 PTG

Alamak saudara BM.. terlepas hahahaa. Apa pun asalkan kita ttp bersahabat sesama blogger itu sudah mencukupi buat sy.. all the best ye :)

RIZZNA delete icon 11:58 PTG

errrkkk.....terlepas sudahhhhh

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap