بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali pulang ke kampung MIL, salah satu hidangan lauk yang menjadi kegemaran aku adalah ulam-ulaman. Sedia maklumlah.. Kat kampung ni ada macam-macam pilihan ulam-ulaman tetapi yang paling aku suka adalah pucuk gajus dan pucuk ulam raja.

Kalau dapat ulam-ulaman ini dijadikan lauk makan tengahari dan pekena pula bersama sambal belacan... Fuhh! sudah pasti bertambah-tambah nasi! Memang betullah kata orang tua... Mak mertua lalu pun tak sedar dah! haha!

Pokok ulam raja ini pula sememangnya banyak dibiarkan tumbuh meliar di halaman rumah mertua aku ini. Kalau nak makan, petik ajer pucuknya! Pokok herba ini bukan sahaja enak dimakan sebagai ulam tetapi juga cantik dijadikan tanaman hiasan buat penyeri halaman.

Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja
Ulam raja yang tumbuh meliar di kampung

Tumbuhan Herba Kongsibersamanora - Ulam Raja

Kita semua sedia maklum bahawa ulam raja sememangnya menjadi ulam kegemaran ramai sejak dahulu lagi kerana ianya mempunyai bau, rasa masam, enak dan tersendiri yang mampu membangkitkan selera. Bagi mereka yang tidak pernah merasainya, pasti akan mudah tertarik dengan baunya dan hanya sekali cuba... pasti nak lagi!

Tumbuhan herba yang sangat popular ini enak dimakan mentah begitu sahaja bersama nasi atau di cicah sama ada dengan budu, sambal belacan, tempoyak mahu pun cincalok. Hmm... dah hampir terliur dibuatnya!

Walaupun ulam raja ini tumbuh subur di Malaysia namun ketahuilah bahawa negara asal tumbuhan ini adalah dari Amerika Latin! Jauh tu! Entah bagaimana boleh sampai ke Tanah Melayu ni, agak sukar diketahui.

Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam RajaTapi jangan tersilap pula, ulam raja atau nama saintifiknya 'cosmos caudatus' ini ada dua jenis. Satu diantaranya adalah yang hanya ditanam sebagai pokok bunga hiasan kerana mempunyai bunga yang cantik dan ada pelbagai warna. Walaupun bentuk daunnya serupa, namun ianya tidak sesuai dijadikan ulam. Tiada bau dan tak sedap langsung rasanya!

Jenis yang satu lagi inilah yang sebenarnya jenis ulam raja yang sesuai dijadikan ulam iaitu yang berbunga kecil dan berwarna merah jambu, ungu dan putih.

Jangan pula anda keliru antara pokok ulam raja dan pokok "Rumpai Miang Mexico'. Walaupun kelihatan hampir serupa namun pokok 'Rumpai Miang Mexico' yang amat merbahaya jika tersentuh kerana boleh menyebabkan berlakunya alahan teruk kepada kulit terutamanya kepada kanak-kanak. Dapatkan maklumatnya di SINI

Ulam raja ini merupakan spesis tumbuhan herba semusim dan apabila lengkap sahaja kitaran hidupnya, maka ia akan terus mati. Amat mudah sekali nak tanam ulam raja ni kerana ianya membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Taburkan sahaja biji benih ke tanah... InsyaAllah, tumbuhlah ia.

Petua dan Herba Kongsibersamanora - ulam raja

Khasiat Ulam Raja

Ulam raja bukan sekadar enak dimakan tetapi tumbuhan herba ini juga kaya dengan pelbagai khasiat. Antara khasiat utama ulam raja ini adalah :

1. Membebaskan toksid dalam badan dan menguatkan tulang
  • Selalu lemah-lemah badan dan terasa tulang kurang kuat, maka selalulah makan ulam raja kerana ulam raja mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
  • Ada lebih dari dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti terkandung dalam Ulam Raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

2. Meremajakan kulit (awet muda)
  • Pasti ramai yang mahu kelihatan sentiasa muda remaja (awet muda) oleh itu dengan memakan ulam raja ini ia mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Apabila oksigen bertambah maka peredaran darah akan menjadi semakin lancar dan secara tidak langsung memberi keanjalan kepada kulit. Ulam Raja juga mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Selain itu ianya juga kaya dengan laksium dan vitamin.

3. Merencat bakteria merbahaya
  • Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli yang amat membahaya kepada kesihatan tubuh badan. Hebat sekali khasiat ulam raja ini!
Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja
Daun ulam raja

Ulam Raja - Ulam Yang Berharga

Begitu banyak dan menakjubkan sekali khasiat tumbuhan herba ulam raja ini. Maka tidak hairanlah permintaannya semakin tinggi kerana keistimewaa serta keenakannya sehingga amat disukai oleh ramai orang. Berikutan itu, pasarannya juga semakin meluas dan kini ianya boleh dijadikan tanaman sampingan untuk menambahkan hasil pendapatan para petani.

Harga terkini ulam raja di pasaran adalah di antara RM4 – RM6 sekilo. Ianya amat mudah ditanam, tidak bermusim dan tanpa perlu penjagaan yang rapi. Hanya dalam tempoh 6 minggu, hasilnya sudah boleh dituai dengan anggaran minimun 0.5kg sepokok selama 6 minggu. Kalau ada 100 pokok, maka bolehlah dapat paling kurang 50kg dengan pendapatan minimum RM200! Satu pulangan yang berbaloi-baloi! 

Raja Segala Ulam-Ulaman

Sekarang kita semua tahu, bukan sahaja dikenali kerana keenakan dan kesedapan rasanya, malah ulam raja juga kaya dengan pelbagai khasiat! Berikutan itu pokok herba ini amat bertepatan sekali dengan namanya ulam raja sebagai 'Raja' kepada segala ulam-ulaman. Tidak mustahil juga mungkin dulu-dulu ianya pernah menjadi makanan khas atau ekslusif hanya untuk santapan raja-raja dan sebab itulah agaknya ulam ini dinamakan 'Ulam Raja'... :)

Dah... jangan buang masa lagi, habis sahaja baca dan komen entri ini, pergi cari ulam raja, buat lauk dan nikmatilah keenakan serta kehebatan khasiatnya!

Petua dan Herba Kongsibersamanora

Selain itu kenali serta ketahui juga petua dan khasiat tumbuhan-tumbuhan herba berikut dari Kongsibersamanora:

Petua dan Herba Kongsibersamanora
"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"



Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

30 comments - "Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja"

ternyata banyak fungsi daun ini tak tahu tapi nama di indonesia daun gedi

The king of the ulam-ulaman :).. Semoga berjaya bro BM.

mselim3 delete icon 8:33 PG

Assalammualaikum... BM,

semoga berjaya BM dalam contest nie...

mselim3

paridah delete icon 8:57 PG

ulam raja banyak khasiatnya...kak doakan BM berjaya dlm contest ni...

nurmisnan delete icon 9:10 PG

Assalam. Terima kasih atas penyertaan Contest Petua dan herba Kongsibersamanora. Banyak manfaat yang terdapat pada herba2 ulam raja ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua

All d best and gd luck

banyak sungguh khasiat nyer..

assalamualaikum.

ulam raja...akhirnya, ada juga yang post tentang ulam ni..terbaekk laa..
erm, ulam raja ni la yang satu-satunya menjadi ulaman satu keluarga kami sejak dari tahun 1998.
satu keluarga tau....ada tanam depan rumah jer...
yang peliknya, makin kita rajin ambil, makin berganda-ganda lak tumbuhnya...
jadi, setiap hari, ada jer bekalan ulam kami, alhamdulillah.
ok, cerita dari segi effectnya pada kami,
yang saya tahu, satu keluarga kami tiada penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesteroldan segala yang merbahaya, demam-demam sikit tu, ada la...
selain tu, kami adik-beradik bukanlah jenis yang rajin belajar, jadi, mungkin ulam raja ni ada kesan mencerdaskan fikiran...tak rajin study, tapi result maintain bagus.
salah sorang adik saya wakil chess peringkat negeri.
tentang awet muda pula, haha, yang ni paling best, purata kawan-kawan jangka yang umur kami 10 tahun lebih muda dari sepatutnya....serius.
jadi,amat sesuai bagi wanita yang pentingkan kecantikan semulajadi.
selain dari tu, tak pasti ada lagi ke tak...haha.
semoga info ini dapat menaikkan semangat kita untuk menghargai alam dan khazanahnya.
#blogspot:rawatankanser2013

semoga berjaya..

BinMuhammad delete icon 11:40 PTG

Sekarang dapat lagi informasi baru... Daun Gedi ya pak... enak sekali!

BinMuhammad delete icon 11:41 PTG

CP, kat Sabah, ulam ni ada ke?

BinMuhammad delete icon 11:43 PTG

Waalaikumsalam mselim,
Sekadar memberi sokongan buat kontest yang menarik ini... :)

BinMuhammad delete icon 11:44 PTG

Terima kasih akak... Orang lama mesti suka makan ulam kan... :)

BinMuhammad delete icon 11:48 PTG

Terima kasih juga kerana terima penyertaan ini. Tahniah di atas penganjuran kontest yang menarik dan bermanfaat ini. Semoga ianya berjalan lancar dan mencapai matlamat.

BinMuhammad delete icon 11:49 PTG

Makanlah ulam raja... boleh awet muda! :))

BinMuhammad delete icon 11:52 PTG

Terima kasih di atas komen serta perkongsian pengalaman yang menarik ini. Semoga lebih ramai yg menggemari ulam raja yang bukan sahaja enak tetapi begitu banyak sekali khasiatnya! Dah terbukti! :)

BinMuhammad delete icon 11:53 PTG

Thanks MKL :)

sensasi2020 delete icon 12:55 PG

Salam buat Bro Bin Muhammad..... pilihan tumbuhan yang tepat pada masanya. memang ramai yang menyukainya. Saya pun selalu makan ulam ini bersama budu. Artikel yang cukup panjang dan menarik. Semoga berjaya bro....

Ummi Hanie delete icon 12:39 PG

ulam raja memang kegemaran... dan dah mula ditanam pun....

teruja baca khasiat2nya

selamat berjaya ya BM :)

Cik Bayan delete icon 2:21 PTG

As salam...
Saya tak suka makan ulam. Tapi saya tahu dan baca pasal ulaman di Malaysia. Ulam raja antara yg famous. Begitu juga petai...
Artikel yg bagus. Selamat maju jaya.

Khir Khalid delete icon 9:00 PTG

Saya pun suka ulam raja.. mmg menyelerakan klu makan dgn ikan bakar & kuah asam.. uhh best..
Belum sempat join lagi contest ni.. kena join ni sblum tarikh tutup ni...

Myliferia delete icon 3:07 PTG

Banyaknya khasiat ulam raja. Kalau di kampung, memang mudah nak dapat, petik jer di halaman mak saudara, dengan izinlah...hehe

Tanpa Nama delete icon 8:42 PTG

kathy kurang suka ulam yang mentah walau tahu khasiatnya banyak..huhuhu..

NFH delete icon 9:00 PG

Banyak khasiat ulam raja. Semoga berjaya

Yana Yani delete icon 5:39 PTG

wah! buat lapo baca entry ni
saya adalah pengemar ulaman terutama ulam raja ni lah!
memang sedap rasa dia, walau anak saya kata saya kambing bila nampak saya makan...hehe
appaun all the best ye BM

Fiza Rahman delete icon 11:01 PG

Banyak khasiatnya yerp. Makan ulam jer lah lepas nih.

Unknown delete icon 2:02 PTG

hadiah kongsi dua ye uncle..haha

nona sani delete icon 11:05 PG

AWET MUDA GITUUU!!!

JOMMM SINGGAH TGK PETUA HERBA SY PULAKKK~ :)

http://nonasani.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html

natura delete icon 6:04 PTG

Teringat kecil-kecil dulu suka ambil ulam raja buat main masak-masak.
Bau sedap.

Unknown delete icon 1:35 PG

Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm40....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 014 9092044(mohd zuhelmi)

Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
Keluaran kami adalah asli.. NAMA SYARIKAT JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT PG 0346818-W

...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap