بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali melihat berita di televisyen, pasti akan terasa sayu dalam hati. Terasa akan betapa bertuahnya kerana terhindar dari bencana banjir yang sedang hebat melanda dibeberapa tempat di negara ini. Aku baru diuji dengan sedikit ujian iaitu demam selesema pun terasa siksanya, tidak dapat tergambar betapa berkali-kali ganda hebat dan beratnya ujian yang diberi kepada semua mangsa-mangsa banjir ini.

Banjir adalah fenomena biasa setiap kali hujung tahun di negara ini, namun pada tahun ini ianya berlaku agak luar biasa. Hujan yang lebat tidak henti-henti telah memenuhi semua sungai-sungai sehingga melimpah. Ini diburukkan lagi dengan fenomena air laut pasang dalam yang menyekat pengaliran air sungai ke laut lepas.

Banjir Ujian Dari Allah SWT Buat Kita Semua

Melihat keadaan banjir kali ini, keadaannya amat teruk sekali disesetengah tempat. Air ada yang mencecah hingga ke aras tiga bangunan! Terlalu banyak kemusnahan harta benda, binatang ternakan, tanam-tanaman malah ada nyawa yang terkorban! MasyaAllah... 

Banjir Ujian Dari Allah SWT Buat Kita Semua

Sehingga kini, keadaan banjir bertambah buruk. Usaha memberi bantuan juga turut terjejas akibat terputusnya hubungan melalui darat. Pasti keadaan mangsa-mangsa banjir ini amat sengsara dan tertekan malah keselamatan mereka juga belum tentu terjamin.


Hulurkan Bantuan 

Sama-samalah kita menghulurkan bantuan yang termampu. Jika mampu, hulurkanlah sumbangan wang ringgit atau barangan keperluan. Bagi yang tidak mampu, tadahkan kedua belah tangan... kirimkanlah doa. Bersujudlah memohon kepada Ilahi agar musibah ini segera berakhir.

Semoga kesemua mangsa yang terlibat diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian Allah yang teramat berat ini. Dan permudahkanlah segala urusan pemberian dan penghantaran bantuan kepada semua mangsa yang terlibat... Amin


Ujian Buat Semua

Semua ini adalah ujian buat kita semua. Mangsa banjir sudah jelas ujiannya... tetapi bagi kita yang tidak ditimpa bencana, ujian yang tidak nyata dan dirasai itu lebih merbahaya. Adakah aku sudah melakukan yang sewajarnya?

Jangan sesekali lalai dan terleka kerana hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui akan siapa yang sebenarnya yang Allah SWT sayangi. Semoga kita semua beroleh rahmat dan petunjuk dari Allah SWT. Bersyukurlah...agar dapat mengecapi hikmah disebalik setiap kejadian...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

21 comments - "Ujian Dari Allah SWT Buat Kita Semua"

Benar BM ujian nyata pada mereka yg ditimpa musibah banjir bagaimana dgn kita. Pandang dgn simpati dan doa adakah ianya mencukupi? Atau adakah Allah masih nampak kita kerana org yg ditimpa musibah sebenarnya adalah mereka yg Allah sayang. Semakin tinggi iman semakin besar ujian. Bagaimana dgn kita? Takut kan...

Apa pun kuatkan iman, teruskan doa kita semua.

betapa berat mata kita yg memendang...berat lagi mereka yg tepaksa menanggung bencana itu...

Shad delete icon 3:14 PTG

Semoga semuanya kan kembali pulih.. Sayu hati ni tengok keadaan banjir
kali ni..
Jemput singgah entry shad, Jom Aktifkan Mykad
#prayforpantaitimur

paridah delete icon 3:46 PTG

ujian Allah mmg sukar diduga hadirnya kpd siapa jgnlh meremehkannya kalau kitaxterkena...brsyukurlh disamping turut membntu mngsa2 bnjir yg mmerlukn sedaya upaya kita..

Nanie delete icon 5:05 PTG

ADA HIKMAH DISEBALIK UJIAN INI.
Allah berk hujan, tapi akan ada pelangi yang bersembunyi. pasti akan ada hikmah dan kebaikan masa hadapan.

ameen :)

doa dan tangisan saya bersama mereka lagi lagi bila kakak saya sorang janda di Jerantut sudah terkepung banjir... hanya udara dan bot jalan keluar... mujur dapat bercakap dan anak2 nya ada di sana... harap mereka tabah menghadapinya... kami tak boleh masuk dan keluar dari Jerantut...

semoga kita terus tabah....

Allahuakhbar..semoga Allah ampunkan dosa2 kita..ya Allahh bantulaa kami ...

Khir Khalid delete icon 11:21 PTG

Bersamalah kita semua berdoa agar sentiasa dikurniakan ketabahan serta perlindungan sebaiknya buat semua mangsa banjir... Semoga keadaan dpt cepat pulih spt sediakala... aamiin..

Unknown delete icon 7:41 PG

Semoga urusan bantuan kepada mangsa banjir dapat dipermudahkan

Unknown delete icon 12:48 PTG

Pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini kan.

kuchalana delete icon 6:38 PTG

berdasarkan pengalam aku...kali ini adalah kali ke-3 aku menghadapi banjir besar

HAMIDIsP delete icon 9:11 PTG

As-Salam BM. Memang bersyukur sangat kita yang lain ni jauh daripada bencana yang begitu mencabar dan menguji kesabaran.

Tanpa Nama delete icon 12:12 PG

Memang menakutkan sangat².. Tragedi banjir ini antara bencana alam yang sangat memberi kesan. Kereta encik hubby berkarat bahagian dalaman sebab terendam dek air bah. :'(

Sama2 kita mendoakan agar banjir yang melanda akan bertambah baik dan surut sepenuhnya..Pada mangsa mangsa banjir semoga terus tabah menghadapi ujian Allah ini..Bertabahlah ..

Bunda_nora delete icon 8:15 PG

Semoga musibah akan berakhir dan semoga ada hikmah dan pengajaran dari apa yang berlaku...

Unknown delete icon 4:03 PTG

Kita doa je yang terbaik....
Semoga kita sentiasa dilindungi..inilah ujian Allah untuk kita sebab kita terlena seketika dengan duniawi..teguran Allah untuk mematangkan hati kita dan sentiasa mengingatinya...banyakkan berdoa....

Fiza Rahman delete icon 12:49 PTG

Memang sedih tengok keadaan kat sana. Memang banjir paling teruk lah. Smoga mereka tabah dgn dugaan.

Unknown delete icon 10:41 PTG

semoga keadaan kembali pulih seperti sediakala ...

ummu hanan delete icon 4:53 PTG

Sedih melihat keadaan ini. Namun, sebagai umat Islam, kita harus menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah. Ujian bagi mereka yang ditimpa musibah dan ujian juga kepada kite samada ingin membantu secara bersungguh dengan apa cara sekalipun atau hanya biarkan, melihat sahaja dan duduk diam tanpa buat apa-apa.

Yang pasti, disebalik ujian pasti ada manisnya.. InsyaAllah Allah akan beri yang terbaik kepada semua hambaNya yang bersabar..

Yana Yani delete icon 2:00 PTG

sedih mengenangkan nasib saudara kita di sana
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
tak tahu nak kata apa sebab kita tak melaluinya
saya mendoakan moga mereka tabah menghadapi ujian ni

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap