Page ini istimewa buat Sahabat Relaks Minda... sebagai tanda dan ucapan terima kasih diatas segala penghargaan yang telah diterima dan dari peraduan/segmen/giveaway yang dimenangi. Bukan hadiah yang di cari tapi persahabatan yang dapat dijalinkan lebih diutamakan.

Bukan mudah untuk menjadi penganjur sesuatu peraduan/segmen/giveaway, Tahniah buat anda! segala usaha anda amat dihargai.


Semoga ikatan persahabatan ini akan berterusan dan menjadi kenangan terindah buat Relaks Minda.
Terima Kasih!

Walaupun ianya tidak sebanyak dan semewah blogger lain, tapi bila anda berjaya...pihak penganjur wajar dihargai. Anda semua boleh kunjungi mereka ini untuk berkenalan...


1. 1 Feb. 2013. Memenagi sebuah set bekas Tupperware dari http://lizayati.blogspot.com kerana memenangi peraduan  "Count Adam's Book Giveaway" kerana tepat meneka jumlah buku Adam. Terima kasih Mama Liza atau Norlizayati Othman



http://lizayati.blogspot.com

2. 10 Mar 2013, Menyertai segmen blogwalking iaitu "Segmen Follow & Blogwalking #2" oleh Mia Liana. Alhamdulillah...Rezeki berpihak kepada saya walaupun pemilihan melalui random.org. Satu artikel pilihan Relaks Minda di 'review' dan disiarkan di blog http://www.mialiana.com/. Terima kasih Mia. Anda boleh ikuti 'review' tersebut di SINI


http://www.mialiana.com/

3. 10 Mar 2013, Menyertai satu lagi segmen iaitu "Segmen Bloglist 24 Jam Oleh Akupenghibur.com" Syukur Alhamdulillah...Acik terbuka hati untuk memilih Relaks Minda tersenarai di blog popular ini http://www.akupenghibur.com/. Terima kasih Acik.


http://www.akupenghibur.com/
4. 30 Mar 2013, Mieza Jhaa K,  adik manja kesayanganku :) Macam mana boleh terlupa...Ampun dik, jangan nangis ye, mesti ngadu kat Mr.K nih...huhu
Cuba anda teka yg mana satu Mieza dan berapa umurnya dan adakah mereka bertiga sebaya?  Itulah soalan teka-teki yang saya hanya dapat teka 2 saje yg betul. Tapi...sebab dia sayangkan saya (hehe...dari jawapan bodek) terpilih juga disenaraikan dalam Bloglist http://cinta25hb.blogspot.com. Terima kasih Mieza...anda tetap teristimewa :)


http://cinta25hb.blogspot.com

4. 29 April 2013, Menyertai "Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com." Pemenang kali ini di pilih oleh Mia sendiri dan Relaks Minda berjaya memenangi hati Mia untuk terpilih dalam Bloglist http://www.mialiana.com/ untuk bulan Mei dan Jun 2013. Terima kasih Mia.

 

http://www.mialiana.com/

5. 19 Jun 2013, Saya di kejutkan dengan satu cenderahati dari http://minus-ska.blogspot.com. Satu hasil seni yang sangat menarik iaitu 'doodle' menjadi hadiah yang sangat istimewa buat saya. Terima kasih Fais...



http://minus-ska.blogspot.com

6. 1 Julai 2013, Memenangi antara komen pilihan dalam peraduan "Ole-ole Beijing" oleh http://bicaraneem.blogspot.com Sebuah topi istimewa dari percutian Kak Anim di Beijing selamat diterima. Terima kasih Kak Anim


http://bicaraneem.blogspot.com

7. 25 Julai 2013, Diatas jemputan, saya menyertai sebuah segmen giveaway anjuran Abe Kie di http://jukdin.blogspot.com/ , "Segmen Giveaway: Bahaso Kelate Tahap Dewo" Hasilnya...semua penyertaan mendapat Kad Raya, Terima kasih Abe Kie, semoga terus semangat berblogging!


http://jukdin.blogspot.com/

Perhargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Sahabat yang sudi meletakkan Blog Relaks Minda di dalam Bloglist anda dan kepada semua yang sudi follow blog ini. Keikhlasan anda amat-amat saya hargai.

p/s: Kini saya tidak lagi menyertai sebarang peraduan/segmen/giveaway melainkan dengan syarat-syarat yang mudah atau ianya memberi ilmu pengetahuan. Bukan tidak mahu memberi sokongan tetapi tidak mahu menghampakan penganjur kerana setiap penganjuran pasti mahukan komitmen dan keikhlasan agar ianya memuaskan hati semua pihak dan berjalan dengan jayanya. Buat masa ini, saya tidak dapat memberikan komitmen tersebut dan tidak mahu penyertaan sekadar melepas batuk ditangga. 

Terima kasih...sahabat


Bin Muhammad
Relaks Minda

22 comments - "Penghargaan"

Unknown delete icon 11:46 PG

Wauu mcm2 dapat..tahniah.. sama la..xdapat bagi komitmen..sbb tu jarang joim segmen. Tp sy akan buat segmen minggu ni..tungguuuu..

Unknown delete icon 11:55 PG

wah banyaknya hadiagh...lepas nie boleh buat koleksi..hihi..

cik akak join yang menarik minat cik akak je...hihi

Wah. Terharu. Sob sob. Dpt bayangkan kesungguhan BM mengira semua buku2 Adam dulu sehingga tepat meneka. Terima kasih atas persahabatan yg terjalin.

Unknown delete icon 12:24 PTG

Waaaaa...tahniah untuk bro.
Semoga terus menerus murah rezeki dan berblog dgn lebih banyak lagi warna-warni di relaks minda...

PCL delete icon 12:29 PTG

kena rajin support kawan2..itulah hasilnya, bukan hadiah yg dicari tapi ukhuwah persahabatan maya yang berterusan melalui blog khususnya... teruskan dgn penuh semangat semoga bertambah koleksi.

murah rezeki RM...tahniah...semoga ukhuwah berpanjangan..

Blog Santai delete icon 1:35 PTG

Thaniah BM..murah rezeki..

THE AUTHOR delete icon 1:52 PTG

Join segmen ni menambahkan rakan2 alam maya.

Tanpa Nama delete icon 2:00 PTG

wah tahniah, mmg rezeki tu.. KA pun dah slow dalam bab2 join segmen2 ni sebab takut x boleh bagi komitmen !

Tahniah!....saya belum sempat bersegmen dan jarang-jarang dapat menyertai segmen rakan2 dek kesibukan....

Bestnya dapat hadiah kannn....bila BM nk bg SA plak...Hihihihi. ..

Tanpa Nama delete icon 2:25 PTG

bestnyer..banyak hadiah :)

Unknown delete icon 2:57 PTG

waahhh...bertuahnya dia dpt byk hadiah...tahniah sahabat!!

Unknown delete icon 3:00 PTG

bagus kalau kita menghargai sesebuah pemberian,,kat ksah la kalau kita dapat free atau menang contest..ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama blogger..:)

Alhamdulillah,tentu entri ini ditulis dengan perasaan dan hati yang berbunga-bunga gembira kan, sebab CM yg membacanya pun turut rasa gembira utk BM, Gud job and semoga terus suksess..BM nampaknya mmg murah rezeki, kl ada cabutan bertuah, mesti selalu dapat ni ya?

Wah, seronoknya kalau dapat hadiah macam ni. Tahniah!

Bunda_nora delete icon 5:05 PTG

tahniah BM..

wahhh tahniah BM banyak hadiah dapat

Fais-SKA delete icon 6:11 PTG

Alhamdulillah byg juga 2 =) tahniah bro BM..trima juga atas entri ni..

Rasa nak join pulak segmen2 lepas ni...sebelum ni pernah gak dapat hadiah saguhati...ok lah dari tak der join langsung kan..hehe..sebagai tanda sokongan sesama blogger..

Mizz Aiza delete icon 11:49 PTG

tahniah.. banyak hadiah.. :D

Unknown delete icon 9:31 PG

tahniah byk dpt hadiah tuu

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap