Relaks Minda

Lampu Hiasan Kitar Semula | Relaks Minda Relaks Minda
Written by: Bin Muhammad
Relaks Minda, Updated at:

Monday, 5 August 2013

Lampu Hiasan Kitar Semula


Lampu hiasan merupakan satu alat perhiasan yang amat penting dalam tata hias mendekorasi sesuatu ruang. Ianya bukan sahaja harus kelihatan menarik ketika lampunya di pasang...namun ianya mestilah menarik juga di waktu siang. Kedudukan lampu hiasan penting sama ada di syiling, dinding mahupun diatas meja, ianya mestilah mampu berfungsi sebagai lampu dan hiasan.

Untuk sesuatu yang berbeza dan menarik, lampu hiasan yang unik dan eksklusif boleh menjadi pilihan anda. Hanya sedikit kemahiran dan kreativiti dari bahan terbuang, anda boleh menghasilkan sebuah lampu hiasan kitar semula yang anggun dan mempersonakan.

Lampu hiasan dari bahan kitar semula bukan sahaja menjimatkan wang anda tetapi yang lebih penting ianya merupakan sumbangan anda terhadap pemuliharaan alam sekitar. Anda lihat sendiri beberapa hasil kreatif lampu hiasan daripada bahan kitar semula yang sungguh menawan ini... Jika ianya mampu anda hasilkan mahupun memberi idea untuk anda, cubalah...




Lampu hiasan dari barangan kitar semula seperti botol kaca dan plastik. 
Hasilnya sungguh anggun sekali. Betapa eksklusifnya lampu ini di ruang di rumah anda. 
Bukan sahaja cantik di kala sinaran cahaya lampu dinyalakan malah keunikan 
terserlah bila-bila masa.

Hanya menggunakan kotak terbuang. Idea kreatif dan 'simple' menghasilkan 
sebuah lampu hiasan yang sungguh menakjubkan. Anggun bergaya di letakkan 
di mana-mana ruang di rumah anda.


Pin pembuka tin juga boleh di gubah menjadi perhiasan yang menarik yang
tidak sekadar menjadi perhiasan tetapi sebuah lampu yang menerangi anda 
di waktu kegelapan. Menawan setiap mata yang memandang.

Cawan kertas dan polisterin, antara produk pakai buang yang paling banyak 
dan mudah anda dapati. Ia juga mampu menghasilkan sebuah lampu hiasan
kitar semula yang tidak terkalah dari segi rupa dan keanggunannya, malah
menyerlah dari nilai eksklusif.

Lampu meja yang unik ini pasti memukau sesiapa yang memandang.
Sukakannya? Bolehlah cuba... Lampu perhiasan anggun dari
bahan kitar semula.

Tempurung kelapa memang banyak sekali kegunaannya. Pelbagai 
hasil kraftangan boleh dihasilkan daripadanya. Lampu hiasan ini adalah
salah satu daripadanya. Cantik bergaya menerangi malam anda.

Kalau dulu ianya sangat popular, tetapi sejak ada  CD, format MP3 serta iPod, 
kaset sudah di lupakan sehinggakan koleksi kaset ini menjadi bahan yang 
menyemakkan untuk anda simpan. Kitar semula kaset ini dan ubah
menjadi sebuah lampu hiasan kitar semula yang anggun bergaya.

Sekiranya kita bijak dalam menilai sesuatu barangan terbuang serta kreatif mengolahnya menjadi sesuatu barangan lain yang berlainan fungsi, pasti hasilnya cukup menarik dan eksklusif! Kreativiti lampu hiasan dari bahan kitar semula adalah salah satu contoh daripadanya.

Tidak semua dari kita mampu menghasilkan produk-produk kitar semula seperti lampu hiasan ini, tapi janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu di anggap sampah dan di buang begitu sahaja. Ingatlah, setiap satu darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Jom kitar semula bersama :

p/s: Entri auto publish... Terima kasih terus bersama Relaks Minda.
Admin...

17 comments:

  1. Kreatif dan menarik...suka lampu yang guna tempurung kelapa tu...

    ReplyDelete
  2. Creative, cantik, menarik.. ;)

    ReplyDelete
  3. teringin jugak nak decorate rumah baru guna lampu2 macam nie

    ReplyDelete
  4. Kesan lighting dr lampu2 yg cantik mmg memberikan keceriaan ruang. Suka sgt2.

    ReplyDelete
  5. kreatif gila.. pakai botol pun bolej jadi.. hehehe

    ReplyDelete
  6. mak aihhh..kreatifnya!! nak buat jugak la...haha..

    ReplyDelete
  7. Ahli rumah kakak tak ada yg kreatif BM, kalau pandai memang cantik. Tapi kakak kumpul yg terbuang dan jual. baru Sabtu lepas abang baru jual botol-botol, kotak-kotak dan tin kami dapat 50 ringgit tau... Ini dua bulan punya koleksi tau...

    ReplyDelete
  8. Menarik sungguh ! slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

    ReplyDelete
  9. Tempurung kelapa tu kreatif sangat...nway selamat hari raya, maaf zahir& batin BM..

    ReplyDelete
  10. memang kreatif...takderlah pembaziran..

    ReplyDelete
  11. teruja je tgok =) kreatif betol la diorg ni..lg cntik dr lampu yg harga riban2 tu..

    ReplyDelete
  12. klu rajin kan bagus . leh wat lampu tempurung tuh ... cantik sungguh !

    ReplyDelete
  13. nice info :D
    da folow da..tq :D

    ReplyDelete
  14. menariknya lampu hiasan recycle ni..

    ReplyDelete
  15. Kalau lah saya ni kreatif, kan boleh buat sendiri

    ReplyDelete
  16. kenape tak buat langkah-2?? :(

    ReplyDelete

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 

Blog Rank

Blog Archive

PING Service

Backlink

Active Search Results Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Author :