Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alangkah seronok dan bersyukurnya kalau dapat RM1,000,000. Tapi rezeki tidak akan ada yang datang bergolek. Sepahtu pun terpaksa memerah otak untuk memikirkan persembahan terbaik setiap minggu demi memikat hati juri dan pengundi. Hasil usaha keras mereka akhirnya berjaya membawa kemenangan sebagai Juara MLM 2014 dan RM500,000!

Sepahtu Dapat 500,000! Aku Dapat 1,000,000!
Juara Maharaja Lawak Mega 2014 - Sepahtu


Begitu juga dengan aku... Berusaha setiap hari memikirkan apakah entri terbaik yang dapat kuhidangkan buat tetamu-tetamu Relaks Minda yang amat aku hargai dan sayangi. Seboleh-bolehnya tidak mahu menghampakan atau mengecewakan kehadiran anda yang pastinya mengharapkan sesuatu yang menarik dan menepati apa yang dicari serta diingini.

Sepahtu Dapat 500,000! Aku Dapat 1,000,000!
Usaha tangga kejayaan - anda pun boleh!
Berusaha memajukan blog agar dapat menarik perhatian pembaca dan cuba menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengendali enjin carian.

Pengendali enjin carian tidak punya hati dan perasaan. Ikut sahaja kemahuannya pasti akan berjaya tetapi untuk memuaskan hati setiap manusia, itulah yang paling sukar. Hanya cuba berusaha memberikan yang terbaik dan termampu.

RM500,000! Belum tentu dapat kugenggam tapi 1,000,000... Insyaallah akan dapat kukecapi! Hasil dari kunjungan anda, para sahabat dan tetamu-tetamu yang kucintai... Satu sejarah baru bakal tercipta! Andalah yang berhak meraikannya! Kerana anda semualah, ianya akan jadi kenyataan.

Sepahtu Dapat 500,000! Aku Dapat 1,000,000!
Menanti detik 1,000,000 pageview!

Pada 10 Sept. 2012 telah tercatat sejarah angka pertama pageview blog ini dan kini, setelah 1 tahun, 4 bulan, 29 hari... Hari ini ditanggal 9 Feb. 2014, Bila-bila masa sahaja Blog relakssminda.blogspot.com akan mencatat sejarah baru... 1,000,000 pageview! Syukur Alhamdulillah...

Sepahtu Dapat 500,000! Aku Dapat 1,000,000!

"Jutaan terima kasih kepada anda semua, sahabat-sahabat dan tetamu-tetamu Relaks Minda." 

Sepahtu Dapat 500,000! Aku Dapat 1,000,000!
Teruskan memberi sokongan dan bersama Relaks Minda. 
Kunjungan anda semua amat-amat dihargai!


p/s: kalaulah angka itu bernilai RM...akan kukongsikan bersama anda :)
Author by Bin Muhammad

33 comments - "Sepahtu Dapat 500,000! Aku Dapat 1,000,000!"

BinMuhammad delete icon 3:55 PTG

Lebih kurang jam 3:54 pm Catatan 1,000,000 telah tercatat! Terima kasih... :)

Wafi Remli delete icon 4:19 PTG

Tahniah, blog saya lagi lama (termasuk masa ditinggalkan) tapi tak sampai 100 000 pageviews pun...haha

Unknown delete icon 4:24 PTG

wah..tahniah BM...moga menjadi pemangkin semangat buat kami
beznye nak gak genggam rm500k..bez bez

Unknown delete icon 4:29 PTG

wah...hebat-hebat :)

fragmenbiru delete icon 5:28 PTG

Allahu Rabbi..tahniah.. smoga trus sukse.. In Shaa Allah..

Tahniah!! Teruskan blogging.

Aimacomel delete icon 7:30 PTG

Tahniah tahniah tuan BM, aima pun dh dpt 1juta jgk tapi xsempat la nk uodate. InsyaAllah sehari dua lg baru ler up entri. Kita sama2 kekalkan momentum tu =)
Im happy 4 u cikgu

Blog Santai delete icon 8:30 PTG

Tahniah BM...keep up the momentum k...

ANIM delete icon 8:55 PTG

tahniah...kalau entry memikat, pasti pengunjung tak renti2 datang menyinggah..
lepas ni target capai 2 juta, 3 juta.lak kan...moga sukses

p/s jadi pemangkin semangat buat rakan blogger yang lain:-))

tahniah ye BM..info yang bagus pasti orang akan terjah..

jie susanos delete icon 9:39 PTG

huhu..tahniah bm..

paridah delete icon 9:50 PTG

tahniah...bukan senang nk capai page view seramai tu...

Yana Yani delete icon 2:01 PG

wow! terbaik BM
all the best ye
saya antara orang yang menyokong =)

hohoho, banyak tu.. rezeki dari Allah untuk mereka, tahniah!..

tumpang gembira utk BM...tahniah.:)

Gembira seseorang berbeza-beza. Tentunya ramai orang gembira kerana mendapat wang dalam bentuk angka yang banyak atau besar. Tetapi tuan dan ramai yang ber'blogging' gembira apabila angka pageview bertambah-tambah. Apa tah lagi apabila mencapai angka 1 juta. Tahniah....

yeahhhhh congrats BM & Rileks Minda.. ini membuktikan BM & Rileks Minda semakin dikenali... keep it up.. i'll always support BM & Rileks Minda... =)

Nurul delete icon 9:23 PG

Waa... tahniah , BM... ^__^

tahniah bm.. blog selangkah kehadapan^_^ terbaik

Hebat!.. tahniah dari kakak.
Kakak kalau dapat separuh dari itu pun dah bersyukur.
Lama berblog tapi pengisian N3 kakak tak ada itu yg nak sampai 1juta entah bila.

Tahniah sekali lagi dari kakak.

tahniah BM...sy suke baca blog awak...

Unknown delete icon 12:00 PTG

tahniah BM! hebat.. ^_^

Unknown delete icon 1:05 PTG

Tahniah BM..teruskn berblog..

kakiblog delete icon 2:10 PTG

bro antara yang terbaik di Malaysia..sebaris dengan bro Hasrul Hassan yang mempunyai pageview lebih sejuta..sejuta tahniah!!

Tanpa Nama delete icon 3:05 PTG

tahniah even KA x brp minat sepah tu tuuuuuu... but for BM tahniah & always sokong blog terbaik ni !

OKje delete icon 3:40 PTG

Tahniah sahabat.....betul tiada kejayaan yg datang bergolek... semuanya hasil usaha awak BM....

Tanpa Nama delete icon 4:12 PTG

Wah..terbaiklah.kalau boleh tukar duit,kompom pakcik kayo.

Tahniah BM berhasil selama ini awk berblog...

tahniah....ramainya peminat.

Unknown delete icon 5:47 PTG

Tahniah BM & Relaks Minda...!!!! :D

Semuga lebih sukses dimasa akan datang..!

Tahniah, BM. Sesungguhnya angka itu berhak BM dapat. Setelah saya mengikuti Relaks Minda yang melihat potensi blog ini sangat tinggi. Entri yang berkualiti dan boleh dijadikan rujukan. Entri BM memang malar segar. Jumlah follower bukan jadi ukuran. Dan BM telah buktikan, tidak semestinya follower banyak, baru pageviews melonjak. Kagum sangat.

Khir Khalid delete icon 2:30 PTG

Hebat BM.. Alhamdulillah Tahniah.. mmg sesuatu pencapaian yg sgt baik utk dijadikan inspirasi buat diri & semuanya..
ps; maaf lmbt terjah bw sbb baru hari ini diizinkan selepas beberapa hari tak kesempatan berblogging.. Salam ceria.. :D

Alhamdulillah..tahniah kerana dapat merasa nikmatnya berblog

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap