Relaks Minda

Kreativiti Kitar Semula Pallet Kayu Terbuang | Relaks Minda Relaks Minda
Written by: Bin Muhammad
Relaks Minda, Updated at:

Monday, 29 April 2013

Kreativiti Kitar Semula Pallet Kayu Terbuang


Kayu merupakan sumber semulajadi yang cukup berharga. Nilainya semakin tinggi kerana sumbernya yang semakin lama semakin berkurangan. Salah satu produk dari kayu yang banyak digunakan dalam industri adalah pallet kayu. Ianya di gunakan senagai alas untuk sesuatu produk agar mudah diangkat dan disusun oleh forklift.

Sering kali pallet kayu ini hanya digunakan sekali sahaja dan kemuadian ianya di buang. Ini berikutan harga sesuatu barangan telah termasuk di dalam kos pembungkusan dan logistik, maka pallet tidak perlu di kitar dalam proses logistik ini. Adalah suatu pembaziran yang sangat merugikan bukan hanya dalam industri tetapi bahan kayu yang tidak ternilai ini terbuang begitu sahaja.

Mungkin kita tidak banyak terlibat dalam industri ini, tapi sebagai seorang yang prihatin, sanggupkah anda membiarkan pallet kayu yang masih elok ini di buang atau terbiar mereput mahupun dibakar begitu sahaja. Jika anda seorang yang prihatin dan tahu menilai betapa bernilainya kayu-kayu pallet ini...pasti anda mahukannya.

Kreativiti kitar semula kali ini ingin fokus kepada idea kreatif produk dari pallet kayu terbuang. Semoga ianya dapat memberi idea dan kreativiti buat anda untuk menggunakan pallet terbuang menjadi satu barangan yang berguna semula dan mungkin mampu menjana pendapatan pula... "Jika ada kemahuan pasti ada jalan"...

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Lihatlah...Pelbagai peralatan kegunaan harian boleh dihasilkan dari kitar 
semula pallet kayu terbuang ini... Jika anda berminat dengan kerusi dan
meja hasil dari kitar semula pallet terbuang... anda boleh nikmatinya di SINI

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Bagaimana pula dengan rak kitar semula pelbagai guna ini...Tidakkah ianya 
sesuai diletakkan di dalam bilik stor anda. Pelbagai barangan anda boleh disimpan
dengan kemas dan tersusun.

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Meja ini pasti menawan sesiapa yang memandang. Umpama sebuah
meja antik yang gah menawan di tengah-tengah ruang tamu anda.
Keativiti anggun dari pallet kayu terbuang

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Kreatif...itulah yang paling sesuai di ungkapkan. Hanya dengan kitar semula
 sekeping pallet kayu yang dicat dan di gantung di dinding...Pelbagai barangan 
boleh digantung. Tiada lagi bersepah di lantai...

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Pastinya kos adalah kekangan dalam apa jua aktiviti yang ingin diusahakan.
Kitar semula adalah jawapan terbaik. Antaranya adalah kitar semula pallet
kayu terbuang untuk reban, kandang dan tempat makanan binatang ternakan 
anda. Pasti ianya menjimatkan... 

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Satu lagi kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang yang mudah. Tergantung 
kemas didinding. Sebuah rak untuk menyimpan buku dan majalah anda, 


kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Sebuah tempat rehat yang sempurna di halaman rumah anda. Pastinya
tetamu anda tertawan..dan mungkin ada yang akan terpaku dengan idea kreatif
kitar semula pallet kayu terbuang ini. Anda pula pasti tersenyum lebar :)

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Jika di lihat...ianya adalah rumah pondok mainan yang sangat menarik.
Ya...ianya dihasilkan dari kitar semula pallet kayu terbuang. Sesuai di bina 
di taska, tadika dan di kelas pra persekolahan. Ianya dapat mendidik anak-anak 
kecil ini akan berguna dan pentingnya kitar semula. Namun pastikan keselamatan
diutamakan dalam rekabentuknya.

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Katil yang menarik ini di hasilkan dengan kitar semula pallet kayu terbuang
Jimat dan hasilnya lebih menarik dari katil yang beribu harganya.
kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Bagaimana pula dengan kitar semula pallet kayu terbuang sebagai
tempat untuk bunga hiasan anda. Pasti cantik! bertingkat-tingkat lagi. 
Kelainan yang pastinya di cemburui oleh jiran-jiran anda.

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Keistimewaan pallet adalah jika di susun bertingkat, ia akan menghasilkan satu 
ruang kpsong di antara pallet tersebut yang sekaligus menjadi tempat simpanan.
Lihatlah...amat bergunanya ia apabila kitar semula pallet kayu terbuang ini
 di jadikan sebuah meja pelbagai guna di dapur anda.

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Sebuah rak yang kelihatan begitu klasik sekali. Ianya juga hasil dari kitar semula
kayu pallet terbuang. Sungguh menarik sekali!

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Satu lagi rekaan meja untuk dapur anda. Boleh juga sebagai meja makan.
Jimat, mudah dan berbaloi...hasil dari kitar semula pallet kayu terbuang.

kreativiti kitar semula pallet kayu terbuang
Hampir kesemua kreativiti kitar semula diatas amat susah untuk di lakukan 
oleh mereka yang tidak ada langsung kemahiran dalam bertukang. Bagaimana 
pula dengan rak kasut ini? Oleh itu....Tiada alasan lagi untuk anda untuk tidak 
mengitar semula pallet kayu terbuang ini. Mudah dan praktikal.

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :
Kreativiti Kitar Semula - Recycle, Reduce, Reuse

Admin...

34 comments:

  1. wow!!!....mmg terbaik lah kalau rajin nak buat kitar semula.
    gmbr last tmpt letak kasut tu sgt2 kreatif..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajinan dn kesedaran demi menjaga alam semulajadi dapat menggalakkan aktiviti kitar semula ini. Terima kasih ya...

      Delete
  2. cantik3... boleh dipraktikkan disamping menjaga alam sekitar.

    ~kalau mak saya tengok tempat untuk letak bunga tu. Memang hari ni jugak la dia nak buat yang macam tu. Peminat tegar bunga-bungaan la katakan :D
    Yang jd mangsa membuatnya memang saya dan bapak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kalau mak2 yg tengok, terpaksalah kita membuatnya. Tapi bagus juga...kalau tidak bila lagi nak dimulakan aktiviti kitar semula ni...hehe

      Delete
  3. Salam tuan blog.

    Apa yang penting pandai bertukang je. Kan2

    Kena pandai kemahiran hidup kat sekolah.

    Zaman sekarang ni, kemahiran lebih penting dari ijazah.

    Berlambak sangat orang takde kerja dari graduan Uni ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju, dizaman ini kemahiran amat penting. Yang berkelulusan tinggi semakin ramai...dgn adanya kemahiran barulah dapat kelebihan untuk bersaing. TQ Fairul, komen yg bernas!

      Delete
  4. assalamualaikum BM.. kalau kita kreatif apa pon kita buat mesti cantikkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Acik,
      Bukan setakat kreatif sahaja tapi juga kemahuan. Contoh byk di depan mata tapi tanpa ada usaha xjadi juga.

      Delete
  5. Pallet kayu lagi nampaknya...hehe...
    Tak pe, hari tu kegunaan lainkan BM.....hari ni lain pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang boleh dihasilkan dari pallet terbuang ni...Satu entri tidak memadai nanti jadi terlalu panjang. Semoga ianya dapat memberi pelbagai idea dalam mengitar semula :)

      Delete
  6. KY pernah kitar semula kayu ni, cuma buat bangku letak kat ruang depan, buat santai2 waktu petang..heee

    p/s: BM tak de ke bahan kitar semula buat rak buku..KY teringin nak buat rak buku sendiri ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa ada dalam entri2 yang lepas. Boleh semak semula. Cara mudah melalui page kategori dibawah label creative atau lihat di page sitemap.
      Selamat mengulangkaji :)
      Saya juga cuba dapatkan beberapa contoh jikalau ada (tak janji ye)

      Delete
  7. betullah...kalau dah kreatif tu,apa sahaja bahan terbuang boleh dijadikan sesuatu yang berguna...saya tidak pernah pun terfikir sebegini kreatif...yang laman kat luar tu saya ingat boleh dipratikkan...cantik pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terbinalah apa yang dicita2kan. Kalau berhasil nanti, jgn lupa share ye..
      Terima kasih Ummi

      Delete
  8. Penggunaan kayu memang masih mendominasi dari pada yang lain. Walaupun sudah ada batu, tapi kayu masih sangat di butuhkan.
    terima kasih artikelnya, dan salam kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayu mempunyai karektor dan rupabentuk yg tersendiri krn itulah ianya masih penting dan menjadi tarikan.
      Terima kasih berkunjung kesini...kehadiran anda amat saya hargai :)

      Delete
  9. Classic & creative..suka lama merah tu..simple aje but nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna yg menyerlah membangkitkan seri dan daya tarikannya.
      Terima kasih ye

      Delete
  10. pokok pangkalnyer kena rajin lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang pula adalah bahan terbuang, jadi tiada lain yg diperlukan selain dari kerajinan dan usaha.

      Delete
  11. wah hebat...hihi :)...benda cam nie pun leh buat hiasan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah namanya kreativiti...barang terbuang pun bernilai :)

      Delete
  12. pallet kayu ni kita pernah buat gantung gambar byk2, cantik tau, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke...bagus tu, idea yg menarik! Love It

      Delete
  13. yang ni kretif..bnda 2 mmg byak dan kdg2 org buang camtu je..ambe ada buat 1 meja guna pallet ni..sgt kukuh dn jimat duit beli kayu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Saya suka bila anda menggunakan pallet utk di kitar semula. Jimat belanja...pasti menarik meja anda tu. Tahniah! Anda telah membantu dalam memelihara alam semulajadi :)

      Delete
  14. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan; Kreativiti & kesungguhan bila digabungkan mesti menghasilkan sesuatu yang "WOW".....Bab bertukang itu siapa pun boleh lakukan; Paling penting semangat jitu, keinginan untuk belajar & tak boleh malas2 hehehehhh.
    ps: Suka buat benda ikut kepala otak sendiri ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda sungguh positif dan bersemangat MG...Love it! :)
      Jika kita ada kesungguhan...pasti ada jalan!

      Delete
  15. jual-pallet-paletmurah.blogspot.com
    Jual pallet kayu, jual palet kayu, pallet kayu, palet kayu

    ReplyDelete
  16. Disini jual palet kayu dengan harga murah
    http://jualpalletkayu-jualpaletkayu.blogspot.com/
    http://jual-pallet-kayu-murah.blogspot.com/
    http://jual-palletkayu-paletkayu-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. di malaysia mana nak cari ye pallet ni.nak beli

    ReplyDelete
  18. Sungguh suatu kreativitas yang tak terduga, pallet bekas ternyata bisa menjadi barang yang menarik dan Indah

    ReplyDelete
  19. Saya telah membina perabut ringkas dari kayu2 palet semenjak beberapa tahun yang sudah. Kayu yang terbaik ialah dari jenis kayu putih dan tidak berbulu. Kayu jenis ini kalau lepas sanding dan varnish memang sangat menarik.

    ReplyDelete
  20. Saya telah membina perabut ringkas dari kayu2 palet semenjak beberapa tahun yang sudah. Kayu yang terbaik ialah dari jenis kayu putih dan tidak berbulu. Kayu jenis ini kalau lepas sanding dan varnish memang sangat menarik.

    ReplyDelete

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 

Blog Rank

Blog Archive

PING Service