Relaks Minda

Friday, 14 December 2012
0 comments

Post #15 - Keindahan Senibina Masjid.

Masjid terdapat di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika kita melihat pelbagai bentuk senibina masjid yang unik dan menarik kerana ianya di pengaruhi oleh rekabentuk senibina budaya dan tradisi penduduk sesebuah kawasan. Keindahan senibina ini menjadi tarikan kerana hasil gabungan senibina Islam dari Timur Tengah dan senibina tradisi tempatan menghasilkan sebuah masjid yang cukup unik dan indah senibinanya. 

Identiti sesebuah masjid tetap terlihat dengan rekaan kubah dan menara yang diatasnya terdapat bentuk bulan sabit yang menjadi lambang sesebuah bangunan itu adalah tempat ibadat orang Islam kerana kebanyakan binaan gereja juga mempunyai ciri senibina yang hampir sama dan di bezakan dengan  lambang salib pula di atasnya. 

Keindahan senibina masjid menjadi kebanggaan umat Islam yang menunjukkan bahawa umat Islam juga tidak ketinggalan serta maju dan tinggi ilmu dalam senibina dan rekabentuk seiring dengan arus kemajuan dan kemodenan. 

Nikmati beberapa lagi keindahan senibina masjid yang indah dan menarik, menjadi lambang keagungan dan syiar Islam di seluruh dunia.

Masjid Catredral di Moskow, Russia

Masjid MOAD di Baghdad, Iraq

Masjid Miqat di Dhul Hulayfa, Arab Saudi

Masjid Mogi das Cruzes di Brazil

Masjid Besar di Abuja, Nigeria

Masjid di Colombo, Sri Lanka

Masjid di Herat, Afghanistan

Masjid di Kampala, Uganda

Masjid di Madrid, Sepanyol

Masjid di Male, Maldeves

Masjid di Nalchik, Republik Balkan

Masjid International Airport di Doha, Qatar 

Masjid di Rom, Itali

Masjid di Shibuya, Tokyo, Jepun

Sungguh kagum dan bangga apabila terlihat masjid terdapat di celah-celah kota besar di dunia dimana penduduk Islamnya minoriti. Semoga agama Islam terus berkembang dan semoga semakin ramai umat yang mendapat hidayah dari mu Ya Allah...
Bersama kita doakan. Ya.. Allah selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
Post #14 - Keindahan Senibina Masjid
Post #13 - Keindahan Senibina Masjid

Admin...

0 comments:

Post a Comment

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 
Toggle Footer
Top