Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik: Bidang rekaan ini sangat menarik kerana ianya memerlukan anda berfikir di luar jangkaan dan menguji kreativiti anda ketahap maksimum. Kadang kala anda melihat rekaan tersebut begitu bersahaja dan mudah sekali namun kita tidak terfikir untuk rekaan yang sedemikian rupa. 

Kerusi & Meja

Kita lihat beberapa rekaan kerusi dan meja yang sungguh menarik, kreatif dan unik yang cukup mempersonakan namun tidak sesekali mengubah fungsi kerusi dan meja tersebut.

idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Rekaan yang sesuai untuk meja belajar di bilik mahupun bilik kuliah atau seminar. Tidak perlu lagi gusar pasal kerusi hilang. Rekaan yang simple dan kemas. Amat menarik sekali!

idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Umpama sebuah kabinet...namun apabila di buka, ianya set kerusi meja yang menarik. Satu rekaan yang pelbagai guna yang amat menarik sekali.

idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Kerusi rehat yang sungguh cantik dan unik sekali. Rekaan moden dan amat berseni. Sesuai untuk rumah yang luas, simple dan moden.  

idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Satu lagi rekaan yang menarik untuk kerusi di bilik kuliah mahupun bilik seminar. Rekaan sekarang seringkali bermasalah dengan tempat letak tangan yang mudah rosak, tertanggal ataupun 'loose'. Dengan hanya menggunakan satu bentuk acuan dan bahan ianya sekaligus menghapuskan segala masalah tersebut. Rekaan ini juga tampak kemas dan berseni sekali. 

idea rekaan kreatif idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Kerusi yang amat menarik sekali. Daripada untuk kegunaan sorang satu ianya boleh disabung untuk dijadikan kerusi panjang. Idea yang kreatif.

idea rekaan kreatif idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Daripada sebuah meja kopi ianya menjadi beberapa bahagian yang merubah fungsi menjadi meja kecil atau tempat duduk. Sungguh menarik, sesuai bagi kegunaan di rumah bujang. 


idea rekaan kreatif idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Meja dan kerusi seringkali menyempitkan ruang apabila tidak digunakan dan memerlukan ruang lain untuk menyimpan. Rekaan ini menyelesaikan masalah tersebut. Anda boleh simpan ianya tersorok di lantai. Satu rekaan yang sungguh inovatif dan idea yang kreatif sekali.

idea rekaan kreatif idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Kerusi menjadi meja atau meja menjadi kerusi. Rekaan dwi fungsi ini sungguh 'versatile' sekali.

idea rekaan kreatif idea rekaan kreatif kerusi dan meja
Ini juga merupakan satu rekaan kerusi dan meja yang mampu menyesaikan masalah anda untuk menyimpan malah ianya mudah untuk di bawa kemana sahaja. Satu hasil rekaan yang sangat mengujakan.

idea rekaan kreatif idea rekaan kreatif kerusi dan mejaidea rekaan kreatif kerusi dan meja
Hasil rekaan yang mempunyai nilai seni di samping fungsi yang sesuai untuk kegunaan si kecil anda. Ianya mengajar anak anda untuk mengemas semula selepas ia di gunakan. Pasti si kecil ini amat menyukainya. Selain itu ianya boleh di letakkan di mana-mana ruang di rumah anda kerana bentuknya umpama sebuah kabinet. 

dekorasi bajet 

Idea dan kreativiti adalah bakat anugerah Allah buat seseorang insan. Hasil kreativiti mereka ini menjadikan pelbagai bentuk dan rupa sesuatu barangan sama ada ianya memberi kebaikan dan kemudahan buat penggunanya. Mampu menyelesaikan masalah dan menjadikan barangan tersebut semakin canggih dan menarik.

Ada lagi rekaan menarik :
- Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik
- Cetusan Kreativiti

Admin...

1 comments

RIZZNA delete icon 7:51 PTG

Sgt creative. Mana nk carik?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap