Assalamualaikum... Kita Relaks Minda sambil menguji pandangan dengan Ilusi Optik. Ilusi optik memang amat menarik dan menghiburkan. Ianya mengelirukan dan memperdaya pandangan mata anda. Ianya juga menguji bagaimana otak anda mampu mengecam, mentafsir dan memberi fokus keatas apa yang anda perhatikan. (klik gambar untuk besarkan agar lebih jelas)
Anda lihat gambar di bawah ini. Nampak seperti tiada apa yang berbeza atau luar biasa.
Benarkah? Cuba anda terbalikkan kedua2 gambar ini...
Gambar ini pula menampakkan wajah pada gambar di sebelah kanan nampak pelik.
Cuba anda terbalikkan gambar ini...Hah! jangan tidak percaya!

Sebenarnya gambar kiri dan kanan itu adalah sama...pelik kan?
Mata kita mempunyai kelemahan. Ianya tidak mampu memberi gambaran sebenar
kepada otak jika objek atau gambar itu di ubah bentuk dan kedudukan dari kebiasaannya.
Sekarang kita uji mata... Berapa wajah yang anda dapat jumpa...

1....2....atau 3 wajah?
Ini adalah hasil seni lukis yang sebenarnya tidak pun melukis gambar wajah tetapi dengan kreativiti... lukisan yang di hasilkan membentuk wajah dari subjek lukisan tersebut.
Lukisan dua ekor tupai di dahan pokok.... atau wajah gadis yang ayu
Jika anda perhatikan betul-betul gambar ini... Tiada pun sebenarnya muka lelaki itu... 

Ianya hanyalah lukisan pemandangan sebuah desa.
Gambar di bawah juga menggunakan ilusi pandangan mengelirukan otak anda
untuk melihat bahawa ada gambar wajah pada lukisan tersebut.
Ilusi wajah lelaki Ilusi wajah pasangan orang tua

Ilusi gambar tengkorak yang sebenarnya tidak ada pun tengkorak!
Pada gambar-gambar di bawah ini pula menguji berapa jumlah wajah dan orang yang boleh anda temui...
Uji kecekapan mata anda dan kebolehan otak anda mengecam wajah-wajah yang tersembunyi.
Uji kecekapan mata anda dan kebolehan otak anda mengecam wajah-wajah yang tersembunyi.

ada 9 wajah
Ada berapa wajah agaknya? Ada 6 wajah
Teknologi kamera digital sekarang mampu mengecam wajah pada gambar...seperti telefon bimbit LG ini. Ia mampu mengesan 16 wajah manusia...Dapatkah anda mengesan kesemuanya...Cubalah! Kalau anda dapat lebih dari itu anda lagi hebat! (klik gambar untuk besarkan)

Berikut adalah ilusi optik gambaran pandangan bagi seseorang yang mabuk.
Anda juga akan pening melihatnya.
Anda juga akan pening melihatnya.

Lihat gambar ini, kiri wajah wanita dan kanan wajah lelaki...

Sebenarnya kedua gambar wajah ini adalah sama yang membezakannya
hanyalah tahap kegelapan dan kecerahan gambar sahaja...
Ini pula hanyalah selonggok kepingan permainan cantuman gambar
yang membentuk seakan-akan wajah harimau...
yang membentuk seakan-akan wajah harimau...

Mata kita sering menipu otak...oleh itu berfikir panjang dan mendalam dengan apa yang anda lihat sebelum mulut anda mengeluarkan kata-kata. Andai anda tidak pasti, dapatkan maklumat lanjut atau lebih baik diam.
Ini pula bukan lah ilusi... Sekadar hiburan,
Lihatlah photoshop wajah Mr. Bean yang kreatif menjadi begitu menggelikan hati...
Senyum sikit, Relaks Minda anda!

23 comments - "Wajah-Wajah Ini Terhasil Dari Ilusi..."
Menarik...suke x3
Salam
Sangat menarik..
Menarik...mcm mana mereka lukis gmbar ada rupa org tu?
menguji minda n mata.. terbaik..!!!
Assalamualaikum..amat menarik sekali..=)
Interesting and this is real illusion..I like no 4..cantik..sometimes kalau kita tak fokus memang susah nak nampak the real imagekan..
Thx...kesudian anda berkunjung amat dihargai
waalaikumsalam,
Terima kasih Daniel, teruskan bersama Relaks Minda :)
Ianya hasil daya kreativiti yang menggunakan kelemahan pandangan mata sebagai satu keistimewaan dalam menghasilkan sesebuah karya. Pengkarya ini pastinya menggunakan daya imaginasi yang tinggi utk menghasilkan karyanya.
Inilah yg di namakan mengeksploitasi kelemahan menjadi sesuatu yang bernilai!
Terima kasih SA, semoga anda terhibur :)
Waalaikumsalam...Terima kasih Kak Nah, rasanya tadi mesti bertonggeng laptop kan! hehehe
Betul tu Kak Raudzah, fokus dan cuba melihat dari perspektif berbeza, maknanya menukar dari otak kiri berfikir kpd otak otak kanan...barulah nampak gambaran yang sebenar. Ilusi Optik ini melatih kita untuk menggunakan fungsi kedua2 belah otak untuk berfikir...Bagus untuk kanak2
memang hebat org yg lukis ni.
2 gambar dalam 1 photo..huhu
Cikgu bolehlah guna bahan ini dalam mengajar. Melatih minda anak2 menggunakan otak kiri dan kanan.
meanrik ni, uji2 minda sendiri, pic last tu mmg terbaik hehehe
Thx Ka...peminat Mr. Bean, hehe
hahaha mmg unik lah.. speechless.. ada yg mata dn otak dua2 xdpt tgkp gmbr apakah..
Kalau mata dan otak xdpt tangkap gambar itu maknanya dah xbernyawa le...hehe.
TQ Mar!
memang pening kepala tengok gambar yang double mouth ngan double both eyes tu...
Haha...Mr Bean selalu jadi mangsa photoshop...haha
Jangan penin2 itulah pandangan orang yg mabuk.
Terima kasih bersama relaks minda :)
sangat menarik!! sampai terbalik-balik nengok.. ;)
thanks admin. ilusi optik is awesomee .. its really great . betul2 "merelaxkan" minda yg tengah serabut ni . hahhahha
sampai tunggang terbalik dibuatnya laptop nihh gara2 ilusi optik . haiih . hhahaha . that really amazingg ..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”