Kreativiti seni gubahan pokok hiasan
Seni gubahan pokok hiasan
Biasa anda lihat seni gubahan pokok hiasan di halaman atau di taman yang ditrim cantik berbentuk bulat. bersegi, bujur, bergulung, payung dan sebagainya yang kebanyakkan lebih kepada berbentuk geometri yang mudah dan senang dibentuk.

Ia bukan sahaja menampakkan suasana lebih menarik tetapi kreativiti ini menjadikan halaman dan taman kelihatan lebih berseni. Ianya pasti menjadi tarikan unik sesiapa sahaja yang memandang.

Seni Hiasan Topiari

Kreativiti seni gubahan pokok hiasan
Seni topiari
Bukan mudah untuk membentuk pepohon ini menjadi sesuatu bentuk yang kita inginkan. Ianya tidak akan terhasil sekelip mata, ia memerlukan masa serta kesabaran. Namun hasilnya sangat menakjubkan dan mampu memberi kepuasan.

Seni gubahan pokok hiasan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Seni ini juga dikenali dengan nama seni arca hidup atau topiari.

Ianya dapat membentuk struktur dan karekter taman yang menampilkan keunikan dan kecantikan. Seni topiari terkini tidak lagi terhad kepada bentuk-bentuk geometri atau objek mudah dibentuk tetapi menjangkau kepada kepelbagaian rupabentuk yang sungguh mengagumkan. 

Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasanKreativiti seni gubahan pokok hiasanKreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasanKreativiti seni gubahan pokok hiasan
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasanKreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasanKreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 
Kreativiti seni gubahan pokok hiasan 

Belajar Seni Gubahan Pokok Hiasan

Kreativiti seni gubahan pokok hiasan
Seni gubahan topiari
Jika anda berminat dengan seni hiasan ini, anda perlukan pengetahuan, kemahiran, ketekunan, kesabaran dan pengawasan yang rapi. Bermula dengan pemilihan rekabentuk yang anda inginkan, diikuti pula dengan pemilihan jenis pokok yang sesuai. Dari situ anda juga perlu bijak memilih kombinasi dan susunan pokok tersebut agar bertepatan dengan objek yang anda inginkan.

Apabila percambahan dahan mulai lebat, maka bermulalah pembentukan rekabentuk. Cara yang paling mudah dan biasa digunakan adalah dengan menggunakan dawai. Kerangka dawai dibentuk mengikut bentuk objek yang ada mahukan.

Ianya mestilah kukuh dengan rongga yang sesuai untuk dahan berpaut. Sedikit semi sedikit, dahan/ranting ini bertambah lalu diikat pada kerangka. Pembentukan tunas-tunas baru menambahkan dedaun lalu memenuhi setiap bahagian dan rongga kerangka untuk membentuk objek yang diinginkan.

Kreativiti seni gubahan pokok hiasan
Kreativiti gubahan pokok hiasan
Proses penjagaan dan pembuangan dahan/ranting amat penting agar menggalakkan pertambahan tunas supaya pertumbuhan sekata dan akhirnya dedaun memenuhi serta menutupi keseluruhan kerangka dawai. Ianya memerlukan perapian dan penjagaan yang berjadual dan berterusan agar bentuk yang diinginkan sentiasa kekal menawan. Anda boleh belajar teknik ini dengan lebih jelas di SINI.

Halaman dan taman kelihatan begitu unik dan menarik diserikan lagi dengan seni gubahan pokok hiasan yang kreatif dan menawan. Seni hiasan yang mampu memikat setiap mata yang memandang. Satu kepuasan yang sukar dijelaskan apabila anda berjaya menghasilkan seni hiasan topiari ini. 


Author by Bin Muhammad

41 comments - "Kreativiti seni gubahan pokok hiasan"

betul-betul mencuci mata ni, hijau, cantik dan comel-comel, memang kreatif betul siapa yang buat... :)

paridah delete icon 7:25 PG

cantik n kreatif sekali, dulu2 suka juga trim pokok2 teh kuning membentuknya bulat2...

Unknown delete icon 8:40 PG

Selamat tahun baru 2014 BM. Memang cantik pokok2 yg dah di trim membentuk pelbagai rupa sbg hiasan taman. Pasti perlukan kesabaran, kos penyelenggaraan dan penjagaan yg rapi.

Wafi Remli delete icon 9:13 PG

Saya suka hijau, hijau menenangkan fikiran yang berserabut...

betul-betul cantik dan kreatif. Perlukan ketelitian dan perancangan yang baik semasa nak mulakan memotong. Kalau tak, ranap pokok

Mizz Aiza delete icon 10:32 PG

subhanallah.. sangat kreatif.. tentu orang yang membuatnya seorang yang teliti kerana ia nampak kemas..

sobri yaacob delete icon 12:05 PTG

ya allah memng kreatif..
memerlukan kmahiran yg tinggi..pling suka gambar gajah n anak2 so cute

Memang perlukan kawasan yang luas untuk buat hiasan ni. Kreatif sungguh ya. Tapi, kena ada kesungguhan dan kerajinan untuk menjaganya. Kalau tak, memang tak jadi bentuk yang diidamkan tu.

Cantik sgt dan memerlukan kepakaran yg tinggi.

Zawiah delete icon 1:01 PTG

patutlah btk tu nampak sempurna . rupanya ada rangkanya .

mrhanafi delete icon 1:12 PTG

betul-betul cantik hasil karya mereka...memang kreatif yang tak terkalah..

Entri Terkini : Hosting Tempatan Rajawali Masih Terbaik

Unknown delete icon 1:52 PTG

memang terbaik....mereka mempergunakan akal fikiran dengan sewajarnya...
dan inilah hasilnya...

subhanaAllah sangat kreatif .. hebat betul

Khir Khalid delete icon 8:00 PTG

Subhanallah.. wahh.. syok klu ada bajet buat laman mcm tu hehee.. :D :D

Tanpa Nama delete icon 8:36 PTG

hijau..cantik sangat..

cantiknya....sgt kreatif dan inovatif.

Mime MF delete icon 10:17 PTG

uniknya...jd menarik bila bt mcm2 bentuk..kreatif sgt!:)

Blog Santai delete icon 10:30 PTG

so cute...kreatif and innovative!!!

OKje delete icon 11:47 PTG

TOPIARI !....Ada nama rupanya...ingat sesuka hati mrreka...hehe....luas rupanya ilmu hiasan pokok ni...yang paling happy tentulah maskot blog mak pun termasuk! Hehe..cuma kawan dia je tak de huhu

Unknown delete icon 11:54 PTG

Kat m'sia nie rasanya susab nak carik landskap cmnie kan.. elok diadakan .. kan sekrg TMM 2014.. ;)

Unknown delete icon 11:54 PTG

Kat m'sia nie rasanya susab nak carik landskap cmnie kan.. elok diadakan .. kan sekrg TMM 2014.. ;)

Yana Yani delete icon 1:24 PG

wah...cantiknya! suka tengok!
kreatif betul mereka yang buat semua tu
suruh saya memang entah jadi apa ntah =)

ANIM delete icon 5:03 PG

Department landskap daH ada kan kat majlis bandaran. Boleh nampak perbezaan dulu dan sekarang tapi belum jumpa bentuk2 yg BM tunjuk. Sangat menarik

Pha Is delete icon 7:13 PG

sebut pasal pokok hiasan, BM pernah dengar x pasal pokok "Marimo"?

untuk mendapatkan hasil yang cantik dan berseni macam ni... sudah tentu memerlukan minat, kreativiti dan kesabaran serta masa yang lapang... betul tak?

puteri kasih delete icon 11:14 PTG

kreatifnya diorang, semua pun cantik dan comel. Kalau puteri yang buat entah jadi rupa apa entah...hehehe

Mencuci mata dihujung minggu :)

Sekarang2 masih rajin lagi tak? :)

Selamat tahun baru Zana...
Nak cantik tentulah perlukan usaha dan kesabaran.

Hijau itu mendamaikan... :)

Benar...itu fakta yg tidak dapat disangkal :)

Ya, perlu berhati2 dan teliti semasa memotong. Jika tidak...nak bulat mau jadi bersegi...hehe

Kalau Aiza buat mesti cantik kerana anda juga seorang yg teliti :)

Kemahiran disatukan dgn minat, kesabaran dan ketelitian...

Tidak semestinya perlu kawasan yg luas, dalam pasu pun boleh, bergantung kpd bentuk...

BUNDA delete icon 1:10 PG

Assalam..
nama pun seni gubahan pokok, hanya tangan yang kreatif dan mahir dalam bidang seni ini saja yang mampu menghasilkan gubahan terbaik...

Hafizul delete icon 1:12 PG

Emm letak kat laman rumah ni mesti gempak..haha

Gubahan yang sangat cantik... nak cubalah.. hehe

Unknown delete icon 1:28 PTG

Menarik gambar2 tu tq di atas perkongsian

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap