Relaks Minda

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk! | Relaks Minda Relaks Minda
Written by: Bin Muhammad
Relaks Minda, Updated at:

Wednesday, 4 December 2013

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk!


Banjir Di kuantan

Semalam...mengikut pada perkembangan dari Blog Cerita Shark, keadaan banjir di Kuantan bertambah buruk. Dan jelas, hari ini pula ianya semakin terus buruk. Ada sumber menyatakan kemungkinan besar Kuantan akan di ishtihar darurat. Hampir keseluruhan Kuantan kini tenggelam. 

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang
Kebanyakan kawasan, bekalan elektrik dan air telah terputus. Sesetengah kawasan, air naik melebihi 2 meter! Air laut yang pasang pada malam tadi juga telah memburukkan keadaan. Lebih dari 12,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Bantuan Di Perlukan

Di parlimen pula, wakil rakyat sibuk berbahas... Usul untuk mengishtiharkan Bandar Kuantan darurat dibentangkan memandangkan keadaan di Kuantan amat meruncing dan perlu bantuan dan perhatian segera. Masih ada juga kedengaran rintihan mangsa mengenai bantuan kemanusiaan yang tidak sampai.

Sungguh amat simpati dengan nasib mangsa-mangsa akibat dari musibah banjir yang menimpa. Bukan sekadar kemusnahan harta benda tetapi emosi serta tekanan yang dihadapi lebih terseksa. Jika bantuan tidak sampai, semakin parahlah tekanan yang mereka hadapi. Semoga mereka diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan yang melanda ini.

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Musibah Untuk Iktibar

Setiap kali musibah menimpa. Masing-masing menuding jari...itulah lumrah manusia. Kemudiannya pelbagai rancangan, pelan tindakan dan cadangan diusulkan. Peruntukan pula dihulurkan, tetapi bila keadaan sudah kembali pulih seperti sedia kala, segalanya bagaikan hanya mimpi...  terus dilupakan.

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang
Hujan lebat yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur seperti di Kuantan, Pahang ini sudah dijangka dan pasti akan berlaku disetiap hujung tahun. Cuma situasinya sama ada teruk atau pun tidak.

Persediaan awal sewajarnya sudah lengkap untuk menghadapi musibah ini agar segala perkhidmatan dan bantuan akan berjalan dengan lancar. Projek-projek yang sepatutnya dapat mengurangkan kesan bencana patut di dahulukan, bukannya pembangunan yang hanya memusnahkan alam semulajadi. Memanglah hukum Allah itu kita tidak mampu menghalangnya namun kita mampu mengurangkan kesan akibat darinya andai kita berusaha dan merancang dengan baik.

Semoga musibah yang melanda ini wajar dijadikan iktibar. Banjir yang menenggelamkan Bandar Kuantan ini sepatutnya menjadi pengajaran terakhir agar tiada lagi masalah sepertinya berlaku. 

Bersamalah kita doakan agar keadaan segera pulih. Doakan juga keselamatan dan berikan kekuatan dan kesabaran kepada semua mangsa-mangsa banjir di mana jua terutama di Pantai Timur. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan kepada mereka semua.

Dapatkan berita-berita dan gambar-gambar terkini mengenai perkembangan banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor di sini : 


Admin...

17 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir tersebut....hmmm...Bila air berbicara..inilah jadinya..

    ReplyDelete
  2. kesian bila mengenangkan nasib mangsa2 banjir.. harap2 mereka bersabar.

    ReplyDelete
  3. sedihnyer..mesti kereta tu rosak teruk..

    ReplyDelete
  4. Doakan keselamatan mereka...bandar kita tu..

    ReplyDelete
  5. Semoga tidak bertambah buruk musibah ini.. mudah2an cepatlah pulih... aamiin..

    ReplyDelete
  6. 4 Dis 2013. usul istihar Kuantan Darurat akibat banjir di tolak Dewan rakyat kerana tak isi borang dan tida sokongan dari Ahli Parlimen BN. Menyedihkan apabila dalam keadaan begini semua ahli parlimen BN perlekehkan kesusahan rakyat. Saya sendiri berada di Dewan Rakyat pagi semalam. :(

    ReplyDelete
  7. Subhanallah... La haula wala quwwata illa billahil aliyyil 'azim. Semoga diberi kekuatan menempuhinya. Setakat kereta rosak teruk tu mgkin boleh repair/overhauled, etc. Tapi rumah yang tenggelam terus tu mcm mana ya. Kesiannya...

    ReplyDelete
  8. Bersabarlah........:-)

    ReplyDelete
  9. smog abanji kali ni cepat surut..

    ReplyDelete
  10. Semoga bantuan2 untuk mereka yang terlibat cepat sampai. Kawan saya pon ada juga di Kuantan, dia bagitau tak semua tempat di Kuantan bantuan lambat sampai, tapi untuk tempat2 tersebut tu yang bantuan lambat sampai memang kesian nasib mereka. Kawan saya pon masih dalam pantang, air dah naik rumah dia, masa tu, ada sedara dia dah datang bawa bot, tapi bukan bot yg ada enjin tu, bot yg kayuh manual tu. kesian dengar cerita kawan saya ni. Sekarang kawan saya ni stay kat rumah hostel jurirawat

    ReplyDelete
  11. Banjir besar mcm ni pernah melanda Yong Peng rumah kakak sulung okje tau BM . ....mmg habis le perabut apa semua...tulah kena ambik iktibar jugakkan!

    ReplyDelete
  12. bersabar adalah separuh iman....itu hanya sekita saja....k

    ReplyDelete
  13. Tengok gambar-gambar banjir ni, terasa sangat sayu. Sedih,

    ReplyDelete
  14. Moga mereka ni selamat dan tidak ada perkara buruk berlaku.

    ReplyDelete

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 

Blog Rank

Blog Archive

PING Service