Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada bahagian kedua entri Festival Bunga Floria 2013 di Putrajaya ini, anda saksikan pula pameran yang diadakan di dalam pavilion pula.
Sebenarnya ini adalah lokasi pertama kerana disaat kami sampai mentari masih terik, elok jalan-jalan dalam ni...sejuk! ada aircond, hehe.
Pameran di dalam pavilion ini lebih kepada gubahan kreatif untuk hiasan dan pameran. Sebaik melangkah masuk...nah! terowong dengan juraian bunga menanti kami. Kebetulan pula makcik bertopi tu tengah beraksi waktu saya snap...glamer lah masuk blog!
Lihat catitan 1 di sini : Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (catitan 1)
.jpg)
Ruang pavilion utama Floria 2013 yang luas memberi sedikit keselesaan. Mujurlah juga pengunjung tidak begitu ramai. Selesa untuk bergerak dan mengambil gambar.
Yang lebih penting dapatlah menyejukkan badan sementara menunggu mentari petang kurang sikit panasnya.
Yang paling menjadi tarikan pastinya gubahan di tengah-tengah ruang yang bertemakan hidupan di dalam dan dasar lautan. Semuanya di gubah dari bunga.
Sungguh rajinlah pereka ni menyusun bunga-bunga tu satu persatu...memang menguji kesabaran untuk menghasilkan hasil yang terbaik ini.
Tidak kurang juga gubahan menarik dan unik berbentuk haiwan yang juga menjadi tarikan terutama pada kanak-kanak....tapi orang dewasa pun teruja juga! Untuk pengetahuan anda, kepala panda tu boleh bergerak-gerak!
Pavilion kedua di Floria 2013 ini pula lebih kepada pameran gubahan bunga-bungaan dan pepohon sebagai hasil seni yang menarik. Ianya karya dari kreativiti pelajar-pelajar sekolah di sekitar Putrajaya. Setiap karya juga di pertandingkan.
Kreatif juga budak-budak ni menghasilkan hasil seni gubahan dari bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Ada yang di jadikan karya seni di dinding, ada yang di gubah dan ada yang berbentuk dunia mini yang fantasi. Tinggi daya imaginasi mereka ni.
Kini hari sudah hampir senja. Mentari mulai rapat ke ufuk Barat. Suasana menjadi semakin kelam. Anda lihatlah gambar mentari senja di Putrajaya buat santapan mata....memberi ketenangan yang sungguh mendamaikan. Suasana yang tadinya cerah dan ceria kini semakin kelam dan suram.
Ada lagi kisah di Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 ini di waktu malam. Suasana menjadi bertambah ceria dan bercahaya di maktu malam. Pengunjung juga bertambah ramai di kala malam hari.
Saya akan ceritakan di entri seterusnya nanti...Magic of The Night di Putrajaya!
Terima kasih bersama Relaks Minda >_<
44 comments - "Festival Bunga Floria Putrajaya 2013 (catitan 2)"
cntiknya bunga2 tu... hee~ rasa nak peluk je panda tu...kekekekke.. posing maut lak dia :)
kalau hidup di kelilingi bunga-bunga cantik macam nie.mesti hari2 bersemangat kan...hehe
Cantik gambar-gambar waktu senja tu. Thanks for sharing. Bukan senang nak ambik gambar macam ni sebab suasana macam ni tak lama.
tahun nih lbh cantik drp thn lepas . x dpt nk pergi . cuma dpt dgr bunyi mercun jer ... huhuhuuu
Assalammualaikum....BM,
cantik2 gambar nie kan....mselim3 lama2 mselim3 jadi pencipta alam semulajadi..indah bunga,indah suasana....
mselim3
Payah nak dapat gambar ni, ada je orang...
Memang comel :)
Tak tau lah, semangat ke atau jadi makin malas...hehe
Pertama kali stay sampai ke malam di Putrajaya ni. Peluang dapat ambil gambar xdi lepaskan...tapi malangnya, xsampai ke malam bateri kamera habis...hu3
Saya rasa setiap tahun ada keistimewaannya yang tersendiri, payah nak kata yang mana lagi best.
Duduk dekat pun xsempat juga...rugi lah... Show waktu malam pun menarik juga.
Waalaikumsalam mselim3,
Apa salahnya jadi pencinta alam semulajadi...mengagumi keindahan ciptaan Ilahi :)
Keindahan yg tak terkata kalau buat kakaklah.
Dapat melihat apa yg BM captured pun kakak dah teruja kalau dapat live di sana alangkah baiknya (berangan ni kakak BM hihi...)
Memang kreatif lah diorang ni kan.. terima kasih BM update pasal ni.. tak perlu pergi sana..tgk dalam blog BM je.hehe
kreatifkan , adehh cantiknye, nak pegi tapi kawan semua tak mahu
gubahan panda dan burung tu memang kreatif. I am sure is not that easy nak buat tu..mamang salute lah dengan dia orang ni..
tahun ni pertama kalinyer x dpt p floria.. ada perkara2 yg x dpt dielakkan ! tq share with us yer
he3 cantik btol la :) kreatif btol..suka je tgok gmbar tu semua..tenang je
Pandainya ambil gambar. Cantik. Dahlah bunga-bunga dan gubahan tu cantik dan kreatif.
Betul akak...kalau tengok live lagi best! rugi akak xpergi. (ayat2 buat sakit hati..hehe) Tahun depan kalau ada, bolehlah pergi ye...
Tahun depan boleh pergi ye...xsama dgn gambar, tgok live lagi best!
Mungkin masa xkena, sibuk exam kan...tak pe, tahun depan boleh pergi
Kita yang tengok pun kagum, pasti tidak mudah membuatnya. Saya pun salute pd yg membuatnya.
Kita hanya mampu merancang...KA tengoklah puas2 disini. Mungkin xsama spt live tapi semoga dapat mengubat hati yg lara...hehe
Thx KA
Thanks Fais...memang diorang ni kreatif dan sabar membuat semua bahan pameran ni. Kagum dgn hasilnya.
Terima kasih cikgu...ambil gambar sama je mcm org lain sebab ianya dah memang cantik...hasil gambarnya pun cantik. Tahun depan jgn ketinggalan ye...
wah..mata saya terpandang sekuntum bunga bertopi putih, heee...
p/s emel kan address dan no. phone. kak nak pos ole2 tu, jumaat@sabtu ni, insya-Allah
wah.. memang sangat-sangat menarik tu.. tambah2 lagi waktu malam kan?hehe
Asssalamualaikum...Cantik-cantik belaka gubahan hasil kreativiti dan inovasi pelajar-pelajar.
Harapan saya agar Floria turut diadakan di tempat-tempat lain seluruh Malaysia.
Itulah...sebab ianya kuntuman bunga yang mempersonakan...saya publish gambar tu...hehe
Betul tu...Malam lagi menarik dan meriah! Tapi ramai sgt orang lah...sesak & seksa
Waalaikumsalam,
Memang tidak terkalah juga rekaan pelajar2 ni, bagus untuk mereka! Semoga harapan cikgu dapat di dengari oleh mereka...
salam kenal... cantiknya gambar... tak pernah dapat nak pergi masa pameran ni.. rugi betul rasanya...bestnya kalau dapat tengok live kan..?
Salam kenal kembali...selamat datang ke Relaks Minda :)
Tgok live memang lagi best, xsama dgn melihat gambar. Tahun depan ada lagi, jgn lupa pergi ye...
memang cantikkan BM...lebih lebih lagi peminat bunga dan peminat alam semulajadi!....
bagi peminat bunga dan lanskap taman, ini adalah lokasi yg paling sesuai...semuanya ada di sini.
gubahan haiwan tu yang best BM..ni kalau bawa anak2 tengok mesti melekat lama dekat situ..
mmg terbaikkan !
done clik2 nuffngx2 juga yer
Ramai yang melekat disini, nak amik gambar pun payah. Sungguh kreatif!
Apa yg terbaik tu KA. Kalau nak kata Floria ni yg terbaik...rasanya setiap tahun ada keistimewaannya yg tersendiri.
Terima kasih KA :)
wah wah wah.. teruja tengok. my mum pergi minggu lepas, saya xdpt nk ikut sebab kerja. mmg ohsem la kalau tengok gambar2 ni :)
tengok title entri pon dah tau..yang dtg komen pun ramai peminat2 flora ye..yg pasti pic2 kat blog BM mmg bagi rileks minda..terbaiklah!
Mesti ibu anda seharian disini, melekat dan terpaku melihat bunga2 orkid kesukaannya...dan pastinya banyak yg di borong, hehe betul tak?
Terima kasih cik matahariku, tapi floria kali ni xjumpa langsung bunga matahari lah, hehe
Bunga2...pasti ramai yg suka :)
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”