Relaks Minda

Thursday, 18 October 2012
0 comments

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Relaks minda anda seketika.... Bersama kita nikmati keindahan tasik dan alam semulajadi ciptaan yang Maha Esa. Ianya amat mempersonakan pandangan mata, inilah tanda kekuasaan Allah SWT yang menyempurnakan rupa bentuk alam ini

Definasi tasik (mengikut wikipedia) - Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air yang bukan sebahagian lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam. Airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya ditempatkan dibawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi
Keindahan di kawasan tasik di pagari bukit dan gunung amat mempersonakan

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi

Kebanyakan tasik ini ada saliran keluar semula jadi yang berbentuk sungai atau anak sungai, tetapi ada juga tasik tanpa saliran keluar, sebaliknya hanya kehilangan air melalui penyejatan atau meresap ke bawah tanah atau kedua-duanya sekali.

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi
 Keindahan alam semulajadi adalah kurniaan Ilahi untuk kita nikmati.

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi

Kebanyakan air tasik adalah air tawar. Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada kerana sistem saliran berserabut yang mendominasi kawasan negara ini. Finland dikenali sebagai Tanah Seribu Tasik kerana ia mempunyai 187,888 buah tasik. 

Keindahan alam ini memberikan ketenangan jiwa dan minda

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi

Tasik secara umumnya mengandungi nutrien yang mampu membiakkan hidupan air untuk faedah sosio-ekonomi dan untuk rekreasi masyarakat setempat.

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi
Maha kuasa Allah yang menciptakan alam ini dengan pelbagai bentuk yang amat indah

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi

Kawasan tasik merupakan salah satu daripada sumber alam semulajadi yang sensitif. Ianya adalah tadahan air semulajadi yang penting untuk semua hidupan. Pembangunan kawasan tasik akan menyebabkan kehilangan flora dan fauna, ketenangan dan nilai estetik kawasan tersebut. 

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi
Hargai dan cintai alam semulajadi...

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi

Terdapat juga tasik buatan manusia yang mana ia di bina untuk tujuan janaan kuasa hidroelektrik, rekreasi, pengawalan banjir, kegunaan industri atau pertanian dan untuk bekalan air penduduk setempat.

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi
Ketenangan, kedamaian dan kesegaran untuk kita nikmati

Keindahan Tasik Dan Alam Semulajadi

Tasik merupakan satu lagi ciptaan Ilahi yang cukup indah dan menjadi sebahagian ekosistem yang penting. Ianya menjadi sumber air terpenting untuk semua hidupan selain menjadi tempat sumber makanan. Ianya juga menyumbang kepada keperluan untuk pertanian dan industri serta tempat reakreasi untuk berehat dan beriadah demi kesihatan dan minda yang sihat. 

Cintailah dan jagalah keindahan tasik dan alam semulajadi kerana ianya juga untuk dinikmati oleh generasi masa hadapan.


Admin...

0 comments:

Post a Comment

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


ShareThis

 
Toggle Footer
Top