Perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia


pilihanraya umum PRU13
Assalamualaikum... Ahad, 5 Mei 2013, hari yang bersejarah bagi Negara Malaysia. Hari di mana kuasa rakyat menentukan pemimpin bagi menerajui negara dan negeri-negeri di Malaysia ini. Hari yang cukup meriah dan tegang di sesetengah kawasan. Suasana yang hanya dapat kita rasai dalam 5 tahun sekali. 

Hari ini setiap orang yang berkelayakan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi termasuklah saya. Hari ini saya ingin kongsi bersama anda perjalanan saya untuk mengundi dalam pilihanraya umum PRU13 ini sambil menikmati suasana pilihanraya di sepanjang perjalanan saya menuju ke tempat pengundian saya di Bagan Datoh, Perak.

pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU 13 
Perjalanan saya bermula lebih kurang pukul 9.00 pagi dari kampung mertua saya di Kampung Seri Tiram Jaya di Tanjung Karang, Selangor. Kemeriahan suasana pilihanraya cukup jelas dengan perang bendera parti dan poster calon pilihanraya. Kelihatan orang ramai sudah mula keluar menuju ke pusat pengundian.

pilihanraya umum PRU13 
Dari Kampung Seri Tiram, saya bergerak keluar ke jalan raya utama Klang ~ Teluk Intan. Terpampang jelas calon wajah-wajah calon pilihanraya umum PRU13 bagi Parlimen Tanjung Karang. Pasti yang paling menarik perhatian saya adalah wajah calon bebas iaitu penyanyi yang cukup terkenal suatu ketika dulu iaitu Herman Tino.

pilihanraya umum PRU 13 
pilihanraya umum PRU 13 
Ini pula adalah suasana di Pekan Tanjung Karang. Jalan utama kelihatan tidak begitu sibuk. Trafik amat lancar sekali.  Di beritakan petang Sabtu 4 Mei 2013...lokasi ini mengalami kesesakan yang amat teruk berikutan kepulangan warga kota ke kampung masing-masing. 

pilihanraya umum PRU 13
Melepasi Pekan Tanjung Karang, perjalanan akan melintasi sebuah simpang menuju ke satu lokasi yang sangat unik namanya...iaitu Bagan Tengkorak!  

pilihanraya umum PRU 13 
pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
Perjalanan diteruskan ke Pekan Sekincan. Pekan yang popular dengan ikan bakar ini juga kelihatan tenang walaupun kenderaan kelihatan mula bertambah.  

pilihanraya umum PRU13
Terjumpa pula dalam perjalanan satu replika ini.
Ini barulah namanya wau bulan..hehe

pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
Perjalanan diteruskan melalui pekan kecil Pasir Panjang. Disini kelihatan ramai  orang yang tertumpu di pusat pengundian disebuah sekolah di tepi jalan. Suasana aman dan tenang sekali.

pilihanraya umum PRU13 
Ini pula suasana di Simpang Lima... Juga kelihatan tenang. Cuaca pula tidak panas dan tidak mendung, amat baik sekali untuk keluar mengundi di Pilihanraya Umum kali ini. Cukup selesa sekali memandu, cuaca yang baik ditambah pula dengan trafik yang lancar.

pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
Kini telah sampai ke Kampung Sungai Haji Dorani. Suasana juga meriah dengan bendera dan poster. Sekolah biasanya di pilih sebagai tempat pembuangan undi. Masih kelihatan tenang dan terkawal.  

pilihanraya umum PRU13 
Tiba pula di Pekan Sungai Besar. Di jalan utama ini tidak banyak kelihatan bendera atau poster, mungkin ianya tertumpu di pusat pekan yang terletak di sebelah dalam dari jalan utama ini. Trafik juga amat terkawal dan lancar.

pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
Ini adalah dua papan iklan gergasi yang terdapat di kiri kanan jalan di persimpangan ke Bagan Nakhoda Omar. Satu kepunyaan BN dan satu lagi PR. Kempen besar-besaran di kedua-dua belah pihak di Pilihanraya Umum PRU13 kali ini.

pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
Perjalanan sampai ke Pekan Sabak Bernam. Suasana di Pekan ini juga tenang. Semua orang hanya tertumpu di sekolah di mana tempat pengundian di jalankan. 

pilihanraya umum PRU13 
Manghampiri jambatan yang melintasi sungai bernam iaitu sungai yang 
menjadi sempadan antara Perak dan Selangor.

pilihanraya umum PRU13 
Selamat datang ke negeri Perak Darul Ridzuan. 

pilihanraya umum PRU13 
pilihanraya umum PRU13 
Suasana berbeza apabila sampai sahaja ke Simpang Empat, Hutan Melintang. Masuk sahaja ke jalan Bagan Datoh...trafik terus menjadi sesak. Kenderaan tersekat kerana orang ramai turun mengundi di sebuah sekolah di pinggir jalan. Lama juga tersekat di sini... 

Kemeriahan amat terasa sekali. apabila penyokong bagi parti bertanding merebut peluang dalam kesesakan meraih dan memberi sorakan dan kibaran bendera kepada setiap kenderaan.  

pilihanraya umum PRU13
Kini perjalanan diteruskan. trafik terkawal kecuali di pos-pos mengundi.

pilihanraya umum PRU13 
Akhirnya aku sampai ke kampungku... Ini adalah suasana di luar kampung. Penuh dengan pelbagai bendera parti dan poster sampai terlindung jalan masuknya.

pilihanraya umum PRU13 
Inilah jalan kampungku...di kiri kanannya di penuhi pepohon menghijau.
Ingin lihat lagi suasana kampungku...di SINI
Berehat seketika di rumah. Waktu ini dalam pukul 11.00 pagi.

pilihanraya umum PRU13 
Inilah sekolah di mana tempat aku mengundi, lebih kurang setengah kilometer dari kampungku. Sekolah Rendah Kebangsaan Bagan Pasir. Disinilah pengundian bagi memilih Ahli DUN N54 Hutan Melintang dan Ahli Parlimen P75 Bagan Datoh di lakukan. 

Begitulah perjalananku dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dalam Pilihanraya Umum PRU13 ini. Suasana dan pengalaman yang hanya dinikmati 5 tahun sekali ini amat menarik sekali. Hari yang berbeza dari hari-hari yang biasa. Syukur kerana pilihanraya ini berjalan dengan lancar dan aman.

Esok akan bermula satu era baru dalam pemerintahan Negara Malaysia. Tampok pemerintahan baru akan bermula. Tidak kira siapa yang memerintah, semoga keamanan, kesejahteraan dan kemajuan akan kekal dan semakin utuh. Kepada yang terpilih menjadi YB kali ini, jadilah pemimpin yang amanah, ikhlas dan jujur demi agama, bangsa dan negara.... Terima kasih bersamaku dalam perjalanan pilihanraya umum PRU13 ini....

p/s : Kepada Sahabat Relaks Minda, maaf kerana belum dapat BW... Saya pasti akan reply komen dan berkunjung ke blog anda nanti...  :)
Admin...

34 Komentar untuk "Perjalanan Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia"

assalamualaikum ... BM sekampung rupanya dgn angah saya . Bagan DAtoh tu kubu kuat Zahid HAmidi , kenalan rapat angah saya sekeluarga ...

Pelam bidara sebiji pala,
Salam mesra dihari mula. :)

Lama ditelan tersekat di halkum,
Mati Tok Aji berlelah sampai;
Lima haribulan tammatlah hukum,
Menanti janji yang telah termeterai.

Nak pantun lagi boleh.. :)

Mintakan kita sebiji rambai,
Bijinya kecut tua di dahan;
Kotakan kata janji ditunai,
Janjinya dituntut ketua pilihan.

Juragan perahu berselepang baldu,
Segan mahu menumpang sesudu.. :)

Serbat manis dicampur selasih,
Selasih berderai berkembang rapat;
Rakyat harmonis menyubur kasih,
Kasih tersemai lambang muafakat.

pelbagai reka bntk kreatif dorg buat dngn bendera parti.. Lps ni sape ler yg nk turunkn bendera nie..hrp dorg bersihkan kembali bndr/pekan/kampung/taman dari bendera parti ni..

Alamdulillah...perjalanan selamat dan yg penting selesai sudha tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia

alhamdulilah semuanya dah selesai

Salam. Meriah jugak PRU13 kat sana. Kat sini pun sama.

Mari kita kerja kuat bangunkan diri. Orang melayu lemah sangat ekonominya sampai tak mampu duduk bandar.

Asal ada bandar je kita lari.

menarik gambar2 yg dikongsi..
kenangan jari calit dakwat pru13 ada tak? belum tentu ada pru14 nanti kan?

Wah sungguh nostalgiclah bila berbahasa dengan ku ni hehe..
Nampak meriahkan BM

Banyak memory PRU kali ni...ada yang sedih ada yang happy...meriahlah...nway cantik gambar yang nak masuk BM tu...

Waalaikumsalam Vee,
Memang sini kubu kuat Zahid Hamidi, kempen kali ni gile2 dasyatnya. Muka dia sepanjang jalan ade. Menang lagi dia...
Mcm2 cite saya dgar kempen kali ni...Meriah sungguh!

Salam mesra Ummi :)

Rakyat beraya dihari mengundi,
Tangan bertanda berinai dijari,
Tamat pilihanraya janji dinanti,
Jangan pula janji tinggal janji...

Terima kasih Ummi...memang saya nanti,

Telahan diri mudah diselami,
Kerap menyaji harap capati,
Pilihan kini sudah diketahui,
Harap janji diucap ditepati...

Jangankan sesudu, sesenduk pun saya beri :)

Sangat berbatu jauh Sg Petani,
Lama tersekat berhenti berehat,
Rakyat bersatu penuh harmoni,
Bersama muafakat membawa berkat.

Memang kreatif dan meriah. Semoga ianya tidak dibuang begitu sahaja. Mana2 yg boleh digunakan disimpan utk kegunaan akan datang. Tempoh diberikan utk pembersihan...semoga tidaklah jadi sampah semuanya.

Alhamdulillah...Segalanya urusan mudah dan selamat.
Terima kasih KY

Alhamdulillah, Semoga Acik juga selamat dan dimudahkan segala urusan. Selesai sudah tanggungjawab pd negara.

Waalaikumsalam,
Dimana2 pun nampak meriah sekali pilihanraya kali ini. Peratusan mengundi amat memberangsangkan.

Tidak dinafikan, orang Melayu kurang mampu tinggal dibandar. Lagi satu...mcm saya, lebih sukakan ketenangan di luar bandar, jauh dari kesibukan dan masalah sosial.
Kerja tetap kena kuat tidak kira dimana kita berada. Yang penting kita mesti sentiasa bersatu.

Gambar jari di calit xdimasukkan.. ramai yg letak gambar tu...so xpayah lah...hehe.
Pru14 belum tentu ada/dapat dinikmati lagi...entri ini jadi kenangan :)

Mcm2 OKje...hehe
Ya! Memang meriah sekali pilihanraya kali ini, lebih meriah dari pru12...

Lain sekali suasana kemeriahan pru kali ini. Memori yg menjadi kenangan.
Terima kasih kak raudzah

yg penting dah selamat tunaikan kewajipan & tanggung jawab kita !

Betul tu KA, selesai sudah menunaikan tanggungjawab. Semoga pemimpin yg dipilih menjalankan amanah yg beri dgn jujur dan ikhlas!

tengok gambar 2 tenang je..xde jem langsung..tggu next pru la plak kuar mgundi..

Jalan yg selalunya sibuk...terasa tenang, tapi bila tiba di lokasi pengundian...tiba2 jer sibuk dan meriah.

alhamdulillah semuanya telah selesai akhirnya..

Pelbagai kisah bermacam cereka
Sana sini ada ceritanya
PRU 13 terpalit kisah duka
Cuba dilupakan tapi tersimpan selamanya

Sedih.....Huhuhuhu

Syukur...segalanya berjalan dgn baik, selesai sudah...tunggu lagi 5tahun pula...

Itulah rencah kehidupan ini, umpama roda...

Bukan pedih tangan terluka,
Tidak tertahan asyik terbayang,
Jangan bersedih jangan berduka,
Ingat Tuhan ingat insan tersayang...

Kalau bersedih...tenangkan diri bersama Relaks Minda :D

Gambar indah, tidak setenang mereka yg gundah dek pelbagai ragam. Macam2 PRU kali ni. Dahsyat... Tak pasal2 isu bangsa jadi sebutan, isu pengundi hantu, rasuah & dakwat tak kekal habis semua terbongkar. Macam2... Moga kekal aman dan harmoni kita semua serumpun walau berlainan agama, pegangan & bangsa

Segalanya sudah selesai, yg terpilih harap dapat memberi khidmat yang terbaik, iklas, amanah, jujur dan prihatin. Semoga janji ditepati. Kekal aman dan harmoni.

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... *Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye

Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
Copyright © 2014 Relaks Minda - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info