Kreativiti Kitar Semula... Idea Kreatif



kitar semula
Assalamualaikum... Bagaimana untuk kita kitar semula? Mungkin ianya salah satu yang mungkin menjadi persoalan anda. Dalam mempraktikkan kitar semula ini, ada 3 kaedah yang di guna pakai. 

Pertamanya adalah 'reuse' atau guna semula. Contoh terbaik adalah seperti pakaian bundle. Jika anda tidak mahukan sesuatu barangan yang masih elok dan berguna, juallah ia atau sedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Bukan sahaja menguntungkan anda tapi juga satu amal jariah yang berpanjangan untuk anda.

Kaedah kedua adalah 'reduce' atau kurangkan. Contohnya adalah beg plastik. Kita boleh kurangkan penggunaan beg plastik dengan bertukar kepada beg kitar semula atau dibungkus dengan kertas. Pasaraya kini sudah mula tidak menggunakan beg plastik setiap hari sabtu, ianya satu contoh aktiviti pengurangan yang amat berkesan dan berjaya sekali. Ianya patut di perluaskan di luar bandar juga.

Kaedah ketiga pula adalah 'recycle' atau kitar semula. Kreativiti kitar semula amat diperlu untuk memberi idea dan ilham untuk kita menggunakan bahan terbuang ini. Kaedah inilah yang di fokuskan dalam entri ini. Menggunakan bahan terbuang dan dijadikan satu bahan atau produk lain yang berlainan fungsi. 

Berikut adalah beberapa kreativiti kitar semula yang mungkin ada diantaranya dapat anda cuba mahupun memberi idea dan ilham untuk mengitar semula bahan terbuang yang ada di rumah anda... Jom kita kitar semula :) 

idea kitar semula
Botol plastik seperti bekas syampu boleh dijadikan bekas untuk handphone 
anda semasa mengecas. Mudah dan kemas sekali. 

idea kitar semula
Kotak makanan seperti cornflakes atau kotak sabun boleh anda ubah menjadi 
bekas untuk buku, file dan sebagainya. Satu idea kreativiti kitar semula yang
mudah dan amat berguna sekali.

idea kitar semula
Ini pula adalah hasil kreativiti kitar semula dari tayar terbuang. Jika anda rasakan
ianya mampu anda buat...silakan, kerana hasilnya amat menarik sekali.

idea kitar semula
Kreativiti dari besi komponen basikal ini amat menarik dan kreatif sekali.
Ianya memerlukan sedikit kemahiran untuk di hasilkan.

idea kitar semula
Rumah-rumah lama di kampung-kampung semakin banyak yang terbiar dan
mereput begitu sahaja. Lihat hasil idea kreatif ini yang menggunakan daun tingkap
rumah lama sebagai hiasan di dinding. Sungguh mengujakan hasilnya. 

idea kitar semula
Pakaian lama yang sudah tidak berguna lagi tapi zipnya masih elok. Apa kata
anda cuba idea kreatif ini. Beg unik dari zip...unik dan bergaya sekali hasilnya.

idea kitar semula
Sudu dan garfu dan pisau yang rosak dan patah pula anda boleh juga jadikan
barang perhiasan yang sungguh anggun dan eksklusif

idea kitar semula
Botol plastik pula anda boleh jadikan gelang yang menarik untuk hiasan
yang unik yang pastinya tidak terdapat di mana-mana. Idea kreatif yang 
sesuai bagi mereka yang sukakan kelainan.

idea kitar semula
Bunga hiasan istimewa ini hasil dari kreativiti kitar semula botol plastik. 
Hiasan menarik di meja tamu anda.

idea kitar semula
Botol plastik terbuang juga amat menarik dijadikan pasu bunga gantung 
dirumah anda. Ianya tahan lama dan tiada kos. Cubalah...

idea kitar semula
Ini juga adalah hasil kreativiti kitar semula yang kreatif dan menarik sekali
hasilnya dari botol plastik terbuang. Tirai yang sungguh menawan yang pasti
membuat ramai tetamu anda tertawan :)

idea kitar semula
Lampu hiasan yang anggun dan menarik ini adalah hasil kreativiti kitar semula
dari tempurung kelapa. Jika anda mampu membuatnya...pasti bukan sahaja
boleh digunakan untuk kegunaan sendiri tapi boleh juga untuk di jual...

idea kitar semula
Tutup botol plastik yang pelbagai warna ini boleh dijadikan barang permainan yang
menarik dan mengujakan untuk si kecil anda... 

idea kitar semula 
idea kitar semula
Pallet kayu terbuang yang sngguh bernilai ini janganlah dibuang begitu 
sahaja. Lihatlah hasil perabot darinya... Sungguh menarik, idea kreatif 
yang menjimatkan wang anda.

idea kitar semula
Kertas adalah antara barangan yang banyak sekali di buang begitu sahaja.
Terutama kertas flier dan iklan. Lihat kreativiti kitar semula ini...hasil dari kertas 
yang di lipat, digulung dan di cantumkan... Pelbagai bentuk pasu boleh anda
hasilkan darinya. Amat cantik dan kreatif sekali hasilnya.

idea kitar semula
Akhir sekali...mari kita buat satu beg mudah dari kertas terbuang.
Mudah dan ringkas... Jom!

Jadi, marilah kita menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar. Fikir dulu sebelum buang... Bersamalah kita menjaga alam sekitar, Jom! kita kitar semula...

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber alam semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif  dengan kreativiti kitar semula atau juallah ia di tempat kitar semula agar ianya dapat di proses menjadi bahan asas semula.... Anda untung, alam pun terpelihara...Insyaallah.

Ketahuilah... Tindakan anda akan menentukan keadaan kehidupan masa depan generasi anda. Dan Ingatlah...Membazir itu perlakuan syaitan.  

Jom kitar semula bersama :

Admin...

36 Komentar untuk "Kreativiti Kitar Semula... Idea Kreatif "

kalau kita kreatif bolih menjadikan bende baru dan boleh buat duit juga...

Saya sekarang tengah merancang nak buat pasu bunga gantung dengan menggunakan botol.. idea dari blog relaks minda..terima kasih..

Cantik bila barang terbuang dapat pada tangan yg berkebolehan. Kakak tak buang tapi kakak kumpul dan jual. Nak buat macam tu tak kreatif. Suka pulak kakak tengok meja roda basikal tu...

subhanaALLAH kalau kreatif apa juga boleh buat dan semua cantik2

Betul tu Bunda...terpulang kpd diri sendiri ajelah sekarang ni.

Love it...Jangan lupa share hasilnya ye :)
Tengkulah jadi mangsa memanjat ni...hehe

Kumpul dan jual pun satu dari aktiviti kitar semula... Ada juga hasil darinya :)

Acik pun seorang yang kreatif...xnak cuba ke? Bila dan free nanti la.. :)

semuanya cantik and sangat-sangat kreatif..nway terpikir jugak dah berapa banyak yang BM dah tiru dia orang ya..kita suka tapi tak ada lagi yang terbuat..he..he

Cik akak datang nak jemput Join GA cik akak...


http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-bintang-mencari-cinta.html

alaa...yg bag zip tu cantik, rumah KY banyak zip, nak cuba nanti

Buat tak le banyak...sebab bahan masih tak mencukupi. Cuma ianya dapat memberi ilham kepada yang memerlukan... :)

Terima kasih :) Amat terharu diatas jemputannya... :)
Insyaalllah...saya akan cuba sertai tapi tidak janji ye

Boleh saja...Mesti menarik hasilnya nanti :)

paling pntg kena kreatif lah yer BM

memang sangat kreatif...nak pulak kalau rajin...kotak letak buku pun mahal juga di kedai sekarang ni...

wahh..kreatif nya...mcam mana nak kreatif macam nie.... susah jugak nak ikut nie... idea baik2...

mselim3

pls: mesti bin mohammad nie kreatif orangnyer kan....

Betul tu...tapi tiru aje lah kalau xkreatif :)

Sekarang barang2 semuanya mahal, bagus kalau kitar semula ni...menjimatkan :)

Kita xperlu kreatif mcm ni...idea kitar semula untuk dikongsi bersama agar aktiviti kitar semula boleh dipelbagaikan...Tiru aje mselim3 :)

Saya xkreatif cuma berkongsi utk kebaikan bersama :)

Buat saya pula BM, saya "reuse" tudung2 saya yg bersaiz pendek ke saiz lebih labuh tanpa membuang yang lama...hee

Good idea...boleh share tu, idea bernas yg kadang xterpikir oleh orang lain :D

pergh.. memang sempoi bro.. hehehe

Assalam, singgah pg relakskn minda jap :) otak manusia ni, kalau dah kretif bt ape pn mmg cantik..salute la orang yg pndai hrgai alam dgn memanfaatkan brgn ktar smula..

Kalau boni boleh buat ni...memang bertambah kacak :D

Waalaikumsalam ska,
Aktiviti yg mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja...memang salute pd yg melakukannya

Cuba lah...kalau berjaya boleh share ye :)

Suka sangat tengok hasil kreatif gambar2 ni....paling best rim basikal buat coffee table.

Thanks MG... Saya pun berkenan juge

Pokok pangkalnya kena rajin ! kalau malas kreatif macamana pun pasti tak guna haha

Yes...I agree!! Rajin...itulah sahaja yg di perlukan. Jadi atau tidak belakang kira...kalau rajin, insyaallah akan berjaya

saya pencinta alam...cuba nk kumpul dan jual tapi x ada ruang kat umah...akhirnya bagi kat org je lah, blh jugak diaorang tambah pendapatan...tp dah tgk kat blog nie byk jugak idea kreatif...blh cuba lah nt...:)

cantiknye pasu daripada kertas tu

cantiknye pasu daripada kertas tu

saya nak merancang buat taman bunga berpasu menggunakan tayar terpakai...Harap2 berjaya....

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... *Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye

Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
Copyright © 2014 Relaks Minda - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info