بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih melanjutkan usia kita untuk bernafas di dunia yang indah dan hanya sementara ini.  Sambil kita menikmati kenikmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini, marilah kita bersama-sama muhasabah diri seketika...

Kehidupan Di Dunia Ini Hanya Sementara
Ingatlah! Hidup ini terlalu singkat... Jangan lalai dan terleka dengan nikmat duniawi!

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya, 
“Telah dekat kepada manusia hari (yang akan) menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).”  (QS. Al Anbiya : 1)

Kehidupan Di Dunia Ini Hanya Sementara
Kehidupan di akhirat yang kekal abadi... 

Bagaimana untuk menikmati kebahagian hidup di akhirat?  Allah SWT berfirman, 
“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang bawahnya mengalir sungai-sungai.”  (QS Al Hajj: 14)
  • 1. Beriman dengan Allah. Ikuti segala perintahnya dan jauhi segala larangannya
  • 2. Beramal soleh. Lakukan kebaikan dan perbanyakkanlah amal jariah dengan ikhlas.

Persiapkanlah bekalan untuk menuju perjalanan yang panjang dan penuh dugaan di Hari Perhitungan di Akhirat kelak. Gunakanlah masa yang singkat di dunia ini sebaik mungkin untuk kebahagian hidup di dunia dan akhirat. 

Kehidupan Di Dunia Ini Hanya Sementara

Rasulullah SAW bersabda, 
”Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara.” 

Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, 
“Jika engkau berada di waktu petang hari, maka jangan menunggu pagi hari dan jika engkau berada di pagi hari janganlah menunggu petang hari. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum kamu sakit dan pergunakanlah waktu hidupmu sebelum kamu mati.”  (HR.Bukhari).

Terima kasih bersama Relaks Minda... Tazkirah ringkas untuk muhasabah diri ini dan buat anda semua kerana kehidupan kita didunia ini hanya sementara...


Admin...

Catat Ulasan

  1. Jadi jangan sia-siakan hari kita dengan benda yang tidak berfaedah..kutiplah ilmu sebanyak mungkin.. Nice sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singkat sungguh masa di dunia, pejam celik dah berlalu...usia. Rasa sikit sgt bekalan yg baru dibawa. Thx Mieza.

      Padam
  2. Selagi kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, tentu kita takkan susah hati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susungguhnya bersyukur itu adalah tanda keredhaan dan terima kasih diatas nikmat yg dikecapi di dunia ini. Semoga kita tidak lalai dan leka...
      Terima kasih ibu...

      Padam
  3. Bersyukur dgn apa yg ada.. Rezeki yg Allah bg.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar tu...Tiada apa yg dapat kita nikmati jika tiada dari izinNya. Bersyukurlah.
      Thx Liza

      Padam
  4. hidup ini singkat saje.. pejam celik pejam celik ..terus pejam... hargailah apa yang kita ada dan baiki diri selagi ada mase

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menusuk kata2 Acik...
      Sebelum terlambat marilah kita beriman dan beramal, Thx Acik

      Padam
  5. Semoga setiap amalan kita diberkati yang ESA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan...Yang penting jangan putus amalan :)

      Padam
  6. Salam, saudara tak letak pun link blog saya dalam senarai bloglist. Saudara ada beritahu nak update blog saya ke bloglist saudara secepat mungkin. Kalau saudara tak percaya, mari tengok komen saudara di entri blog saya di http://nukeufo89.blogspot.com/2013/03/muslimkah-jika-tidak-sanggup-terima.html

    BalasPadam
  7. maaf saudara, saya tak perasan rupanya page bloglist saudara bukan di sidebar tapi di http://relakssminda.blogspot.com/p/blog-page_24.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...
      Blog anda telah lama berada di My Bloglist... Saya terpaksa buat bloglist di Page sebab byk sgt kalau di letak di sidebar dan mengganggu masa utk loading blog.
      Bloglist di sidebar khas utk blog terpilih dan yang paling mesra komen.
      Jangan marah2 ye...tenangkan minda bersama Relaks Minda, kunjungan anda tetap saya nanti dan hargai :)

      **Dan untuk semua Sahabat Relaks Minda yang masih belum ada dalam My Bloglist...sila beri URL anda di dalam mana2 komen entri. Mungkin ada yg tertinggal dan ada juga yg masih saya xjumpa URL Blog anda. Maaf jika ianya menggusarkan hati anda...
      Kata akan saya kota :)

      Padam
  8. assalamualaikum ... plg pasti kita tak tau bila akan diambil pergi . mungkin jua sesaat selepas ini .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,
      Bila mengenangkan ajal yg tiba tidak mengira masa, terasa betapa kurangnya amalan yg dapat dibawa... Semoga dipanjangkan usia agar beroleh kesempatan lagi utk menambah bekalan...Amiin

      Padam
  9. Salam rindu kembali jua... :D

    Jerat belanak di air kolam,
    Batu disua terkena belerang;
    Ibarat anak mancis dah padam,
    Begitu jua hidupnya orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Ummi,
      Lama menanti, akhirnya kembali...

      Kata manis madah gurindam,
      Tiada daya kelam dan kabur pandangan,
      Bila mancis sudah terpadam,
      Tiada cahaya didalam kubur keseorangan...

      Padam
    2. Hamba datang bersembah salam berpantun..

      Redup remang hambar menanti,
      Masa berbulan dekat pengkalan;
      Hidup memang berkembar mati,
      Perkasa amalan buat bekalan.

      Redup muara bertakat rumbia,
      Naiklah sampan di tepi pantai;
      Hidup sementara bertongkat dunia,
      Baiklah amalan dijadi pakai. =D

      Padam
    3. Hamba menerima seikhlas salam diberi..

      Redup remang hambar menanti,
      Dihambat ceti bercapal asadi,
      Hidup memang berkembar mati,
      Diakhirat nanti kekal abadi...

      Redup rumbia hanya dimuara,
      menyemarakkan akal merapatkan teman,
      Hidup didunia hanya sementara,
      Berbanyakkan amal pertingkatkan iman.

      Terima kasih Ummi, kunjungan anda amat dinanti :)

      Padam
    4. Malam Minggu sama bahagia,
      Salam berlagu irama nostalgia.. hehe

      Sepurnama lama dilakon-lakon,
      Tetamu menyaksi santan berlada;
      Sama-sama kita berpantun,
      Ilmu dikongsi relakskan minda.

      Terimakasih kerana sudi berbalas pantun dengan Ummi =D

      Padam
    5. Hari minggu berkunjung tiba,
      Giliran hamba pulang ke desa...

      Tari bergema nota melantun,
      Di temani...jelita nan santun,
      Mari bersama kita berpantun,
      Di blog Ummi..."Jom Kita berpantun"

      Kasih diterima, kunjung mengunjung kita bersama :D

      Padam
    6. Salam manis hari gerimis....

      Selamat pulang ke desa... ;D

      Padam
  10. hidup ini jodohnya kematian...dari tanah dan kembali menjadi tanah..banyakkan amalan b4 dialam barzak.Insha Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sgt...Beringatlah kita sebelum terlambat.
      Tqvm Etuza

      Padam
  11. yepp.. satu yg selalu memakan diri saya, ialah sikap suka bertangguh huhhuhuhu.. terima kasih relaks minda ats ingatan ini, moga sama2 kt memanfaati masa :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustazah Mar...Selamat dtg dan terima kasih krn sudi berkunjung dan support Relaks Minda.
      Jgn suka bertangguh, nanti tak sempat...menyesal sudah tiada gunanya.

      Padam
  12. Balasan
    1. Sama2lah kita beringat...
      Terima kasih Sayidah :)

      Padam
  13. semoga sentiasa dalam Keberkatan dan Keimanan. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Nah, sama2lah kita berdoa.

      Padam
  14. tq,..mengingati,..mmg benarlah apa yg terkandung dalam entry ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thx Izan, sama2lah kita saling mengingati...

      Padam
  15. salam...nice entri utk muhasabah diri. tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu,
      Harap kiranya ia dapat memberi sedikit manfaat buat anda

      Padam
  16. setuju sgt, Tq atas ingatan yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thx KA...Rajin singgah BW di sini :)

      Padam
  17. Saya suka tengok gambar mancis tu.....imej yang kreatif.
    Betul setuju dengan kenyataan BM; hidup dalam dunia hanya sementara & kita tak mampu memilikinya selamanya. Sekadar pinjaman.

    PS: Sila berkunjung ke blog saya, mungkin BM boleh kongsikan dengan rakan-rakan lain mana-mana post yang berkenaan, terima kasih.

    BalasPadam
  18. assalamulaikum Bin Muhammad.. mohon kebenaran utk kak berkongsi coretan tuan utk diri kak..bila keresahan melanda dpt baca blog tuan,,hati terasa tenang... moga dpt dipanjangkan lg perkongsian nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Shima,
      Memang tujuan blog ini untuk berkongsi...Nak share atau copy pun boleh. Nak bagi kredit...terpulang, semoga ramai yg beroleh manfaat.
      Terima kasih Shima. Insyaallah...jika masih ada daya, saya teruskan...

      Padam

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Top