بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tak Kenal Maka Tak Cinta?

Pasti anda semua pernah bercinta tapi bolehkah anda bercinta walaupun tidak pernah langsung bertemu apatah lagi berbual mesra dengan seseorang itu? Logikkah juga untuk anda bercinta, merindui, mengasihi seseorang yang hidup lebih ribuan tahun dahulu?  Pastinya amat sukar dan mustahil, bukan?

Bercinta Walau Tidak Pernah Bersua Dan Berbual Mesra
Bagaimanakah rupamu wahai kekasih hatiku?

Mampukah juga kita mencintai seseorang yang amat menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita ini sedangkan wajahnya pun kita tak pernah lihat? Pasti juga anda tertanya-tanya siapakah dia? Pasti juga anda tidak dapat mencintainya sehinggalah anda mengenali keperibadian dan kisahnya. 

Mencintai Rasulullah SAW 

Oleh itu bagaimana kita hendak mencintai pemimpin kita, baginda Rasulullah SAW?


Sebuah novel mampu anda selami kisahnya sehingga mengusik jiwa, menimbulkan rasa sedih, gembira, sayang dan benci. Mengenali pula keperibadian setiap watak-watak di dalamnya. Pastinya watak utama yang baik dengan mudah menyentuh jiwa untuk anda mencintainya. 

Sebenarnya mudah buat kita untuk mengenali dan menyayangi Rasulullah SAW, baca dan selamilah Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi watak utamanya memiliki keperibadian dan akhlak yang mulia lagi terpuji dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun, pasti mudah akan timbul kecintaan kita kepada Rasullullah SAW. Dan bila di amalkan pula setiap suruhan dan perlakuannya, maka dari kecintaan akan timbul kerinduan yang amat mengasyikkan.

Cinta Rasulullah SAW

Ketahuilah...Kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita tiada bandingannya.

Ketika hampir wafat, Jibril datang mengadap Nabi SAW. Nabi bertanya, “Apakah kemuliaan yang Allah berikan padaku?” Jibril menjawab, “Sesungguhnya pintu langit telah terbuka untukmu”. Ketika saat kritikal itu, Nabi SAW berkata, “Itu untukku, bagaiamana pula dengan umatku”. Jibril mengatakan, “Allah mengharamkan syurga dimasuki orang lain sebelum dimasuki oleh umatmu”. 

Adakah beliau mengenali umat-umatnya? Apatah lagi kita yang lahir 1400 tahun lebih selepas kewafatan baginda tapi baginda masih mengambil berat tentang umatnya walaupun baginda tidak pernah bertemu dan mengenali kita dan pada hal ketika itu baginda sudah di penghujung nyawa. Sampai begitu sekali baginda cinta dan menyayangi kita... 

Idola 

Maka marilah kita berselawat keatas insan yang kita cintai ini...sebagai tanda kasih dan sayang kita kepadanya... Walaupun kita tidak pernah melihat wajahnya, bertemu dan berbual mesra, engkaulah idola ku, kekasih hati ku...

berselawat

Salam Jumaat. Terima kasih bersama Relaks Minda.
"Cinta itu buta tapi jangan sampai membutakan kita."

Admin...

33 comments - "Bercinta Tapi Tidak Pernah Bertemu Dan Berbual Mesra..."

terima kasih kongsi entri yang menyedarkan ini.Bila baca kisah Baginda Rasulullah, ada satu cerita yg paling menyayat hati saya iaitu apabila baginda dibaling batu oleh penduduk thaif sehingga berdarah dahi dan kepalanya..bila bayangkan peristiwa itu, alangkah besarnya pengorbanan baginda untuk tegakkan Islam tercinta. KIta ni, yg sudah diberi hidayah, tapi masih sambil lewa menyambut anugerah hidayah Allah..semoga Allah mengampuni saya dan kita semua..amin.

Unknown delete icon 10:44 PG

Salam Jumaat BM....

Begitulah kasih sayang seorang kekasih Allah untuk kita umatnya...

Unknown delete icon 11:05 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zawiah delete icon 11:07 PG

terkesan di hati bila baca bagaimana baginda melayan isteri - isterinya ... bagaimana baginda sanggup berperang semata2 kerana islam dan bagaimana baginda mendahulukan keperluan org lain berbanding dirinya sendiri ...

Unknown delete icon 11:09 PG

Teruja baca entri BM ni..memberi kesedaran betapa kasih dan sygnya Rasulullah kepada kita.. tetapi kita sering terlupa.. terima kasih BM..

Tanpa Nama delete icon 11:21 PG

Kalau kecik2 dulu, antara yg KA tunggu saban waktu adalah cerita2 tentang Rasullulah dan kisah2 nabi. Seronok sgt dengar. Selalunyer arwah abah akan bercerita sambil KA duduk mencari uban di kepala. Rindunyer saat itu... Alfatihah utk arwah abah

Tanpa Nama delete icon 11:22 PG

done sedekah nuffnang pagi2 jumaat ni !

Tanpa Nama delete icon 12:22 PTG

setuju sangat akan kaat2 saudara BM dalam entri ini...tak semestinya melalui pertemuan baru tumbuh rasa sayang dan cinta itu...

Kata-kata yang harus difikirkan sedalamnya. Kalau kita seorang yang ikhlas dalam perhubungan dan menghargainya pasti akan diredai.

Salam jumaat.

Blog Santai delete icon 1:13 PTG

Nice sharing BM...semoga kita sentiasa ingat padaNYA. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Unknown delete icon 3:27 PTG

Thanks BM atas perkongsian yg bermakna. Betul2 tersirat dan BM dpt berkongsi dgn cara yg sgt baik. Wan suka entry yg lebih kurang mcm ni. Sekurang-krgnya, leh berfikir sedikit berbanding baca sekali lalu sahaja. Keep it up...BM!

BinMuhammad delete icon 3:44 PTG

Trima kasih CK kerana memberi kesinambungan. Semoga ianya memberi manfaat buat diri ini dan semua pembaca...

BinMuhammad delete icon 3:46 PTG

Salam jumaat jua buat cik akak...thx :)

BinMuhammad delete icon 3:46 PTG

Kisah insan terpilih ini semuanya memberi kesan dihati...tiada bandingannya didunia ini.

BinMuhammad delete icon 3:47 PTG

Untuk ingatan diri ini juga...Semoga sama2lah kita mencintai penghulu kita ini.

BinMuhammad delete icon 3:49 PTG

Kisah nabi2 sungguh menarik dan memberi banyak pengajaran. Semoga arwah abah KA dan ayah ku tergolong bersama insan2 soleh, al-fatihah

BinMuhammad delete icon 3:50 PTG

Terima kasih KA :)

BinMuhammad delete icon 3:51 PTG

Terima kasih Kathy...kita pun entah akan bertemu ke tidak, wallahualam...

thanks BM, acik sangat mengemari kisah nabi muhammad yang sangat menginsafkan dan tauladan untuk kita :) rindu pada banginda

BinMuhammad delete icon 3:53 PTG

Ya...keikhlasan, jika hubungan sesama manusia tetapi untuk nabi dan rasul...ianya adalah kewajipan utk kita mengenali dan mencintai...

BinMuhammad delete icon 3:55 PTG

Thx RZ...sama2lah kita berselawat dan salam

BinMuhammad delete icon 3:56 PTG

Terima kasih Wan, semoga kita sama2 mendapat manfaat dan saling mengingati.

BinMuhammad delete icon 3:58 PTG

Apabila kita mengenali keperibadian dan kisah baginda...pasti kerinduan akan terbit, itulah perasaan cinta!

Allahuakhbr =') dgn mengikuti kisah2 baginda n jalan hidup baginda mmbuatkan kita jatuh cintaa!

Khir Khalid delete icon 4:20 PTG

Subhanallah.. keperibadian pemimpin sepanjang zaman, terbit cinta walau tidak pernah bersua.. entri yg sgt baik, semoga Allah jua yg memberkati.. amin

ANIM delete icon 4:34 PTG

bila kita sudah jatuh cinta padanya BM, dengar nama disebut pun dah boleh buat kita menitiskan airmata..

Fais-SKA delete icon 4:42 PTG

Alhamdulillah =) sma2lh kita berselawat keatas nabi..dgn selawat merupakan satu 1 medium utk kita mengingati Rasulullah..baginda pn pernah bersabda, umatnya yg xprnh berkesempatan bersama baginda, diberikn lebih kemuliaan drp umat baginda yg sempat bersama besama baginda..beruntung kita semua ni...cuma antara sedar @ x je kita ni..

Aimacomel delete icon 10:24 PTG

terima kasih BM, membaca novel dengan satu-satu kisah membuatkan saya terawang2, mencari dan menanti satu kekasih eperti yg didambakan dlm novel tu. Pastinya bila mengajar diri mencintai Rasulullah mesti hati akan lebih tenang kan.. thanks BM

Mizz Aiza delete icon 9:15 PG

betapa kasih dan sayangnya Rasulullah saw kepada kita semua.. selawat ke atas baginda saw..

dion delete icon 4:36 PTG

subhanalloh

OKje delete icon 9:40 PG

Ya Allah moga kau kekalkan rasa cinta mendalam aku dan keturunan ku terhadap kekasihMu ini Ya Allah ..

cinta kpd rosul adalah cinta dalam hati

Semoga cinta kita bisa membawa kita bertemu dengannya dihari kemudian

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap