keindahan bunga desa
Bunga Desa Yang Cantik
Assalamualaikum.... Bunga merupakan ciptaan Allah yang sungguh cantik. Setiap satu darinya mempunyai bentuk, warna dan rupa yang berbeza-beza.

Tujuannya hanyalah satu... sebagai daya penarik agen-agen pembenihan agar datang dan secara tidak sengaja dapat membantu proses persenyawaan dilakukan lalu menghasilkan buah dan biji benih untuk kesinambungan kehidupan spesis mereka.

Kepelbagaian jenis bunga yang begitu banyak di rumah mertuaku begitu mempersonakan. Spesisnya tidak seperti yang selalu kita lihat di mana-mana. Kebanyakan tidak diketahui namanya.

Kecantikan Bunga Di Desa

Itulah keistimewaan di desa yang masih belum terdedah dengan arus pembangunan dan pencemaran. Amat mudah sekali tumbuh-tumbuhan tumbuh subur di mana-mana sahaja di sekeling rumah dan di kebun. Kadang kala tidak diketahui dari mana datangnya biji benih tersebut...mungkin dari sisa makanan dan najis burung mahupun binatang yang selalu berkunjung bebas di sekitar kawasan rumah.

Ibu mertuaku begitu menggemari pokok yang berbunga. Setiap kali ada tumbuh pokok berbunga yang menarik, pasti di jaganya, tidak kira dimana ia tumbuh. Kadangkala betul-betul di depan pintu rumah...tapi dibiarkan saja ianya tumbuh dan berbunga. 

Nikmati koleksi seterusnya...kecantikan bunga desa yang menarik dan unik hasil bidikan lensa kamera ku... Bukanlah seorang jurufoto profesional...semoga anda berpuas hati.

keindahan bunga desa
Bunga 1

keindahan bunga desa
Bunga 2 (rasanya salah satu spesis setawar)

keindahan bunga desa
Bunga cekur

keindahan bunga desa
Bunga kaktus

keindahan bunga desa
Bunga tembikai

keindahan bunga desa
Bunga daun bawang

keindahan bunga desa
Bunga butang 

keindahan bunga desa
Bunga ekor kucing

keindahan bunga desa
Bunga daun manis

keindahan bunga desa
Bunga mawar

keindahan bunga desa
Bunga 3

keindahan bunga desa
Bunga daun rama-rama

keindahan bunga desa
Bunga 4

keindahan bunga desa
Bunga timun pipit

keindahan bunga desa
Bunga kemboja 

Semoga anda semua berpuas hati melihat koleksi kecantikan bunga-bungaan di desa yang sudah pastinya unik dan menarik.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga tersebut untuk menamakannya mengikut nombor gambar yang tertera. Terima kasih bersama Relaks Minda... Kehadiran anda amat-amat saya hargai.  = )

Masih banyak lagi gambar-gambarnya...nantikan koleksi seterusnya.
Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :


Admin...

Catat Ulasan

  1. Bnyknya tanam bunga..Berbunga rasa dri nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yg di tanam dan ada yang tumbuh dengan sendirinya... Itulah hobi mertua saya :)

      Padam
  2. cantik bungga tu ...tenang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thx Acik... sekadar utk nikmat pandangan mata :)

      Padam
  3. BM....jangan di tanya nama bunga sebab memang tak kenal hehe.... Yang kenal tu satu je bunga rose....
    Cantik bunga nikan rupanya...patut pun menjadi igauan sang kumbang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pastinya bunga di desa tinggi nilainya. Bukan sebarang kumbang dapat hinggap.

      Padam
  4. bunga kemboja tu, zaman sekolah menengah kitaorang kumpul bunga tu banyak2, ikat pastu main timbang2 ngan kaki..nostalgia..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo macam tu pula...menarik! Kalau dulu2 xberani dgn pokok ni, kan selalunya kat kubur jer boleh di temui. Tapi sekarang tidak lagi.

      Padam
  5. cantik2 nyer... kalau kat kg2 bunga2 mcm ni mmg tumbuh subur lah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betuk KA, kat kg jer mudah di temui...kalau kat bandar mcm payah jer nak jumpa.

      Padam
  6. Bunga yang sangat cantik ... pantas dikasih ke orang yang cantik luar dalam hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thx Wong.... Hati2 berkasih dgn bunga desa, pastikan mendapat izin tuannya :)

      Padam
  7. bunga cekur tu nmpak unik.. igtkan orkid...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul pha is...ianya memang kelihatan seperti orked. Tengok live lagi cantik. Kelopaknya terlalu lembut.

      Padam
  8. eemm...banyaknya bunga kat rumah mak..memang mak tangan yg sejuk, sbb tu tanam menjadi je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul KY, tangan mak memang sejuk...tanam ape saja menjadi. Kalau tengok pun, bukannya berbaja dan berjaga sgt tapi subur aje.

      Padam
  9. tak sangka bunga ekor kucing cantik di lensa kamera walhal kalau live biasa2 saja...

    p/s dah boleh buka nursery ni..tangan sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buka nursery di kampung...sapa la nak dtg membeli. Pernah juga mintak mak sepasu bunga. bila bawak je ke rumah...dlm 2 minggu dah mula merajuk, xlama lepas tu trus mati...mcmne tu

      Padam
  10. terbaek gmbar2 yg bro snap..sume cntik2..

    BalasPadam
  11. rajinnya mak mentua tanam pokok bunga-bunga. Cantik-cantik belaka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak! Tak habis lagi ni...ada lagi akan menyusul!

      Padam
  12. blm pernah tengok bunga ekor tu..ni pes time tengok..

    walau bkn profesional tp gambar2 semuanya cantik2 dn terang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah Mama...kena shot byk kali tu utk dapatkan yg ok. Kamera pun cikai jer. Lepas tu kena edit skit2.

      Padam
  13. bunga kemboja...selalu ada kat kubur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mazliza, dulu org xberani tanam dekat rumah, tapi sekarang tidak lagi, di tengah KL pun banyak

      Padam
  14. memang cantek...cantek sangat ciptaan Ilahi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bunda. Ciptaan Ilahi itu kan sempurna...pastinya cantik. Bersyukur dapat menikmatinya.

      Padam
  15. Ya ALLAH cantiknya...kita memang suka bunga-bunga ni..especially yang fresh kat kampung..kampung and most of it tak pernah tengok pun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak raudzah kerana menyukainya. Ada byk lagi...tunggu koleksi seterusnya ya :)

      Padam
  16. nama saya pun macam bunga jugak.. huk hukhk

    BalasPadam
  17. Macam2 jenis bunga
    ada yang pernah tengok
    ada juga yang baru pertama kali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Ibu menyukainya... Terima kasih :)

      Padam
  18. Assalammualaikum...bin mohammad,

    wah2..cantik2 bunga kat sini.... cantiknya anugerah ciptaan ilahi... mselim3 memang minat bunga... tp diam2 k..nanti diorang kata mselim3 nie mat bunga pulak...hehehehe...

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam mselim3,
      Semua orang suka pd bunga...Lelaki biasalah ego, kalau suka bunga xmancho...
      Bunga itu di cipta sedemikian cantik utk menarik kumbang... Sudah semestinya lelaki yg menyukai bunga, betul tak?

      Padam
  19. Saya tahu..bunga 1 : bunga pokok senduduk..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah lah Meiza, bunga senduduk ada dalam koleksi 1... Warna serupa tapi lain rupanya.

      Padam
  20. Balasan
    1. Thx KA...Ini yang suka sgt dgn KA ni.. :)

      Padam
  21. cantiknya bunga2 ni. kalau sampai kat saya mesti xde yang hidup.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita...orang kata tangan panas...hmmm

      Padam
  22. Bestnya BM boleh ambil gambar cantik2....Bunga2 pun sihat & cantik. Sukanya tengok! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks MG, Ada byk lagi gambar bunga desa...wait for next entry :)

      Padam

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Top