Dam! Dam! Dum! Bunyi meriam bergema! Begitulah meriahnya bila menjelang Hari Raya. Pernahkah anda mempunyai pengalaman dan keseronokan bermain meriam di hari raya?

Bermain meriam buluh, meriam batang paip besi, meriam batang pinang, meriam batang kelapa mahupun meriam tanah... 

Ya...tidak semua orang mempunyai pengalaman ini. Aktiviti yang hanya boleh dilakukan di kampung. Ianya bagaikan menjadi satu permainan tradisi di kampung-kampung dalam memeriahkan suasana malam di hari raya.

Dentuman tidak putus-putus bagaikan ada peperangan. Kalau di tempat saya, ianya bagaikan perang antara kampung. Berlawan kekuatan dentuman!

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Keseronokan Bermain Meriam 

Merbahayakah bernain meriam? Setiap kali Ramadhan dan Syawal tiba...yang kita dengar tragedi dan kecelakaan akibat dari bermain mercun, tidak pula terdengar akibat dari bermain meriam. Maka mudah disimpulkan bahawa ianya adalah selamat. Benarkah?

Apa keseronokan bermain meriam ini? Sudah pasti keseronokannya adalah semasa beraksi bermain meriam ini. Gurau senda dan gelak ketawa yang menceriakan sepanjang masa.

Nikmatnya pula apabila berjaya menghasilkan bunyi yang kuat. Bagi sesetengah orang, ianya bagaikan satu aktiviti sia-sia, membuang masa dan tidak berfaedah malah mengganggu ketenteraman.

Jika anda berada dizaman 40 tahun dahulu...pasti anda faham kenapa meriam ini menjadi mainan di Hari Raya.

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Ketika itu terlalu kurangnya hiburan sebagaimana yang ada sekarang ini seperti televisyen dan gadget-gadget. Mercun dan bunga api merupakan sesuatu yang amat sukar di dapati dan tidak berkemampuan pula untuk membeli.

Bermain meriam adalah aktiviti termurah dan mudah untuk dijadikan aktiviti bersama dalam memeriahkan suasana dengan memecah keheningan sebagai tanda menyambut Syawal tiba. 

Permainan ini juga mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama sesama kanak-kanak dan belia di kampung. Bersama-sama membuat meriam dan bersama-sama mengumpul dana untuk membeli karbait. P

ermainan pula hanya bermula selepas tamatnya berterawih di surau mahupun masjid kerana itulah tempat berkumpulnya penduduk kampung. 

Sesuatu yang kita tidak akan dapat lagi lihat dimasa kini. Tiada kerisauan buat ibu bapa membiarkan anak-anaknya bermain dan balik di lewat malam.

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Gema Dentuman Meriam Kian Sepi?

Relevankah lagi bermain meriam di masa kini? Mungkin sesetengah tempat, seperti dikampung saya...ianya masih dimainkan lagi.

Bagaikan sudah menjadi kewajipan dan sinonim dengan suasana di hari raya, andai tidak kedengaran dentuman meriam...bagaikan tiada terasa kemeriahan suasananya di hari raya. Bagaimana pula di kampung anda?

Aktiviti ini kelihatan semakin lama semakin menghilang. Kini pun sudah terasa akan kekurangannya. Dentuman mercun pula semakin galak kedengaran, itupun banyak dibawa oleh mereka yang pulang ke kampung.

Tetapi yang lebih memjadi punca utama adalah semakin kurangnya kanak-kanak dan belia di kampung dan arah hiburan yang semakin tertumpu kepada benda-benda lain.

Kekurangan kemahiran dan bahan utama seperti karbait yang semakin mahal juga menyumbang kepada kurangnya kedengaran dentuman meriam ini.

Mungkin ada bagusnya... elok juga diganti dengan aktiviti menambahkan amal ibadat di malam hari seperti bertadarus daripada terus dengan aktiviti sebegini.

Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya

Permainan Tradisi Di Hari Raya

Namun saya tetap rasa bertuahnya kerana dapat merasa keseronokan bermain meriam ini. Suatu pengalaman yang menjadi memori indah dalam kenangan yang tidak mungkin dilupakan, pasti menjadi ingatan tatkala hari raya menjelang. Anda pula bagaimana?

*AMARAN : Jangan sesekali mencuba jika tidak tahu hendak bermain meriam. Ianya tetap merbahaya bagi mereka yang tidak mahir!

p/s: entri terlupa publish masa hari raya...
Admin...

57 comments - "Keseronokan Bermain Meriam di Hari Raya"

Unknown delete icon 5:59 PG

orang lelaki boleh la..bagi sy ia amat menakutkan.. bunga api pun dah takut nak main..haha..kata tarzan..tp penakut jugak..

Unknown delete icon 6:04 PG

Haha..boleh je terlupa publish..

ya...40 th dulu...meriahnya bermain meriam buluh...namun tiada kes putus jari atau cedera...
seronok lawan dgn budak2 kg sebelah...tp biasanya budak2 perempuan hanya melihat dan memerhati ja budak2 lelaki bermain lps solat terawih...indahnya kenangan dulu2..

biasanya kes putus jari tu sebab bila mercun tu cuba diolah jadi sesuatu yang lain...
dulu suka lah dengar bunyi meriam dentum sana sini, sekarang ni macam kurang sikit....

Dlu2 ye la kut meriam buluh pnjng2 mcm dlm gmba tu....tp skrng...mcm tkut plk..nmpk bahayanya tu...

Ad jugak org perempuan main tau...kat kg SA...mmg x pupus lg la main meriam ni...selalunya diorg main sampaiseminggu raya...

perghh kalu kat betul2 kampung mmg best giler main meriam ni..
tapi most of kampung la ni dah agak modern sket kan BM =)
lagi2 plak zaman hitech ni, gadget 24/7 ditangan lagi2 anak2 zaman skrg huhu

mesti tiap2 malam berdentum bunyi meriam tu..

dulu-dulu orang main meriam takpun sampai masuk hospital..sekarang nie main mercun biasa pun bole masuk hospital kan...tak semeriah masa saya kecil2 dulu...

Unknown delete icon 10:13 PG

Penah main sekali ja dulu. Masa tu kat Kuala Kangsar. Meriah jugaklah time raya kat sana. Berlawan antara kampung.

BinMuhammad delete icon 10:32 PG

Orang pompuan pun boleh, jadi tukang cucuh! Kalau dah cuba sekali mesti nak lagi...hehe

BinMuhammad delete icon 10:33 PG

Rasanya dah set schedule publish, tapi tengok2 ada lagi kat draft...huhu

BinMuhammad delete icon 10:37 PG

Bertuahnya kita dapat merasa suasana sebegini...kini, anak2 di bandar tidak dapat merasainya lagi.

BinMuhammad delete icon 10:38 PG

Tapi mercun yg ada sekarang ni pun cukup merbahaya, dah mcm bom kecil.
Mungkin 10 tahun lagi...bunyi meriam ini juga akan tidak kedengaran lagi...huhu

BinMuhammad delete icon 10:39 PG

Masa kecil mana tahu takut...nak seronok aje, bila tgok sekarang...nampak merbahaya pula.

BinMuhammad delete icon 10:40 PG

Ya...masih banyak lagi dimainkan di kampung-kampung. Itulah nikmatnya beraya dikampung :)

Mizz Aiza delete icon 10:40 PG

bahaya permainan ini jika tiada yang pakar..

BinMuhammad delete icon 10:43 PG

Memang best giler...boleh lupa dah dgn gadjet2 tu, hehe
Tapi bagi budak2 bandar, gadjet2 tetap jadi pilihan...xcukup plug kat rumah atok...haha

BinMuhammad delete icon 10:44 PG

Oh! Itu sudah pasti...jika tidak kedengaran dentuman meriam, terasa pelik dan suram pula suasana raya!

BinMuhammad delete icon 10:46 PG

Sebenarnya selamat main meriam ni...bagi yg tau lah, lagi bahaya kalau main mercun. Keseronokan yg tidak dpt digambarkan :)

BinMuhammad delete icon 10:47 PG

Itulah nikmat beraya di kampung. Tanpa meriam bagaikan tidak lengkap suasana raya. Dentuman yang amat mengasyikkan di malam raya...

BinMuhammad delete icon 10:49 PG

Nampak seperti merbahaya bagi yg tidak tau...Ya, memang perlu ada yg pakar kalau tidak, tak menjadi pun bunyinye...hehe

Zawiah delete icon 11:08 PG

klu kat kg x de bunyi meriam , cam bukan kg rasanya . sbb dah jadi tradisi . generasi baru pun suka dan tau buat . yg pasti lum ada lagi yg cedera main meriam kat kg saya ...

Tanpa Nama delete icon 11:55 PG

KA paling x suka bunyi meriam buluh dan mercun2 yang kuat ni, sakit telinga hehehe

Tanpa Nama delete icon 11:56 PG

Done sedekah nuffng juga yer

acik orang kampung ,merasalah main meriam nie., seronok betul ... tapi kena berhati-hatilah ye

Shahrul Yusof delete icon 12:33 PTG

Sekarang ni scene meriam ni dah makin kurang. Sekarang ni dah makin banyak pulak bunga api stail 'fireworks' ni. Dah tak payah tunggu Merdeka atau Tahun Baru nak tengok pertunjukkan bunga api ni.

Dulu selepas berbuka puasa nak berwudhu' kan guna perigi so singgah dulu letupkan dua-tiga kali. Bila aruah mak jerit suruh cepat solat barulah terburu-buru ke perigi sebab org dah tunggu nak solat maghrib. Seronok zaman kakak kecik dulu pun ada main. Abang kakak buat guna buluh ikat getah dari tiub basikal...

Unknown delete icon 12:54 PTG

cik akak tengok pon belom lagi...
inikan nak main..hahaha...
isk-isk cik akak da hati nak main meriam pula..hihi...
:)

Blog Santai delete icon 12:56 PTG

Tak pernah tengok and main permainan macam ni..yang pasti bahayalah BM...kalau meletup tu sure banyak anggota yang hilang...

OKje delete icon 1:03 PTG

Laa....kitakan pompuan....tak rugged le main meriam...takut mak tau! Takut bunyi dia yg kuat sangat tu.....
Raya baru ni anak saudara okje bakar mercun bunyi dia pun boleh tahan gak BM...kuat ya Rabbi

main memang seronok, tapi kalau dah terkena, ermm... macamana tu, mama memang tak bagi adik-adik mama, anak-anak main mercun walaupun mercun tu kecik... takut.

BinMuhammad delete icon 1:24 PTG

Ya...Itulah perbezaan ketara suasana raya di kampung dan kota. So far...belum pernah dengar kecederaan...tapi berhati2lah, benda meletop mesti ada risiko bahaya

BinMuhammad delete icon 1:25 PTG

Tidak semua orang sukakannya...KA salah seorang darinya, hehe Sabor je la...

BinMuhammad delete icon 1:25 PTG

Terima kasih KA, duit raya tu...

BinMuhammad delete icon 1:26 PTG

Betul tu..dalam keseronokan, keselamatan perlu di jaga.. pastinya malang tidak berbau

BinMuhammad delete icon 1:29 PTG

Ya..ianya semakin terasa berkurangan. Firework lebih menarik dan menghiburkan tapi sekejap aje...kalau duit banyak boleh le.

BinMuhammad delete icon 1:32 PTG

Waalaikumsalam, terima kasih menjemput

Tanpa Nama delete icon 1:33 PTG

seronoknyer tapi kathy tak berpeluang merasainya..biasalah org perempuan...hehehehe..

BinMuhammad delete icon 1:33 PTG

Wah! Akak pun ada pengalaman bermain meriam buluh...
Kenangan yg indah di zaman kanak2, sentiasa menjadi kenangan manis :)

BinMuhammad delete icon 1:34 PTG

Di Sarawak xde ke permainan meriam ni? Kena buat sik! Baru gembak rayanya...hehe

BinMuhammad delete icon 1:35 PTG

Belum pernah lagi terdengar sebarang melapetaka dari bermain meriam, tapi apapun keselamatan tetap diutamakan, benda meletop pasti tinggi risikonya!

BinMuhammad delete icon 1:37 PTG

OKje..gadis ayu dan sopan, memang xsesuai...main bunga api berasap tu boleh le...hehe
Tengok Kak Zakie...itu baru gadis kampung sejati!

BinMuhammad delete icon 1:39 PTG

Keselamatan itu penting, yang main ni pun yang pakar dan berpengalaman ajer. Belum terdengar lagi sebarang kejadian buruk berlaku...tapi kalau xtau jgn pula nak mencuba!

BinMuhammad delete icon 1:42 PTG

Biasanya memang orang perempuan tidak main meriam ni tapi ada juga...spt Kak Zakie tu... Itulah orang kampung namanya :)

JunAina delete icon 2:05 PTG

Zam deduli main meriam buluh bagai tapi jarang yg ada putus jari, budak2 la kretf main mercun bola pun sampai masuk sepital.

Unknown delete icon 5:00 PTG

Eeii..degil betol entry ni..sekeh kan..

Unknown delete icon 5:02 PTG

Haha..mcm kek coklat, dah cuba nak lagi..haha

Tak pernah main meriam, tapi pernah tengok orang main.

Teena Tna delete icon 9:40 PTG

saya tak pernah tgok, apatah lagi nak bermain meriam...

Unknown delete icon 9:57 PTG

eiii seramnyaa men meriamm.. hehe nnt meletop bom kebaboo

Fais-SKA delete icon 10:05 PTG

he3..mmg best ni =) pnh main yg besi..bunyi dia boleh than la..msti ttp telinga..yg jenis lain xpnh main..rsanya msih rlaven main meriam ni..tp kena pndai dn berhati2 la..2 yg pntg..

Abg Liza selalu ain meriam guna tin susu tnam dalam tanah. Kebomm!!! Liza tgk dr belakang je lah sambil tutup telinga. Hehe. Memori indah jugak.

Pha Is delete icon 2:56 PG

bapak besar gila meriam.. ni nk beraya ke, nk berperang.. hahaha

boni kacak delete icon 4:31 PG

den pernah tengok kat youtube permainan meriam ni.. memang terbaik lah.. tapi betul juga tu. tak ada pun dengar kes melibatkan meriam. banyaknya kes melibatkan mercun je..

harap dikekalkan tradisi bakar meriam ni.. jangan dipupuskan

umiawadah delete icon 10:00 PG

saya main mercun pun tak pernah apatah lagi main meriam...pasti meriah bila bunyi dum dam sana sini...patutlah ada lagu 'dam dum dam bunyi mercun'hehehe

PCL delete icon 10:23 PG

zaman sy kecik dulu, hanya meriam buluh je ada..paip konkrit belum wujud lagi kot haha.., serius dalam kemeriahan dulu tak pernah dengar kemalangan berlaku akibat bermain meriam..., malam lebih meriah bg kanak2 khususnya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap