Kematian Ahmad Ammar Dicemburui
Kematian itu pasti, Dimana? Itu kita tidak pasti.
Assalamualaikum... Kematian pasti tiba. Izrail akan datang menjemput tidak kira dimana, masa dan ketika. Pastinya kita mahukan saat kematian kita dalam keadaan terbaik. Dipermudahkan, dijauhkan dari keaiban dan ditempatkan ditempat yang terbaik. 

Takut akan kematian itu adalah lumrah tapi sewajarnya kita perlu lebih takut akan selepas kematian.

Dimanakah Tempat Kita Disemadikan?

Dimanakah tempat persemadian terakhir kita nanti? Tiada siapa dapat mengetahui namun sudah pastinya kita berdoa agar kita disemadikan di perkuburan dan bertanda agar mudah untuk diziarahi.

Namun harus juga punya cita-cita untuk meninggal dunia di Mekah atau Madinah kerana kelebihan bersemadi disana menjadi idaman setiap umat Islam didunia. 

Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Mekah/Madinah, meninggallah di sana. Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.” (Sabiq, 2000: I: 522-24)

Berdoalah agar kita menjadi insan terpilih dan disemadikan ditempat pilihan dan terbaik. Wajarlah kita mencemburui kematian insan-insan terpilih ini. Inilah yang ingin saya kongsikan dalam Komen Entri kali ini, tentang kematian yang dicemburui.

Kematian Yang Dicemburui

Kenapa harus kematian dicemburui? Sudah pasti ada sebabnya. Jika anda disemadikan disini, di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang mengadap Laut Golden Horn di Turki. Tanah perkuburan yang menempatkan kubur Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari serta lebih 60 para sahabat nabi, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama, sudah pasti kematian anda dicemburui. 

Kematian Ahmad Ammar Dicemburui
Perkuburan Eyub Sultan di Turki
Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda dengan takdir Allah swt telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? 

Takdir Allah swt menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya. 

Begitulah beruntungnya sesiapa yang dapat disemadikan di perkuburan ini kerana dialah insan terpilih menjadi tetamu Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di Perkuburan Eyup.

Beliau bukanlah alim ulama yang terbilang. Beliau juga bukanlah seorang yang berusia yang penuh dengan pengalaman. Namun pada usia 20 tahun, beliau telah dijemput Allah swt untuk menjadi insan terpilih disemadikan di Perkuburan Eyup. Tidakkah anda cemburu? Ya! Pasti sesiapa sahaja akan mencemburui kematian mu wahai Ahmad Ammar Ahmad Azzam!

Kematian Ahmad Ammar Dicemburui

Namun cemburu kami bukanlah cemburu dendam. Cemburu kami kerana kami mahukan pengakhiran sebaik kamu. Kamu telah menyedarkan kami akan erti perjuangan, kehidupan, keredhaan dan erti sebenar tanggungjawab kami sebagai umat Islam. Kematian mu membawa seribu erti, pencetus ummah dan menjadi idola anak remaja zaman ini.

Kisah Ahmad Ammar Dari Seorang Guru

Inilah yang disingkap oleh Cik Matahari dalam beberapa entri beliau yang menceritakan kisah tentang Ahmad Ammar. Ahmad Ammar bukanlah asing bagi Cik Matahari kerana dia adalah seorang guru yang pernah mengajar beliau malah mengenali kedua ibu bapanya.

Teruskan mengikuti entri-entri terbaik Cik Matahari tentang Ahmad Ammar ini di link2 berikut :

Saya akhiri Segmen Komen Entri ini dengan catatan terakhir Ahmad Ammar sebelum pemergiannya mengadap Ilahi buat renungan kita bersama.

Kematian Ahmad Ammar Dicemburui
Catatan terakhir Ahmad Ammar

Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Ahmad Ammar. Semoga beliau aman dan tenang menanti hari pembalasan kerana beliau sudah pasti akan tempatnya...


p/s: Entri Pertama dari segmen Komen Entri, pilihan entri terbaik anda...
Author by Bin Muhammad

27 comments - "Kematian Ahmad Ammar Dicemburui"

Unknown delete icon 11:18 PG

wah memang terbaik entri nie uncle...suka..:)

Dunia Zumal delete icon 11:18 PG

Al Fatihah...

Unknown delete icon 11:21 PG

Al-Fatihah.
memang patut cemburu akan pemergian beliau.

siapa tak mau dikubur disisi orang2 baik

Al-fatihah

Dek kerana perjuangan Ahmad Ammar inilah kakak akhirnya dpt juga membeli buku tentang allahyarham. Membaca buku yg dikatakan satu kematian yg hidup ini memang menyentuh naluri dan membuka mata hati kita. Dari baby sehingga remaja beliau sudah nampak ketokohannya sebagai pencetus ummah.. Tidak kurang dua ibu-bapa & keluarganya.

Moga jadi mentor buat anak-anak kita. (eh... BM belum ada anak lagi .. akan datanglah ye).

Al Fatihah buat beliau, perjuangan yang menjadi contoh buat kita semua, Pemergian yang sememangnya dicemburui.... Seorang yang penuh semangat dan jiwanya kental, dan halus.. tenanglah anakanda di sana..

Sheila Salim delete icon 12:39 PTG

Assalamualaikum BM, Subhanallah... indahnya.. daku cemburu juga.. Al-fatihah buat allahyarham Ahmad Ammar.

Azlia Bashir delete icon 12:57 PTG

Al-Fatihah..

Unknown delete icon 1:10 PTG

Al-Fatihah..

Masshah delete icon 3:56 PTG

Salam Bin Muhammad;

Entri dan perkongsian menarik ni;)...

Pertamakali dengan ucapan salam ukhwah, semoga berputik kasih sayang di antara sesama insan, Sungguh, kematiannya sangat dicemburui dikalangan orang-orang yang mempunyai cita-cita sepertinya. Mujahid muda yang sungguh kuat berpegang teguh dengan agamanya. Usia mudanya digunakan denga sebaiknya untuk memperjuangkan agama Allah SWT.

Mesti dicontohi oleh semua pemuda dan pemudi Islam, hanya dengan hidup menurut Islamlah yang dapat menyelamatkan hamba-hamba-Nya di sana nanti. Mati yang baik, syahid di sisi Allah SWT, idaman setiap orang-orang yang beriman.

Semoga kita, dapat mengambil iktibar dan ibrah yang terdapat dalam kehidupan pemuda syahid ini. Biarpun AMMAR sudah tiada di dunia ini, namun semangat dan cita-citanya terus hidup.

Sekadar pandangan;).

Khir Khalid delete icon 4:21 PTG

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Af Fatihah.. aamiin.
Kita... semoga Allah swt senantiasa mengasihani... aamiin.

Fiza Rahman delete icon 5:31 PTG

Al-fatihah.

al fatihah, acik pernah baca buku tentangnya.. semoga Allah sentiasa merahmatinya ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman

OKje delete icon 6:09 PTG

Baru beli buku pasal Arwah ni .....itu pun anak yg nak hehe...mak dia baca blog orang jerlah ...boleh gitu? Hehe

OKje delete icon 6:10 PTG

Lupa pulak .....Al Fatihah untuk arwah...

Nahdah Jiwa Anak Muda...slps menonton videonya..hayati pula melalui pembacaan...
al fatihah..

Zawiah delete icon 10:57 PTG

al - fatihah . redha ibu bapa dengan perjuangannya maka menyusul redha Allah bersamanya ... insha Allah , beliau tenang di sana .

Yana Yani delete icon 1:15 PG

ye saya amat cemburu dengan arwah
cemburu dengan ibubapa beliau kerana mempunyai anak yang begitu
beruntungnya mereka,
apapun jauh lagi perjalanan untuk menjadi seperti arwah

Al Hamdulillah, terima kasih BM:) sebenarnya tatkala saya berkongsi entri ini, saya sekadar ingin pembaca di blog saya kembali muhasabah bersama saya akan kematian beliau pada usia muda tetapimendapat begitu banyak keistimewaan.Sahabat handai Allahyarham juga banyak berkongsi ucapan dan kisah tentang beliau sepanjang bersamanya.Allah jua yang buka hati HambaNya dan DIA juga yang selayaknya mengurniakan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Cukuplah kalau melalui penulisan dan perkongsian BM ini, ia menjadi sumber hidayah kepada orang lain.Semoga dengan menyebarkan kisah yang penuh ibrah ini,memberi kebaikan yang banyak kepada kita semua.amin,terima kasih sekali lagi ya BM:)

Tanpa Nama delete icon 11:54 PG

Al fatihah.. bahagian dier kan BM apapun sesuatu yang kita perlu belajar & ambik iktibar

Blog Santai delete icon 1:15 PTG

Alfatihah untuk arwah..Sememangnya harus dicemburui BM, dan kita semua sepatutnya mengikuti jejak yang sama...

ANIM delete icon 2:23 PTG

kak anim ada 2 anak lelaki yang belum baligh. memang impian kami suami isteri nak mereka dapat buat sesuatu untuk agama...sungguh, kisah ammar menjadi inspirasi..

Al fatihah.. adik Ammar memang seorang pejuang agama. Setiap kali membaca kisahnya, pasti terasa kerdilnya diri ini. Terlalu byk dosa utk diperbetulkan. Kpd Allah ku mohon. Dia Yang Maha Pengampun

Sememanya entri ini mendapat trafik yang tinggi di blog CM katanya.

Moga perkongsian ini menyedarkan kita untuk mencari bekalan ke akhirat jua.

Tanpa Nama delete icon 2:08 PTG

bertuahnya adk Ammar ini....insan terpilih dari kalangan berjuta umat manusia..al fatihah buat arwah adik Ammar..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap