Komen Entri Berbalas Pantun  Assalamualaikum... Salah satu khazanah sastera Melayu yang menjadi kebanggaan bangsa kita adalah Pantun.

Pantun
cukup menarik dan unik kerana ianya menyerlahkan kepakaran dan kebijaksanaan seseorang dalam bermain bahasa serta pengetahuan luas dalam perbendaraan kata.

Sebuah pantun yang baik memerlukan ketepatan pembayang dan maksud sama ada tersurat mahupun tersirat disamping keselarian ritma, perkataan dan ejaan.

Tidak semua oramg memiliki kemahiran untuk mengarang pantun. Salah seorang yang cukup saya kagum dengan kemahiran berpantun adalah Puan Nur'Ain atau lebih dikenali sebagai Ummi Kami. Pemilik blog mamasentimental.blogspot.com ini menggunakan 100% pantun sebagai niche di setiap entri beliau malah membalas komen juga dengan pantun.

Komen Entri Berbalas Pantun
Hancur Badan Dikandung Tanah
Hari ini, Segmen Komen Entri mengajak anda berbalas pantun bersama sebagai komen di entri beliau INI

Nampaknya Ummi Kami kali ini membawa topik yang sedikit berat. Mengambil lagu P.Ramlee sebagai tajuk, beliau mengupasnya dengan penuh mendalam dan semuanya dalam bentuk pantun... 

Saya cuba sebaik mungkin untuk membeli pantun Ummi Kami... diharapkan beliau puas hati dan anda semua terhibur.

Komen Entri Berbalas Pantun

Malam berkabut bukan bersahut,
 Suara suami bergema halus,
Salam disambut ikatan bertaut,
Doa Ummi kuterima tulus.

Komen Entri Berbalas Pantun

Rahmat ayat bersulam teranum,
Hidup beradat budi disanjung,
Tamat riwayat dalam terhukum,
Amal ibadat menjadi pelindung.

Komen Entri Berbalas Pantun

Tapai sepeti tidak menjadi,
Sedu sedan tiada berhenti, 
Budi pekerti sifat peribadi,
Hancur badan tetap diingati.

Komen Entri Berbalas Pantun

Cinta putus dipanggung wayang,
Meratap jemu sehingga buntu,
Doa diutus penyambung sayang,
Semoga bertemu disyurga bersatu.

Bertih melantun sagu berduka,
Letih berpantun berlagu seketika...:)

Hancur Badan Dikandung Tanah - P Ramlee


Komen Entri Berbalas Pantun

Lurus jalan pangkal selisih,
Dalam meriah diselubung sesalan,
Putus amalan tinggallah kasih,
Hanya jariah penyambung bekalan.

Komen Entri Berbalas Pantun

Seri musnah berkali dipanah,
Tetap bertapa tidak berubah,
Dari tanah kembali ketanah.
Tiada siapa mampu mengubah.

Komen Entri Berbalas Pantun

Sampai waktu bercerai nyawa,
Hancur badan di kandung tanah,
Nama baik tinggalan di dunia,
Hanya amalan membawa kejannah.

Ini hanya sebahagian daripada pantun yang dikarang dalam entri INI. Jika anda suka dan berminat dengan pantun dan berbalas pantun, silalah ke blog Jom Kita Berpantun. Anda sentiasa dilayan mesra oleh Ummi Kami. Semoga warisan ini terus kekal abadi dan menjadi cabang sastera kebanggaan Bangsa Melayu... 

Admin...

66 comments - "Komen Entri Berbalas Pantun "

sitirohaida delete icon 10:47 PG

saya suka baca pantun orang..tapi kalau saya nak karang pantun,rasanya tak terkeluar idea...hihihi

Mizz Aiza delete icon 11:09 PG

semoga warisan ini kekal.. aiza tak reti nak berbalas pantun secara spontan..

gua cuma bleh berpantun tahap biasa2 je..

x brapa pndai klau trus nak kuar kan idea....kena pikir...mkn masa juga...bru idea nak muncul...:-)

Unknown delete icon 11:47 PG

hihi....terbaik....

salam blogging....best pantun2 itu.

BinMuhammad delete icon 12:39 PTG

Belum cuba belum tahu...sekali cuba mahu selalu :)

BinMuhammad delete icon 12:40 PTG

Saya pun mengambil masa juga mengarang pantun, kalau spontan...pantun 2 kerat boleh le

BinMuhammad delete icon 12:41 PTG

Samalah kita... :)

BinMuhammad delete icon 12:42 PTG

Saya pun begitu juge...tak pro berpantun. Ambil masa lama nak mengarang pantun ni

BinMuhammad delete icon 12:43 PTG

huhu....terpendek,,,

BinMuhammad delete icon 12:43 PTG

Salam kembali. Tak minat nak beli ke?

Budi bahasa sopan santun
lemah gemalai tarian kita
sekali sekala berbalas pantun
indah, meriah dan ceria


anak perempuan akak yg no2..tiap th jadi wakil sekolah ke acara berbalas pantun....akak sendiri tak reti hehe

Unknown delete icon 12:57 PTG

Knah xpandai karang pantun...

Blog Santai delete icon 1:09 PTG

Hmmm...salam Isnin BM...

Pha Is delete icon 1:38 PTG

pernah jugak singgah blog ummi kami.. beliau memang hebat dalam berpantuh.. entri semua pantun..

sangat hebat orang pandai berpantun :) otaknye kreatif

Liza fail bab2 berpantun ni. Kena kreatif baru bleh berpantun. Bakat semulajadi kena ada,

Sangat suka entri ini. Memang saya kerap kali berkunjung ke blog beliau, dan berbalas pantun dengannya. Seronok berpantun sebenarnya! :)

Unknown delete icon 2:17 PTG

selamat berpantun ... :D

Unknown delete icon 2:42 PTG

bab2 pantun nie memang fail..tapi setakat pantun 2 kerat bole laa...

Tanpa Nama delete icon 3:10 PTG

KA pun suka berpantun2 ni tapi pantun main belasah tu lah pasal anak2 mengikut sama hehehe

BinMuhammad delete icon 3:12 PTG

Salam,

Sesekali berpantun menghibur hati
Kakzakie anggun berbudi pekerti... :)

BinMuhammad delete icon 3:12 PTG

Mesti anak akak kreatif dan bijak orangnya!

BinMuhammad delete icon 3:13 PTG

Saja lah tu...merendah diri...:)

BinMuhammad delete icon 3:14 PTG

Waalaikumsalam Raudzah... tak nak berpantun ke? :D

mselim3 delete icon 3:14 PTG

Assalammualaikum..BM,

tgh karang pantun nak gi blog ummi nie..

mselim3

pl: bukan senang nak kekal warisan bangsa kita nie...

BinMuhammad delete icon 3:15 PTG

Ya! Beliau memang hebat!

BinMuhammad delete icon 3:16 PTG

Itu bagi yg pakar, kalau saya ni berjam2 nak siapkan serangkap pantun...hehe

BinMuhammad delete icon 3:18 PTG

Bukan apa malaslah tu...hehe, bukan xboleh tapi maklumlah macam kita ni ambil masa yg lama nak mengarang serangkap pantun.

BinMuhammad delete icon 3:19 PTG

Saya ada terlihat komen pantun anda... Seronok berpantun, mula2 main belasah jer...lama2 akan dapatlah rentaknya :)

BinMuhammad delete icon 3:20 PTG

Dah selamat...hehe
Kakizan tak mahu berpantun juga ke?

BinMuhammad delete icon 3:22 PTG

Pantun 2 kerat pun pantun juga... Jom belajar dgn Kak Ummi :)

BinMuhammad delete icon 3:23 PTG

Tapi... pantun adik tu memang buat saya tersengih2...sampai sekarang teringat2 lagi :)

BinMuhammad delete icon 3:24 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Ya...Jom Kita Berpantun... Sama2lah kita mengekalkan warisan bangsa :)

Pergi pasar mencari Musang King,
Singgah ke sini hajat berblogwalking.

Ewah! :-p

Farah tak pandai nk berpantun la.. otak tepu btl..hehehe

Unknown delete icon 6:33 PTG

akak tu selalu datang ke blog yumida
siap berpantun2
irama pantun pun menarik
mmg hebat berpantun akak tu
uniknya kan..jarang kita tengok blogger yg pandai berpantun mcm ni

ANIM delete icon 6:42 PTG

Kak anim suka berpantun tapi pantun biasa, janji belakang tu sama rimanya.. Heee. Kalau masuk pertandingan, sure kalah. Mati akal nak balas on the spot

Assalam
Dulu-dulu pernah ikuti rancangan berbalas pantun yang di acarakan oleh pemantun hebat , Chuari Selamat.

fazaira delete icon 8:06 PTG

pergi ke sungai menjala ikan
harapkan dapat ikan haruan
wahai tuan yang baik budiman
ucapan salam hamba hulurkan

nama tuhan jadi sanjungan
menjadi pujian dan juga pujaan
cantik dan menarik blog tuan
apakah nama empunya laman..

BinMuhammad delete icon 8:57 PTG

Dah boleh sangat ni...

Datang sini jangan sekali,
Datang lagi berulang kali... :)

BinMuhammad delete icon 8:58 PTG

Ye ke tak pandai atau saje2 buat tak pandai ni...hehe

BinMuhammad delete icon 9:00 PTG

Blognya sangat unik...kehebatannya berpantun amat terserlah!
Blog yg istimewa...jarang2 ditemui

BinMuhammad delete icon 9:02 PTG

Saya pun kalau on the spot...terkedu le jawabnya! heeehe

BinMuhammad delete icon 9:11 PTG

waalaikumsalam...
Ya, chuari selamat..masih ingat lagi. Sekarang ni dah xde pula pertandingan pantun masuk tv lagi... Rating lagi penting, huhu

BinMuhammad delete icon 9:35 PTG

Ketanjung Tuan bersuka ria,
Didalam kabut jatuh tersungkur,
Datangnya tuan membawa ceria,
Salam disambut penuh syukur.

Tidak terasa gema gendang,
Sorakan semangat hebatnya sokongan,
Blog biasa bertema tenang,
Laman Bin Muhammad tempat berangan... :)

Terima kasih tuan...

Unknown delete icon 9:55 PTG


Cenderawasih di dahan lenjan,
Kepak bertanda badan terpaku;
Terimakasih curahan hujan,
Relaks Minda pujaan hatiku.

Sambar tilan plata yang mati,
Simata kuyu gaya kelisa;
Selembar nukilan penyata hati,
PELITA MELAYU CAHAYA BAHASA.

Alun jeram menjelir busa,
Busa melompat di atas itik;
Pantun bersiram air bahasa,
Bahasa bertempat berhias cantik.

Pohon kayu berdahan goyang,
Dahan ketilang berkayu tua;
Pantun Melayu warisan moyang,
Tidakkan hilang Melayu sedunia.

Terimakasih sejuta selasih buat BM kerana sudi untuk mengenengahkan blog Ummi yang masih setahun jagung, alhamdulillah Ummi sungguh gembira dan bersyukur kerana mempunyai sahabat yang tinggi pekerti jika dipandang tak dapat, berjumpa tak mampu, namun Ummi melebarkan kedua tangan memohon doa agar ukhwah kita terjalin erat dan begitu juga dengan kawan-kawan yang lain...walaupun Ummi kesibukan masa dengan keluarga.....sekali lagi terimakasih BM.... semoga Relaks Minda akan terus success dan menempah kejayaan dalam dunia berblogging....amin..^^

Unknown delete icon 10:04 PTG

Cermai lebat mangkal merimbun,
Pulasan merah di hujungnya nangka;
Ramai sahabat handal berpantun,
Warisan sejarah junjungnya pusaka.

Vee delete icon 12:08 PG

alahai ... boleh perati jer . x reti berpantun !

Khir Khalid delete icon 12:36 PG

Sekuntum mawar merah berduri,
Menawan hati menusuk jiwa,
Indahnya bait kata tiada terperi,
Mengunci jemari tanpa bahasa.

Indah Temasik tanah ibunda,
Bercerai badan akibat sengketa,
Pantun gurindam warisan kita,
Semoga sejahtera sepanjang masa... :)

kakiblog delete icon 6:51 PG

saya terpesan kepada BM ketika selalu berkunjung ke blog ummi pantun..buat makluman semua BM juga terer berpantun..tak caya sila singgah ke blog tersebut

Nina Mads delete icon 9:36 PTG

suka baca pantun2 ni.. paling lawak bila tgk pantun masa majlis nikah fizo. main hentam je.

Tanpa Nama delete icon 10:56 PTG

wah..hebat BM berbalas pantun...

Sama-sama Ummi...Semoga Ummi juga sukses dalam apa jua yg dilakukan.

Cermai lebat mangkal merimbun,
Lama memendam hendak ditonjol,
Ramai sahabat hebat berpantun,
Bakat terpendam segan menonjol...

Ye lah tu...ntah2 lagi hebat, hehe

Anggun madah aduh terpikat,
Semakin dekat ukhwahnya sahabat,
Pantun indah sungguh memikat,
Menyerlah bakat sememangnya hebat!

Tak terer sebenarnya...mengambil masa yg lama nak siapkan serangkap pantun, cuma minat dan suka mencuba.

Kalau AG yg berpantun...memang kekakor, main belasah jer, tapi itulah keseronokan berpantun.

Tak hebatlah Kathy...sekadar cuba2 jer. Sakit kepala nak mengarangnya...

OKje delete icon 11:07 PG

Kalau nak berpantun kena tukar baju kebaya, bersanggul goyang barulah feel tu datang hehe....kalau setakat pakai baju biasa biasa ni idea susah nak datang hehe

RIZZNA delete icon 1:31 PTG

bila pantun berbalas pantun
pantun dilantun penuh santun
adat yang lama lagi ditenun
teknologi baru menjadi rumpun

Memang saya tak boleh masuklah dalam acara ni.

Selalu juga saya menyinggah di blog akak ni, rajin beliau berpantun

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap