بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai seorang individu dan pengguna, anda sebenarnya mempunyai hak dan privasi yang tersendiri. Walaupun media sosial dan laman sesawang ini bebas bersuara serta memberi perkhidmatan namun ianya tetap mempunyai batas dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Berikutan internet semakin meluas penggunaannya maka kesalahan, kecuaian, masalah serta keterlaluan kebebasannya semakin tidak terkawal.

Saluran Aduan Pengguna Internet

Jika anda seorang pengguna internet yang tertipu atau terperangkap dalam permasalahan dalam urusan secara online sama ada urusan jual beli atau perkhidmatan; begitu juga dengan penyebaran fitnah, pencerobohan hak dan peribadi, pengambilan hak cipta, mengancam keselamatan dan sebagainya yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara, agama dan hak kemanusiaan maka anda berhak membuat laporan dan aduan.

Jika ianya berkaitan dengan unsur jenayah dan keselamatan diri maka sebaiknya dilaporkan terus kepada pihak polis. Namun jika ianya selain dari itu maka beberapa badan dan perkhidmatan berikut dapat menjadi saluran untuk menerima aduan, memberi bantuan, membuat tindakan serta menyelesaikan masalah anda.


Senarai Saluran Aduan Pengguna Internet:

1) Sistem E–Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem E-Aduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif iaitu untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Saluran Aduan KPDNKK :

2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Saluran Aduan Biro Pengaduan Awam (BPA) :

Saluran Aduan Pengguna Internet

3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Sistem Aduan SKMM adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia yang merangkumi:
  • Telekomunikasi
  • Penyiaran
  • Perkhidmatan Internet
  • Perkhidmatan pos/kurier
  • Pensijilan digital

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melaporkan aduan berkaitan kandungan di internet:

   Langkah Pertama:
  • Anda digalakkan untuk membuat aduan terus kepada pihak pengendali/pemilik kandungan tersebut. Jika tiada maklumat mengenai pengendali/pemilik kandungan tersebut dapat diperolehi secara terus di laman tersebut, anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan laporan penyalahgunaan atau ’report abuse’ yang disediakan di dalam laman tersebut.  Ini ialah kerana laporan sendiri dari pihak tuan/puan adalah lebih diutamakan oleh mana-mana pihak pentadbiran laman-laman sesawang.
   Langkah Kedua:
  • Anda boleh membuat aduan kepada SKMM dengan menyertakan dokumen sokongan dan maklumat terperinci mengenai kandungan yang diadukan. Salinan emel/surat yang telah dihantar kepada pihak pemilik/pentadbir laman web ataupun pihak berkuasa lain juga patut disertakan.
  • Anda boleh membuat laporan kepada kami di laman web http://aduan.skmm.gov.my/ atau mana-mana saluran aduan yang disediakan oleh SKMM.  Pihak kami akan mengkaji aduan tersebut dan akan membantu pihak tuan/puan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  • Pihak SKMM akan memaklumkan penerimaan aduan tuan/puan berserta dengan nombor rujukan dalam masa 3 hari selepas aduan diterima (pengesahan untuk aduan melalui laman web/portal Aduan SKMM akan diterima dalam masa 1 hari).  Anda akan menerima jawapan hasil siasatan SKMM dalam masa 15 hari dari tarikh aduan diterima.
   Langkah Ketiga:
  • Membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan seperti PDRM, KPDNKK, BNM dan agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan.

Saluran Aduan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Saluran Aduan Pengguna Internet

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Saluran Aduan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Saluran Aduan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

6) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Saluran Aduan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Hak Dan Batas Pengguna Internet

Sebagai seorang pengguna internet, sama ada pihak penyedia atau pengguna, kita semua perlulah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Begitu juga kita sebagai seorang manusia yang punya agama dan maruah perlulah mengikut hukum, etika serta adap apabila menggunakan internet ini.

Jika kita terasa terancam atau dianiaya, maka gunakanlah saluran yang betul dan buatlah aduan kerana tindakan kita bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.

Saluran Aduan Pengguna Internet

Sebagai seorang blogger dan pengguna media sosial, ketahuilah hak dan batas anda. Ingatlah... setiap perkataan dan gambar yang disiarkan ianya bebas dilihat dan diakses oleh sesiapa sahaja. Pastikan ianya mematuhi segala undang-undang dan hukum agama. "Mata pena lebih tajam dari mata pedang"... sedikit kesilapan ianya mampu mengundang ancaman, masalah serta bahaya yang besar! Berhati-hati dan amanahlah...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

16 comments - "Saluran Aduan Pengguna Internet"

Berhati-hatilah dalam menitip tulisan jangan sampai ada yg membuat aduan dek kerana hasil tulisan kita. Tapi lagi parah hal-hal percanggahan dlm agama di dunia mungkin terlepas tapi di akhirat menanggung utk selamanya..

paridah delete icon 11:00 PG

info yg sgt bermenafaat...sentiasa perlu berhati-hati mnggunakn media maya menurut etikanya agar xdidakwa sesiapa...xpasal2 disaman juta.2..

Agak-agak kalau kita ramai-ramai buat aduan bertulis terhadap kualiti dan kadar bayaran internet di Malaysia yang tak berpatutan ni, ada apa-apa tindakan tak terhadap provider internet Malaysia?

Mengingatkan Nurul pada penulisan2 sebelum2 ni.. ade ke yang tersasar?

Unknown delete icon 5:35 PTG

Hebat....hebat...kita sebagai pengguna perlu celik.

info yang berguna nie kepada kita semua sebagai pengguna

begitu banyak case dalam dunia internet memang sepatutnya ada saluran aduan seperti ini

Melindungi hak2 kita sbg penguna internet..

Sebagai peringatan untuk semua pengguna blog, terima kasih atas info.

Tanpa Nama delete icon 3:30 PTG

terbaik..info berguna.

HAMIDIsP delete icon 6:39 PTG

Sememangnya info dan panduan penting yang sangat berguna..

Aretikz delete icon 8:35 PTG

Sebagai blogger wajib kena tahu ni.. hehe

Khir Khalid delete icon 9:02 PTG

Bagus ada saluran mcm ni.. cuma diharap agar perlaksanaannya pun baiklah. T kasih atas perkongsian info ni BM..

Bunda_nora delete icon 9:44 PG

Terima kasih atas info ini...ini akan membuka mata kita untuk lebih berhati2...

Semoha info ini dapat di adikan panduan utk kita

molly delete icon 11:18 PG

kasihan bapa dan adik saya. kononnya bapa jual rumah kat anak dan bapa dpt duit boleh anak guna buat rumah kat Tanah lain tapi peguam yang uruskan jual beli pula buat hal. habis dikebas duit. bagi cek tendang kat adik saya lepas bank luluskan loan dia. kalau adu kat kpdnk agak2 berapa kes ni akan selesai. mohon bantuan.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap