Relaks Minda

Senibina Masjid di Negeri Sembilan | Relaks Minda Relaks Minda
Written by: Bin Muhammad
Relaks Minda, Updated at:

Friday, 10 May 2013

Senibina Masjid di Negeri Sembilan


Assalamualaikum... Dari Melaka kita menyeberangi sempadan di sebelah utaranya. Kita menjengah ke negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus.  

masjid negeri sembilanMerujuk pada Wikipedia, Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.

Maka tidak hairanlah jika senibina masjid di Negeri Sembilan ada persamaan dengan negeri-negeri di sekelilingnya. Tidak banyak masjid yang menerapkan senibina Minang, tidak di ketahui mengapa...mungkin kurang bersesuaian. 

Kita nikmati keindahan senibina masjid-masjid di Negeri Sembilan yang tidak kurang indahnya menjadi lambang keagungan Islam di negeri ini khasnya.

masjid negeri sembilan
Masjid Negeri, Negeri Sembilan, dibina dikawasan atas bukit berhampiran bangunan Dewan Undangan  Negeri di Seremban. Bermula pembinaannya pada 25 Mac 1966. Asas rekaannya berdasarkan satu bentuk berpecah sembilan, yang dapat dilihat jelas melalui bumbungnya yang mempunyai 9 corong runcing yang di bercantum lalu membentuk umpama sebuah payung. Pembukaan secara rasminya disempurnakan oleh DYM Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada hari Jumaat, 24 November 1967.

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Seremban terletak di jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Masjid ini boleh memuatkan 1000 orang jemaah. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir. Senibina Masjid ini bercirikan senibina yang sering terdapat di Negeri Melaka.

masjid negeri sembilanmasjid negeri sembilan
Masjid Diraja Tuanku Munawir di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
 Masjid As Syakirin, Seri Gemencih

masjid negeri sembilan
Masjid Bandar Seri Jempol

masjid negeri sembilan
Masjid Desa Anggerik, Juaseh

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Dato Abdullah Sijang di Port Dickson

masjid negeri sembilan
Masjid Qariah Ulu Beranang, Lenggeng

masjid negeri sembilan
Masjid Kampung Mengdong, Lenggeng

masjid negeri sembilan
Masjid Lama di Port Dickson

masjid negeri sembilan
Masjid Pusat Dakwah Islamiah di Paroi

masjid negeri sembilan
 Masjid Taman Paroi Jaya di Paroi
masjid negeri sembilan
Masjid Tunku Besar, Tampin

masjid negeri sembilan
Masjid Yam Tuan Raden di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
Masjid An-Nur di Sg. Pelek

masjid negeri sembilan
Masjid At-Taqwa di Paroi

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek Kuala Klawang

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Bunga Tanjong di Kuala Klawang

masjid negeri sembilan
Masjid KAriah Kampung Mentaus di Simpang Durian

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg Kerangai di Jelebu 

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Kuala Talang di Tg. Ipoh

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Pelangai di Kuala Pilah

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Seri Mungkal di Tg. Ipoh

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kg. Sungai Rotan di Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Kuala Dulang di Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Panchur Jaya, Seremban

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Sikamat, Seremban

masjid negeri sembilan
Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dockson

masjid negeri sembilan
Masjid Nurul Iman Felda Palong, Gemas

masjid negeri sembilan
Masjid Warisan Sg Relai, Jelebu

masjid negeri sembilan
Masjid Jamek An Nur,  Rembau

masjid negeri sembilan
Masjid Tuanku Jaafar, Seremban

Dari senibina masjid di Negeri Sembilan jelas menunjukkan kebanyakannya menggunakan kubah yang pelbagai dan rekabentuknya hampir sama dengan negeri yang bersempadan dengannya. 

Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Sembilan yang indah senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan dan panduan mengenai senibina masjid yang terdapat di Negeri Sembilan. Insyaallah negeri-negeri lain juga akan menyusul... 

Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah sebagai lambang keagungan Islam di Malaysia dan di seluruh dunia...
Post #22 - Koleksi Keindahan Senibina Masjid
Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Senibina Masjid di Negeri Johor
- Senibina Masjid di Negeri Melaka

Bersama kita doakan.... "Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin".

P/S : Jika ada sebarang kesilapan, sila beritahu untuk saya perbetulkan. Jika anda berminat untuk meletakkan masjid di tempat anda di entri ini, sila hantarkan gambar masjid tersebut kepada saya. Terima kasih

Admin...

31 comments:

  1. Ada beberapa masjid yang kat gambar tu, Ain biasa nampak bila balik kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid yang mane satu tu...Kampung kat mane?

      Delete
  2. Warisan senibena di Negeri 9 memang ada keunikan berbanding Johor ni. Walau ada yg kecik aje masjidnya tapi cantik. Melihat gambar masjid-masjid hati kita sejuk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap negeri ada keunikan tersendiri, masjid...rumah Allah, memandangnya pun sejuk hati...

      Delete
  3. mmg sgt2 unik senibinanyer berbeza dari negeri2 yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ada kelainan dan keunikannya dari negeri2 jirannya.

      Delete
  4. Masjid Ulu Beranang tu masih menggunakan tangga batu..mesti lama tukan..Masjid warisan sungai jelai tu kecil sgt..mungkin dalam gambar kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti kenapa Masjid Warisan tu kecil sangat...
      Semoga masjid2 lama ini dikekalkan dan terus digunakan

      Delete
  5. unik jugak binaan dia..nak2 yg 1st tu..skali tgok mcm stadium..tp xjmpe plak msjid yg beratap minangkabau, law ada mstu cun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa masjid yg menggunakan senibina minangkabau... Kalau sesiapa ada boleh beri pada saya...Mesti unik masjidnya :)

      Delete
  6. saya pernah singgah sebuah masjid di jelebu yang namanya nama tokoh tapi lupalah namanya. gambar ada dalam folder tapi bila dicari tadi, tak jumpa pulak..

    p/s kongsi minat sama..heee

    ReplyDelete
  7. Adakah Masjid Dato Musa Al Haj di Felda Titi? Saya memang xde gambarnya...
    Seronok bila tau ada yg mempunyai minat yg sama :)


    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ... masjid ulu beranang tuh klasik tul .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Memang klasik, xjumpa masjid berlantai lagi dah sekarang ni.

      Delete
  9. Agak-agaknya....dlm banyak2 masjid tu ada tak yg pernah singgah....entahlah tak ingat pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah saya tau OKje...hehe, lain kali perhatikan masjid2 yang di singgah ye...Cantik rumah Allah ni :)

      Delete
  10. teluk kemang punya rekaan masjid macam rekaan istana budaya lah.hehe.. cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke...macam jauh je bezanye :) Thx boni krn sudi singgah di sini.

      Delete
  11. cantik masjid, mcm2 rekaan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepelbagaian rekaan menambahkan keunikan binaannya...
      Terima kasih ye :)

      Delete
  12. Tak pernah singgah lagi kat Negeri sembilan ni.. Just lalu jee.. Masjid banyak pun xder guna kalau anak muda dah semakin berkurang.. jom sama2 kita mengimarahkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 muda ramai sudah ke kota, tinggallah orang2 tua di kampung... Masjid sesak bila semua pulang beraya. Itu adalah lumrah, cuma jgn sambai terbiar kosong sudahlah. Di kota, masjid2 semakin meriah dgn aktiviti utk anak muda...suatu yg sihat. Semoga masjid terus kita imarahkan... :)

      Delete
  13. Hasil seninya memang cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MG...kunjungan anda amat saya hargai :D

      Delete
  14. HOBI SAYA MENJELAJAH KESELURUH BANDAR DAN DESA ,ALHAMDULILLAH OLEH KERANA ITU DALAM USIA 50 TAHUN SKRG SAYA SUDAH SINGGAH DIHAMPIR SERIBU BUAH MASJID SAMAADA DINEGARA SENDIRI TERMASUK 8 NEGARA ASING.ALHAMDULILLAH,SAYA ADA MENGAMBIL DAN MENYIMPAN GAMBAR2 MASJID TERSEBUT.SAYA GEMBIRA KERANA ADA INSAN YG MEMPUNYAI MINAT YG SAMA SPT SAYA.SAYA TIDAK JEMU2 MELIHAT GAMBAR2 MASJID TU KERANA IA MENGIMBAS KEMBALI NOSTALGIA DIMASA LALU ....ALHAMDULILLAH SUATU YG TIDAK TERNILAI ...

    ReplyDelete
  15. MASJID BUKAN HANYA TEMPAT SEMBAHYANG...BANYAK AKTIVITI KEHIDUPAN BOLEH DIADAKAN DIMASJID...SEMOGA NANTI HIDUP KITA DIBERKATI DAN DIKIRA SEBAGAI IBADAH... KALAU MASJID HANYA PENUH SEMINGGU SEKALI TAKDE BEZANYA DGN GEREJA.

    ReplyDelete
  16. terimakasih en.bin muhamad atas info dan ilmunya sekurang2nya dapat membantu kami dlm mencambah ilmu, serta memenuhi keperluan akademik.

    ReplyDelete

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 

Blog Rank

Blog Archive

PING Service

Backlink

Active Search Results Blogged.my My Ping in TotalPing.com
Author :