Assalamualaikum... Anda berkunjung ke Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera pada hari Sabtu dan Ahad lepas? Kalau anda tidak berpeluang, samalah kita...hehe.

Namun kita semua amat bertuah kerana rakan blogger kita ini memberi gambaran terbaik tentang Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera ini kerana beliau adalah salah seorang yang petugas yang bertugas di Karnival tersebut. 

Seronok membaca entri ini. Kita dapat melihat banyak foto-foto yang memberi gambaran sebenar keadaan serta suasana di Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu lepas ini. 


Tapi yang paling menarik adalah pendapat Zila... empunya blog yang bernama unik ini, memmetlenggeng.blogspot.com tentang peserta karnival terutama mereka yang membuka gerai jualan produk.

Pengalaman memberi kelebihan untuk anda menilai dari sudut yang berbeza dimana ianya patut diambil berat oleh semua usahawan sebagai panduan untuk berjaya. Penilaian yang lebih menjurus kepada usahawan Melayu, pandangan anda sangat saya setujui. 

Sepatutnya kita bersaing secara sihat dan jujur. Utamakan kualiti produk dan bukan sekadar memberi tumpuan kepada tarikan komersial sahaja yang hanya akan memberi pulangan untuk jangkamasa pendek. 

Ini petikan sebahagiannya sahaja...anda perlu terjah SINI untuk lihat sepenuhnya

Namun saya tetap juga berbangga pabila melihat ramai usahawan Melayu yang mula giat menceburi bidang pembuatan dan perniagaan ini. Sanggup mengeluarkan modal dan berani mengambil risiko. Semoga anda semua berjaya dan jadilah usahawan yang jujur dan berpandangan jauh.

Menarik di Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera ini, ada juga diselitkan program bersama artis jemputan. Biasalah...untuk tarikan pengunjung dan memeriahkan suasana. Antara artisnya adalah Nabil, Fouziah Ghouf, Razali, Fizo Omar dan Ayu (OIM). Bertuah Zila dapat berbual dan beramah mesra dengan Fauziah Ghauf, hehe... 

Dengar cerita Fauziah Ghouf pun sekarang bergelar usahawan, usahawan apa...itu anda kena terjah blog memmetlenggeng ini. 

OK...Zila, Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda di entri anda yang penuh dengan informasi ini. Bagi mereka yang teruja, anda boleh lihat entri penuhnya di SINI.



p/s : Entri kedua dalam Kategori Komen Entri. Semoga anda semua faham kewujudan kategori ini yang bertujuan sebagai pengganti komen saya untuk entri anda... Semoga anda mendapat manfaat darinya. 
Admin...

17 comments - "Karnival Agrobelia dan Usahawan Bumiputera"

Selamat berjaya dalam dunia keusahawaan.

Unknown delete icon 3:48 PTG

Benar tu..buatlah prrniagaan yg jujur dgn cara yg menguntungkn..sy byk fikir idea2 yg bernas dlm permiagaan dan cuba jayakan.. bukan meniru dan buat hanya utk utg semata-mata..

aku pun sedang draf plan tuk berniaga tapi masih dlm peringkat perancangan awal dgn bini aku

Montana delete icon 6:28 PTG

memang releks2 betui minda mai sini hijau jaa

Unknown delete icon 6:35 PTG

cik akak tolong komen je..hihi....

klik nuffnang,..

Unknown delete icon 6:38 PTG

singgah petang sabtu..seronok tengok mereka2 yang berjaya dalam perniagaan..muga akan lahir lebih ramai usahawan2 muda yang berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar

Tanpa Nama delete icon 7:27 PTG

wah..hebat jugak ni..

alamat.. tak p pun..ruginya..saya suka.. karnival mcm ni..byak memberi idea baru..dan dpt kenal mcm2 produk dan service terbaru dipasarkan.. adoi ruginya :(

Assalamualaikum...terima kasih yang amat sangat BM, review entry saya yang ni, tak perasan pulak tadi.....Semoga ia mendatangkan kebaikan kepada usahawan bumiputera kita

OKje delete icon 10:20 PTG

Tak pergi pun ....belum samoai seru hehe.....rasanya sok sok kalau nak jadi usahawan sure tak lepas peluang ni

Vee delete icon 11:32 PTG

thn ni x pergi , semoga thn depan ada lagi ...

RIZZNA delete icon 8:17 PTG

haha...gudjob Muhammad...

mmg...bukan kita nk menidakkan kebolehan org melayu, tapi lebih elok bersaing secara sihat kannn...

CiM dtg sini lepas tengok komen pendek Muhammad kat n3 zila. haaaa hamekkk kau terus berjela komennya.

lama gak CiM tak jenguk sino. soryyyyy

mrhanafi delete icon 2:28 PG

saya juga meminati dunia keusahawanan..

p/s: Jom baca entri terkini saya di [SINI]

Tanpa Nama delete icon 11:48 PG

wah menarik, tapi utuk berjaya kita x boleh ada rasa hangat2 tahi ayam ... terbaiklah N3 komen ni. sokong menyokong sesama teman blogger yer BM terbaik !

Aimacomel delete icon 10:31 PG

Ye, setuju sgt dgn pendapat kak Zila tu. dan kepakaran saya adalah...
nak berniaga ni mmg kena kuat, kena rajin, kena usaha, usaha, usaha yg tak kenal putus asa. terima kasih Tuan BM utk entri semangat ni

Wah menarik ni.. mmg kunci dlm dunia keusahawanan ini adalah kejujuran.. biarlah yg pakar sekali pun mengatakan tidak.. sy setuju ttg kejujuran tu.. kejujuran yg menyelamatkan kita drp jatuh & dikala jatuh.. thanks sharing BM.. :)

Seharusnya lebih banyak usahawan Melayu muncul kan. Semoga berjaya. Mungkin BM boleh menceburkan diri dalam bidang ini pula.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap