Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Semoga semua sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan sihat dan bahagia bersama insan-insan tersayang. Syukur...Alhamdulilah, dapat lagi kita bertamu dihari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari. Jangan lepaskan peluang ini, marilah bersama-sama kita rebut ganjaran berganda yang hadir seminggu sekali ini.


Tiada Ketenangan Andai Tiada Kemaafan
Tidak mahu saya minum keseorangan,
Jemput minum bersama... 
Para sahabat dan tetamu relakssminda.blogspot.com amat-amat saya kasihi, hormati dan hargai. Tanpa kehadiran anda tidak bermakna blog ini.

Meneka Tingkah Laku Dan Emosi

Walaupun di dunia blogging ini kita tidak bertemu muka dan jasad, namun dari penulisan, komen dan reaksi, sedikit sebanyak kita dapat meneka personaliti dan keadaan diri.

Jika sebelum ini penulisan ceria dan penuh teliti...tiba-tiba berubah menjadi serius dan banyak kesilapan ayat dan ejaan, kita dapat rasakan penulis dalam keadaan tertekan dan beremosi

Begitu juga, jika sebelum ini rajin menerbitkan entri, tiba-tiba nak lihat seminggu sekali entri pun sukar sekali... pasti kita jangkakan si penulis dalam keadaan sibuk atau ada masalah melanda

Bagaimana pula jika sebelum ini namanya sering bertamu di bahagian komen, tetapi kini... nak lihat satu komen pun sudah tidak kelihatan lagi... Mungkin kita sangkakan sahabat ini sibuk atau ada masalah peribadi.

Namun yang lebih menggusarkan hati apabila berlaku perubahan reaksi sebegini... Adakah ia berpunca dari kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri...?

Mohon Keampunan

Oleh kerana dunia blogging ini di alam maya yang tidak bersua muka dan jasad, maka kegusaran saya sungguh besar sekali. Bukan sahaja dari mereka yang reaksi boleh terlihat dan ditelah tetapi bagaimana pula tetamu (silent readers)...yang tidak pernah kuketahui siapa walaupun namanya...

Adakah anda ada rasa tersinggung, sakit dan terguris hati dengan penulisan di blog ini, melalui balasan komen mahupun komen-komen saya di blog anda? Mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, jika menghiris... lukanya tidak kelihatan tetapi sakitnya cukup mendalam! Kesannya mampu menerbitkan perbalahan dan dendam.

Tiada Ketenangan Andai Tiada Kemaafan

Oleh itu, saya dengan rendah diri mengakui segala kesilapan dan kelemahan diri dan... 
"Memohon ampun dan maaf andai ada melakukan sebarang kesilapan, kekhilafan dan melampaui batas sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sehingga mengguris hati dan perasaan anda. Mohon juga saya ditegur agar tidak terus-terusan melakukan kesilapan." 
"Tiada ketenangan dihati andai tiada kemaafan dari anda semua... Maafkan aku..."
"Semoga anda semua sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT... Dikurniakan kehidupan yang aman, tenang dan bahagia didunia dan akhirat, amiin... "

p/s: tidak perlu komen, hanya kemaafan tulus dari hati yang kupohonkan... Anda semua tiada sedikit pun melakukan kesalahan...

Ditulis oleh :
________________________________________________________________________________
 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap