Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera buat anda, tetamu istimewa Blog Relaks Minda. Syukur, Alhamdulillah...Sudah setahun berlalu, Relaks Minda berada di dunia blog. Ianya kini menjadi kenangan bersejarah dan pahit manis dari kelahiran sebuah blog yang bermula pada 10 September 2012 ini. Bermula dari hanya sekadar menepek gambar untuk kesinambungan dari Facebook Page Relex Minda akhirnya menjadi seperti apa yang anda lihat sekarang ini. 

Facebook Relex Minda

Kelahiran Blog Relaks Minda

Pada usia yang saya kirakan terlalu lewat untuk mengenali dunia blogging tambahan pula tiada sebarang pengetahuan untuk membuat sebuah blog, ianya memberi sedikit kesukaran pada permulaannya. Mencari informasi melalui enjin carian tentang cara-cara membuat blog, belajar template, coding dan sebagainya. Sedikit demi sedikit ilmu dikutip. Hanya berbekalkan pengetahuan sendiri, mencuba dengan kaedah cuba jaya...klik sana-sini, belajar instruction yang diberi dan akhirnya dapat juga publish post INI yang seterusnya membuka langkah pertama saya di dunia blogging ini.

Belajar dan berusaha pula untuk promosi blog. Ping kesana-sini dan promosi di media sosial. Dapatlah juga kunjungan tapi sekadar singgah. Bulan pertama blogging, hanya mendapat 800+ PV

Header pertama Relaks Minda

Mencari Identiti

Kegilaan untuk mendapatkan pengunjung bagaikan memberi satu semangat untuk terus belajar, menimba ilmu  dan mencari rahsia dunia blogging. Pelbagai blog-blog otai digeledah dan artikel-artikel panduan blogging di terjah. Pertama sekali apa yang saya dapat pelajari; untuk menjadikan sebuah blog yang berjaya dan disukai ramai adalah perlunya kualiti di dalam entri serta penampilan blog. Perbezaan dan keunikan blog, entri dan niche mampu menjadikan blog anda mudah dikenali dan boleh menyerlah.

Bermula dari situ saya menetapkan niche blog yang bermotifkan perkongsian secara santai bersama keindahan alam semulajadi, kreativiti, informasi, keceriaan dan eksplorasi untuk ketenangan hati dan minda di samping mengingati dan mengagumi kebesaran Ilahi. Cuba untuk menzahirkan sebuah Blog untuk anda berehat dan menenangkan minda buat seketika di alam siber ini.
Header kedua sebelum yang sekarang ini

Ilmu Blogging & Trafik

Setiap hari memerah idea dan mencari sumber untuk entri dan mengarang agar ianya menjadi satu artikel yang menarik. Cuba juga untuk menggunakan bahasa melayu dengan betul. Namun...jika sesuatu yang baik dan bermanfaat yang ingin disampaikan tapi tiada pembacanya, sia-sia sajalah niat murni anda. Blogging walaupun sekadar untuk suka-suka tapi ingatlah, ianya adalah medium terbaik untuk kita beramal dan berkongsi ilmu kerana ianya kekal dan boleh di lihat tanpa batasan oleh semua orang.

Maka bermulalah pula belajar dengan lebih mendalam cara membuat entri yang berkualiti dengan teknik yang betul. Mula mendaftar dengan pengindeks entri seperti feedburner, webmaster dan bing. Belajar cara untuk meningkatkan dan mendedahkan blog agar lebih mesra dengan enjin carian. Semua ilmu dikutip melalui pembacaan dan pengalaman secara tidak formal.

Dari sinilah bermulanya peningkatan ketara trafik pengunjung ke Relaks Minda. Dari hanya 0~50 PV sehari, sehinggalah kini telah mencecah 3000+ PV. UV juga sudah mula hendak stabil 1000+ sehari.

Sebanyak 449 entri (termasuk entri ini) sudah di terbitkan. Sikitnya lah...

Data pengunjung Relaks Minda dari Google Analytics

Setahun Sudah Berlalu

Blogging telah mengajar erti bahawa persahabatan tanpa bertemu muka juga mampu memberi satu ikatan yang sungguh menakjubkan. Tanpa komen, entri anda bagaikan tiada memberi kesan walaupun anda tahu ianya di kunjungi ramai. Bermulalah kenal dengan istilah blogwalking (BW). Mulalah juga mengenali pelbagai ragam dan keseronokan dunia blogging bersama blogger nya. Anda sendiri pun tahu akan keseronokan ini...

Setahun blogging juga mengubah hidup ini menjadi lebih kerap mengadap komputer. Menikmati pelbagai cerita dan informasi dari pelbagai blogger yang menjadi sebahagian dari rakan yang perlu disapa setiap hari. Bagaikan disuntik virus kerinduan yang melekat diingatan jika tidak dapat membuka blog walaupun sehari.

Setahun blogging juga mengajar diri agar menjadi seorang yang lebih bersyukur dan berterima kasih. Kekecewaan mengajar erti perlunya memaafkan dan berfikir lebih positif. Pengalaman entri anda di copy paste mengajar diri akan kesabaran dan redha. Jika ianya adalah sesuatu yang baik, tiada apa yang perlu di risaukan...bersyukur kerana amal jariah telah dipanjangkan. Jumlah follower yang kurang juga memberi peluang lebih untuk saya selalu menerjah entri anda.

Setahun blogging menjadikan diri ini lebih berhati-hati dan berfikir sebelum menulis kerana ketahuilah bahawa mata pena itu lebih tajam daripada pedang. Mampu menghiris hati dan mencetus perbalahan. Blogging juga mengajar diri untuk lebih bertoleransi dalam menjalinkan kemesraan serta meneka dalam kesamaran tapi masih menjaga batas dan susila sebagai seorang manusia yang beragama Islam.

Setahun sudah berlalu belum cukup memberikan saya kepuasan. Masih terlalu banyak kekurangan dan masih perlu banyak lagi menimba ilmu. Untuk mengekalkan prestasi itu amat sukar dilakukan. Anak-anak muda sekarang sangat cekap dalam ilmu internet, persaingan cukup sengit. Bersyukur kerana saya dapat menikmati dan mengenali dunia blogging ini walaupun sedikit terlewat. Tiada yang mustahil andai ada minat dan usaha. Lakukan dengan ikhlas, sabar dan beretika...Insyallah anda juga boleh berjaya.

Setelah setahun, kini saya dedahkan wajah sebenar Bin Muhammad.
Sikit-sikit ye... Dulu pernah merancang jadikan ini sebagai header Relaks Minda

Selagi diizinkan dan masih mempunyai masa...blog ini akan terus beroperasi tetapi saya tidak menjanjikan ianya sampai bila. Jika sampai masanya ia terhenti...maka berhentilah ia. Blogging juga umpama roda yang berputar, ada masa diatas ada masa dibawah....dan ada masanya berhenti dan bergerak semula sehingga sampai masanya akan terhenti selamanya....

Terima Kasih

Terima kasih kepada anda yang telah bersama saya selama setahun saya di dunia blog ini. Kehadiran sahabat dan tetamu amat-amat saya hargai dan hormati. Terima kasih yang tidak terhingga. Ampun dan maaf di pohon andai ada sebarang salah dan silap dari segi fakta mahu pun mengguris hati anda sama ada daripada kandungan entri, balasan komen mahupun komen saya di blog anda. Saya juga manusia yang lemah...tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Teruskan bersama Relaks Minda... Syukur..Alhamdulilah Setahun sudah berlalu. Jadilah kita seorang blogger yang berilmu, berkongsi kebaikan dan beretika. Semoga saya dan anda semua beroleh keberkatan dalam blogging... Insyaallah.


p/s: setahun sekali menulis karangan panjang...harap anda sudi membacanya

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________

94 comments - "Setahun Sudah Berlalu - Blog Relaks Minda"

Unknown delete icon 5:06 PG

wahh berdebar-debar saya dan tersenyum sendiri.. akhirnya dapat juga tengok tuannya.. tidak tua seperti yang BM gambarkan.. dan hampir sama seperti yang saya rsakan. hhehehe
Kalau macam tu blog BM ni wujud setelah FB page Relex minda la..saya juga banyak belajar dari mereka yang byk pengetahuan, tapi sampai skrg nichenya tetap begitu..tak menentu..haha..

Unknown delete icon 5:10 PG

Benar tu..ia membawa kepada persahabatan dalam dunia maya, lebih kerap hadap komputer dgn aktiviti berfaedah selain dr hadap FB je, Lebih berfikir dan berhati-hati..penulisan juga lebih diutamakan berbanding dulu.

Apapun sekali lagi saya ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA BLOG RELAKSMINDA.. dan semoga persahabatan ini kekal selamanya.

Bunda_nora delete icon 5:20 PG

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA Blog relaks minda Bin Muhamad...semoga sukses selalu...

Selamat ulang tahun pertama.

Sememangnya blog ini tampil dengan muatan entri yang berkualiti. Kagum apabila melihat pageview yang meningkat dari hari ke hari.

Satu penulisan sejarah yang sangat baik. Tahniah!

selamat hari jadi..ehh semoga terus nenulis utk memberi manfaat kepada pengunjung Rileks Minda...emmm baru boleh tgk wajah penulisnya..

Fais-SKA delete icon 6:49 PG

Alhamdulillah =) dah setahun blog bro BM ni..pncapaian pn mengkagumkan bg sy..tahniah bro BM semoga lepas ni semakin bersemangat utk terbitkan entri2 yg terbaik..hensem tuan blog ni he3..ape pun selamat ulang tahun yg pertama..taknak try tukar domain sendri ke??

Baru nampak wajah tuan punya blog....muda remaja...tahniah.

Tahniah BM..Pencapaian yang sangat baik hasil kerja keras selama setahun. Moga terus berjaya k...

setahun dah ya..tahniah...pv tu pun dah ok kot..hehe

Unknown delete icon 8:53 PG

Alhamdulillah...Allah telah mewujudkan minda kita untuk menulis...meluahkan dengan lakaran cinta dan madah...hanya dengan olahan jemari ini dan selagi bernyawa blog kita pasti bernafas.....Seperti tuannya...
Skali lagi jalinan ukhwah terjalin...hati yang ikhlas ku junjung..semoga pertemuan dan perpisahan kita bakal menjadi titik permulaan untuk kita terus maju dalam dunia blogging...walaupun usia membezakan kita tapi dalam meluahkan pandangan dan pendapat...kita mampu lebih matang.....

syukuran....Allah memberikan BM untuk terus maju..cik akak sentiasa support selagi termampu...hihihi....

wah boleh tahan juga tuan punya blog nie....umur nie mesti baya cik akak atau adik cik akak kan..hihihi

Selamat ulang tahun pertama buat Relaks Minda dari kakak
Bukan mudah usia setahun boleh cemerlang begini
Kakak percaya blog BM akan terus mencapai sasaran yg BM inginkan.
Tahniah!!

Berdebar2!!? Dah tua dah...menghampiri 4 series le...

Kurang suka dengan FB, mula mencari medium lain yg boleh dijadikan tempat perkongsian yang lebih sesuai dan dapat menulis dgn lebih panjang dan flexible. Dari situlah mulanya mengenali blog.

Assalamualaikum BM , selamat ulang tahun untuk yang ke setahun . Secara jujurnya acik suka blog ini kerana ada pengisian di balik semua gambar-gambar yang di paparkan . Dan acik suka sangat pengunaan ayatnya dan paling penting adalah ukhwah antara blogger. Semoga BM sukses dalam berblog dan bila sudah di atas jangan lupa kami di bawah ini :)

Terima kasih Mieza kerana sentiasa support Relaks Minda. Insyaallah...semoga persabatan kekal terjalin. Hmmm, Mr.K izinkan ke bersahabat dgn lelaki walaupun di blog?

Terima Kasih Bunda yg saya hormati, bimbingan dan ingatan dari bunda amat2 saya perlukan dan hargai...

Terima kasih cikgu, sejarah perlu di catat agar dapat menjadi rujukan dan peringatan agar tidak lupa asal usul. Menjadi panduan dan semangat buat mereka yang baru mengenali dunia blog.

Semoga cikgu juga akan berjaya kerana saya amat berharap sebuah blog ilmiah spt blog cikgu dapat menonjol di celah2 blog sensasi semasa. Kuatkan usaha anda...masih banyak masa utk anda merealisasikannya.

Menulis itu suatu keseronokan tapi kadangkala memberi tekanan. Insyaallah...selagi ada daya, masa dan idea akan terus menulis. Terima kasih Kak Kamsiah...sokongan dari akak amat2 saya hargai. Bimbinglah saya agar tidak tersilap langkah.

Fais...mu ni kalau nak kutuk tu, cakap je direct...xperlu berkias. Ambe boleh terima :) hehe...

Alhamdulillah dan terima kasih Fais, orang muda seperti anda perlu lebih bersemangat dan buatlah bersungguh2 dlm sesuatu perkara agar ianya menjadi bukan sekadar suka-suka tapi kejayaan yg menjadi kebanggaan buat diri anda dan keluarga. Masa masih panjang buat anda...

Tukar domain...Hmmm, belum masanya lagi utk ke next level :)

Wajah tidak menggambarkan usia...Dah dekat 4 series, bukan status muda remaja lagi...Remaja purba dah, hehe

Terima kasih MKL...walaupun baru berkenalan, anda cukup mesra dan rajin BW, Terima kasih sekali lagi...

Unknown delete icon 9:57 PG

Hebat BM.. walau baru setahun.. tapi sudah pun bertapak dalam dunia blog nie.. Tahniah.. :D

Sebenarnya saya amat mengagumi pencapaian Blog Santai, ianya sangat pantas berubah dan meningkat. Entri juga semakin kerap, menarik dan terkini. Peningkatan Ranking juga menakjubkan, menjadi inspirasi buat saya tapi saya tidak termampu kerana kekangan masa utk kerap menulis dan menumpu pd blog. Tahniah juga buat anda.

Terima kasih kerana selalu memberi sokongan dan mengikuti blog ini. Kunjungan anda amat2 saya hargai. Jika ada pandangan dan komen ttg blog ini...amat2 saya alu-alukan.

mselim3 delete icon 9:59 PG

Assalammualaikum.... BM,

selamat ulang tahun blog.. moga BM sukses selalu dah jgn lupa kami2 di sini.. insaallah x kan lupa sentiasa menyokong blog BM.. senang dapat berkenalan dengan BM.. moga ukhuwah yang terjalin berkekalan sampai bila2.. sehingga hujung nyawa.. k

mselim3

Unknown delete icon 10:04 PG

tahniah...kami pun selalu jugak datang blog relaks minda ni..ayat2 mudah dibaca, gambar2 pun cantik. yang paling penting authentic!
Keep up the good work!

BinMuhammad delete icon 10:07 PG

Terima kasih Alyn... Anda juga adalah penyumbang kpd PV tersebut. Kunjungan anda amat2 saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 10:14 PG

Suka sekali dengan madah2 ci akak cuma kadang2 tu terlalu jiwang sangat, maklumlah di usia saya ini (jauh lebih tua dari cik akak, xdenye baya adik cik akak dah..) sudah tidak selesa sangat tapi boleh je layan...hehe.

Syukur keran mempunyai teman2 blogger yg sentiasa support Relaks Minda, Insyaallah...semoga persahabatan akan kekal terjalin.

Terima kash cik akak, kehadiranmu sentiasa membawa seri...amat2 saya hargai :)

Assalamualaikum. ..Sekali lg tahniah buat BM. wajah yg handsome sudah kelihatan...cuma nama sebenar masih menjadi rahsia?

BinMuhammad delete icon 10:20 PG

Setahun blogging memeberi saya pelbagai pengalaman dan ilmu. Syukur kerana dapat menikmati nikmat dan hikmah darinya. Apatah lagi mengenali Kakzakie yang saya amat hormati dan kagumi, bimbingan dan ingatan dr anda amat saya perlukan agar tidak tersesat.

Tiada sasaran cuma cuba utk mengekalkan dan meperbaiki kekurangan. Terima kasih kerana selalu berkunjung dan menikmati nukilan yang tidak seberapanya di sini. Terima kasih...

BinMuhammad delete icon 10:32 PG

Waalaikumsalam Acik... Anda antara blogger popular yang sungguh saya hormati. Walaupun masih muda tapi bijak, tabah dan sungguh berpengalaman dalam kehidupan ini. Membantu dan memberi semangat, motivasi dan panduan kepada mereka yg memerlukan. Menjadi inspirasi utk mengecap kejayaan dan kebahagiaan. Tahniah...usahaanda sungguh murni.

Terima kasih kerana sudi menjalinkan persabatan dgn blogger picisan spt saya, amat2 saya hargai. Saya sentiasa di bawah, hanya mampu merenung saja Acik di atas :)

Unknown delete icon 10:35 PG

hapy bezday ....mg terus cemerlang berkongsi entry yan relax minda nak baca

BinMuhammad delete icon 10:35 PG

Kakizan pun apa kurangnya...sudah kukuh bertapak di dunia blog.

Terima kasih yag tidak terhingga. Kunjungan Kakizan amat2 saya hargai, Semoga terus bersama Relaks Minda ya. =)

BinMuhammad delete icon 10:42 PG

Waalaikumsalam mselim3,
Bertuah dapat mengenali anda. Sentiasa mengingati dan memberi pedoman buat saya yang lalai dan terleka. Memberi ilmu dan panduan dlm memperbaiki diri agar tidak tersesat.

Terima kasih mselim3, sokongan dari anda amat2 saya hargai. Insyaallah, semoga persahabatan ini kekal terjalin selamanya.

BinMuhammad delete icon 10:44 PG

Terima kasih Syaiful, kehadiran anda amat2 saya hargai. Semoga terus bersama Relaks Minda, Insyaallah...saya cuba memberikan yg terbaik dan termampu, terima kasih sekali lagi :)

BinMuhammad delete icon 10:49 PG

Waalaikumsalam cikgu, mengenali cikgu walaupun melalui dunia maya sudah cukup bertuah! Pergaulan hanya melalu komen blog tapi ianya sungguh menarik dan terasa dekat.

Terima kasih kerana selalu mengikuti Relaks Minda, amat2 saya hargai. Mungkin jika di izinkan bertemu, nama sebenar bukan lagi rahsia....

BinMuhammad delete icon 10:53 PG

Seorang ibu kepada seorang anak yang sungguh comel. Kehadiran anda bersama Mia di dunia saya memberi ceria buat saya yang sentiasa mananti kehadiran orang ketiga. Terima ksih kerana sudi bersama Relaks Minda...semoga bersama selamanya

Unknown delete icon 11:08 PG

Hahah..tak ada masalah..selalu cerita pasal sahabt blogger kt mr.k..

sitirohaida delete icon 12:44 PTG

BM...sokong selalu....

Khir Khalid delete icon 1:07 PTG

Alhamdulillah.. Sy pun baru2 nk serius dlm dunia berblogging ni. Semoga menjadi sumber inspirasi kpd yg lain & beroleh berkat atas perkongsian yg bermanafaat. Semoga Allah memberkati segala usaha & kehidupan BM.. amin. Semoga terus sukses :)

Zawiah delete icon 2:10 PTG

alhamdulillah , habis baca . saya juga ambil masa setahun untuk cari identiti dan kaedah penulisan yg sesuai dgn jiwa dan mudah diterima pembaca . Tahniah kerana BM dapat menjadikan Rilex minda sesuatu yg dapat menenangkan jiwa para pembaca ...

Denaihati delete icon 2:50 PTG

selamat ulang tahun relakssminda yang pertama dan tahniah dengan pencapaikan hebat ni.semoga terus sukses yer.

Pha Is delete icon 2:53 PTG

selamat menyambut ulang tahun yg prtama.. smoga lebih suksess dalam dunia blog..

sudah setahun, mesti pelbagai rencah dunia blogging telah dikutip.. tahniah dari mama, mama baru merangkak.. bertatih pun belum, mama juga perlu banyak belajar.... terima kasih atas perkongsian yang menarik... :)

Tanpa Nama delete icon 3:44 PTG

tahniah & mmg terbaik berbanding blog KA hehehe

Tanpa Nama delete icon 3:45 PTG

sedekah nuffnang untuk BM yang hensem tu hehehe

umiawadah delete icon 4:07 PTG

nampaknya komen saya tak keluar,boleh tak saya taip lagi sekali?

Tahniah ye!bila wajah sudah kelihatan tiada lagi rahsia...setahun yang berlalu sekejap je mengumpul rakan maya...seronoknya...

Nina Mads delete icon 4:36 PTG

tahniah buat BM.. alhamdulillah, banyak info dan ilmy yg boleh dikongsi sejak adanya blog sendiri. slamat ulang tahun yg pertama :)
muka tuan blog nampak muda lagi tu. hehe. semoga terus berkarya dan jgn putus asa.

Unknown delete icon 6:42 PTG

wah..alhamdulillah..selamat ulang thn berblog BM
banyak manfaat ilham yg dicurahkan oleh BM buat kami semua
thanks sharing :)

Mizz Aiza delete icon 8:14 PTG

alhamdulillah.. tahniah kepada blog relaks minda terutamanya kepada adminnya BM.. selamat ulang tahun yang pertama.. pertama kali berkunjung ke sini aiza tertarik dengan konsep yang ditampilkan iaitu ayat entri mudah difahami dengan selingan gambar pemandangan yang memukau mata.. semoga BM akan terus bersemangat untuk menulis dan berkongsi informasi yang bermanfaat.. all the best.. :D
p.s: first time tengok gambar sebenar BM..

Tanpa Nama delete icon 8:23 PTG

hensem owner blog ni ^_*..tahniah,baru setahun tapi mampu mencipta kejayaan seperti ini..kathy tumpang gembira..

BinMuhammad delete icon 8:23 PTG

Terima kasih diatas sokongan anda, amat2 saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Anda punya potensi kerana rajin blogwalking dan mesra, cuma jarang2 update entri. Kena rajin sikit ye.
Terima kasih kerana sudi bersama dan mendoakan Relaks Minda, semoga anda juga akan mengecapi nikmat blogging. Ayuh! Mulakan...:)

BinMuhammad delete icon 8:36 PTG

Perlahan2 tapi berterusan...Insyaallah pasti anda akan berjaya.
Terima kasih diatas sokongan dari Vee, saya amat terharu dan hargainya.

BinMuhammad delete icon 8:40 PTG

Jika mampu mengekalkan tahap spt ini utk setahun lagi pun adalah satu kejayaan besar buat saya...
Terima kasih Dh, sokongan dan panduan dari anda amat2 saya perlukan dan hargai

BinMuhammad delete icon 8:43 PTG

Terima kasih pha is, Insyaallah...semoga doa anda dimakbulkan.
Kehadiran anda begitu bermakna dan amat2 dihargai

BinMuhammad delete icon 8:48 PTG

Sekejap jer dah setahun...pengalaman tidaklah banyak, semuanya main redah sendiri, itu yg membuatkan ianya amat bermakna. Semua orang bermula dari meniarap, merangkak, barulah bertatih dan berjalan... Teruskan belajar dan mencari ilmu, Insyaallah...kejayaan akan tiba jua.
Terima kasih kerana sudi bersama Relaks Minda, amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 8:52 PTG

Nilai blog bukan sekadar trafik yg tinggi tapi nilai keperibadian dan sentuhan keikhlasan dari tuannya yg berkongsi kisah sendiri yang memberi keceriaan, pengalaman, panduan serta peringatan itu lagi terbanding nilainya...
Terima kasih KA kerana sentiasa support, kehadiran KA sentiasa di nanti dan amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 8:52 PTG

Terima kasih KA...Puji ke perli ni, hehe

BinMuhammad delete icon 8:55 PTG

Saya juga ada masalah ini di blog2 lain...xtau apa masalahnya.

Ya...setahun berlalu dapat mengenali ramai sahabat blogger. Sungguh seronok sekali. Nampaknya cukuplah saya merahsiakannya...lambat laun akan dikenali juga. Terima kasih Ummi kerana sudi bersama Relaks Minda...

BinMuhammad delete icon 8:58 PTG

Memang muda lah...gambar tu gambar tahun lepas, muda setahun dari sekarang...hehe
Blog, medium sosial yang memberi kepuasan dalam perkongsian, amat menyeronokkan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari sahabat, amat2 saya hargai.

BinMuhammad delete icon 9:02 PTG

Sekadar berkongsi pengalaman selah setahun berblogging, sebagai catatan diari utk diri sendiri dan bagi mereka yang memerlukan.
Terima kasih juga diatas sokongan dan bersama Relaks Minda, amat2 saya hargai

BinMuhammad delete icon 9:06 PTG

Aiza juga tidak kurang hebatnya, entri dari pengalaman anda sentiasa menarik perhatian dengan olahan yang cukup menarik dan santai.
Terima kasih diatas sokongan anda dan teruskan bersama Relaks Minda. Kunjungan anda amat2 saya hargai.

Memanglah first time, sebab itulah yang first time saya letak gamabar saya. :)

BinMuhammad delete icon 9:10 PTG

Hahaha...macam tu pun hensem ka, Kena pakai spec tebal nih!
Terima kasih Kathy kerana sudi support dan menjadi sahabat Relaks Minda. Saya amat2 menghargainya...

OKje delete icon 9:10 PTG

BM ....awak ni mesti dpt A1 masa SPM....betul tak? Bukan main lagi mengarang, terbuai dibuatnya ...Hehe...
Okje pun sama mcm awak BM, menggoogle tak henti henti, demi melahirkan blog yg ada
sekarang ni...walaupun tak setanding dgn blog femes Relax Minda....
Akhirnya.... menyerah nampak tuan blog..... Lepas ni tak lakulah Aaron Aziz Hehe....

Wah,,. dah stahun blog ni tahniah2x :D

BinMuhammad delete icon 9:54 PTG

Masa SPM xdpt A1 le OKje, Masa mengarang ni main ikut sedap tangan menaip je... Respek dgn OKje yg belajar sendiri membuat blog, tabik!

Saja tempek gambar tu, nanti dah tua, nak tempek malu pula...hehe
OKje jgn cakap macam tu...nanti kena serang blog ni dgn peminat AA pulak!

Terima kasih OKje, sokongan dan kunjungan anda amat2 saya nanti dan hargai :)

BinMuhammad delete icon 9:56 PTG

Ya..sudah setahun berlalu, terima kasih kerana menyokong dan bersama Relaks Minda selama ini...amat2 saya hargai.

Unknown delete icon 10:11 PTG

selamat ulang tahun pertama

ANIM delete icon 10:15 PTG

Tadaaa...tu, dah nampak muka!!

Tahniah..baru setahun tapi dah macam bertahun2:-))

RIZZNA delete icon 10:47 PTG

wahhhh...hepi birthday...ehhh...hepi anniversary....

keep it up. CiM ni pengunjung suam2 kuku kat sini. moga lps ni lbh rajin lagi singgah baca2 tengok2 komen2 kat sini.

izzuddinfz delete icon 10:58 PTG

Selamat ulangtahun blog... Memang dah mantap nampaknye blog nie :)

Bahrain delete icon 12:26 PG

selamat ulang tahun. trafik pun mencanak tinggi tu..tahniah :)

Izzat Eshak delete icon 12:47 PG

menarik. selamat ulangtahun! =)

Alhamdulillah, selamat dan tahniah kepada Blog relaks Minda dan juga tuan tanahnya.haha..sukanya entri panjang setahun sekali ni..:)
Rasanya ni kali pertama dapat kenal wajah penulis sebenar, tak penting sangat pun kan, sebab berkawan di dunia siber, kite kenal budi bahasa dan karakter melalui cara menulis dan menghantar komen.rupa paras tu dah jadi no.2.hehe.terima kasih juga kerana menjadi pengunjung setia di blog CM, semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam dunia penulisan blogging ni.Amin.

Yeayyy Alhamdulillah & congrats blog Relax Minda.. semua informasi yg berguna mmg ada dlm blog ni.. Dalam masa 1 tahun dah boleh mencecah beribu2 PV..

Keep it up BM.. blog Relax Minda skrg ada di sidebar blog Zaza.. senang nak click kalau ada review baru :)

BinMuhammad delete icon 10:19 PG

Terima kasih krn sudi bersama Relaks Minda :)

BinMuhammad delete icon 10:24 PG

Terima Kasih Kak Anim...Seorang guru dan kakak yang sangat saya hormati dan kagumi. Semoga anda sentiasa membimbing dan mengingati diri ini agar mudah tidak terleka dan tersilap. Persahabatan yg tidak terjangka akan berkekalan selamanya hendaknya.

Tiada lagi rahsia...:)

BinMuhammad delete icon 10:26 PG

Terima kasih CiM, kehadiran anda walau tidak kerap, tetap saya hargai. Jangan sampai lupa terus udah le ye... :)


BinMuhammad delete icon 10:29 PG

Bukan mantap...baru mula nak bertapak, baru setahun blogging...banyak yg perlu di pelajari.
Terima kasih Izzuddin :)

BinMuhammad delete icon 10:31 PG

Syukur...Alhamdulillah, tidak pernah menjangkakan dan mengharap ianya setinggi itu...
Terima kasih Bahrain :)

BinMuhammad delete icon 10:32 PG

Terima kasih Izzat, semoga anda terus bersama Relaks Minda. Kunjungan anda amat menggembirakan saya dan amat2 saya hargai :)

BinMuhammad delete icon 10:38 PG

CM juga membpunyai blog yang sangat berpotensi untuk berjaya. Penulisan juga sangat bagus dan sentiasa mencuba dan belajar. Semoga anda berjaya suatu hari nanti...teruskan usaha anda!

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat Relaks Minda dan sentiasa memberi sokongan. Setuju sgt, wajah blogger xpenting... Pendedahan sekadar utk mereka yg tidak jemu2 membodek nak tengok muka penulis, hehe

BinMuhammad delete icon 10:41 PG

Saya tertarik dengan entri anda yang cukup santai dan ceria. Teruskan dgn identiti penulisan yg menarik itu.

Terima kasih Zaza, terharu dgn hadiah dari anda ini...amat saya hargai. Blog anda juga berada di Page My Bloglist.

Fais-SKA delete icon 6:29 PTG

ha3..subhanallah =) mn ada kutuk2..btol la bro BM..btw inshaa'Allah dan sama2 =)

BinMuhammad delete icon 11:08 PTG

Jgn ambik hati...gurau2 dgn mu ajer, jgn puji2...nanti kembang hidung ambe, hahaha

kakiblog delete icon 1:35 PG

tahniah bro..setahun merupakan tempoh yang singkat sebenarnya namun kejayaan bro mendapat trafik sebegini baik amat mengujakan saya

Unknown delete icon 1:54 PG

selamat ulang tahun kepada blog relaks minda....semoga terus sukses dan maju dalam industri blog tanahair...hehe

erkk...bagus jugak pendedahan wajah sebenar ni BM, bukan apa sebagai memenuhi hasrat pembaca blog awak dan meraikan mereka yang tidak jemu bertandang ke blog ni kan..hehe:)

BinMuhammad delete icon 12:09 PTG

Anda di kelilingi oleh rakan2 blogger yang sangat established dan cukup berjaya di dunia blog. Peluang anda untuk maju dan berjaya amat tinggi dengan support yg anda ada.

Terima kasih diatas ucapan dan sudi bersama Relaks Minda. Kunjungan anda amat2 dinanti dan dihargai!

BinMuhammad delete icon 12:11 PTG

Insyaallah...Terima kasih diatas sokongan anda, Timi... semoga anda juga terus sukses dan maju :)

Mia Liana delete icon 4:08 PTG

macam ni la... baru nampak tuannya...

ZaridaIshak delete icon 4:42 PTG

la... baru nampak sikit... selamat ulang tahun buat RM :D

Liza Yati delete icon 4:49 PTG

Waah.. akhirnya dpt tgk muka BM . Angle dari depan nampak muda!! Selamat ulang tahun pertama. Baru lg rupanya tp macam dh otai. Menjadikan inspirasi utk blog Liza yg xnaik2 dari dulu. Hehe... apa apa pun, kita blogging atas alasan masing2. Masa dan kerjaya membataskan kita utk menulis. Tapi BM memang hebat. Mampu bekerjaya dan berblog dgn jayanya. Liza kagum. Tahniah.

Aimacomel delete icon 8:48 PTG

Ye ye ye dah dpt tengok rupa tuan BM kita. Hehehehe, respek abis la dgn blog relaks minda ni. Serius, hebat blog ni. Sehari dekat 5K pageview. Wahhhhh, hebat hebat..

mohon sudi ajar kita ye tuan BM. Selamat ulang tahun, semoga terus laju melangkah okey.

Maaf, seminggu dua ni ada masalah hati yg sgt besar, tu yang tak dapat online kerap. Tapi dah rindu sgt nk menulis ni. Hehehe

RIZZNA delete icon 12:07 PG

tercampak ke sibi lagi, gara gara jin tunai permintaan.....dah agak dah, mesti pic di link yg ini... separuh pown separuh laaaaa

Unknown delete icon 8:57 PG

Belah mangga masam dan kelat,
Seikat lada dibawa nyonya;
Telah ku duga dalam makrifat,
Bin Mohamad muda dan lawa orangnya.

Selamat Berulang Tahun Yang Pertama Relaks Minda khusus untuk BM, sepohon doa mengharum bagai kuntum yang cantik-cantik dan segar buat sahabat Ummi BM...semoga usaha berblogging ini dengan konsep sungguh merelaks minda Ummi dan sahabat-sahabat yang lain terus kekal dengan subcription gambar-gambar yang sungguh menawan hati kami...

Ummi juga ingin menyampaikan jutaan terimakasih selebat curahan hujan buat BM yang selalu melayan pantun-pantun Ummi baik di sini atau pun di blog Ummi sendiri...pantun BM pun sedap sekali....

Semoga ukhwah di antara kita terikat erat bagai kuku melekat di jari, dikopek dicerai sedikit sakit dan berdarah....alhamdulillah jadilah blogger yang terbaik dan berhemah.... amin... ^^,

Dahan meranti patah delapan,
Selasih lebat buah dipilin;
Belahan hati entah di simpan,
Kasih sahabat ukhwah terjalin.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap