Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3




Kemas kini! Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor Peringkat Ke 3Terkini! Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan notis untuk melakukan catuan bekalan air di beberapa kawasan di Negeri Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya.

Ini merupakan tambahan kawasan terlibat dari Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat ke Pertama (1) dan Kedua (2) sebelum ini. Syabas akan melaksanakan
 Pengagihan Air Berjadual Peringkat Ketiga (3) ini mulai hari Isnin,  10 Mac 2014 Sehingga 31 Mac 2014. (Telah dilanjutkan sehingga 30 April 2014)

Status Terkini! 30 April 2014SPAN mengesahkan akan menarik balik (TAMAT) semua  Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat untuk Negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya.  Mulai 1 Mei 2014.
Sila Rujuk Status Terkini Dari SPAN di SINI
Sila Rujuk Status Terkini Dari Kerajaan Negeri Selangor di SINI


Sila lakukan persiapan yang sewajarnya. Berikut adalah Notis dan Pelan Jadual Catuan Bekalan Air Peringkat ke 3 yang dikeluarkan oleh Syabas. Kawasan & Zon Terlibat juga boleh dilihat dibawah :

NOTIS CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KETIGA DI NEGERI SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (KL) DAN PUTRAJAYA

Adalah dimaklumkan berikutan dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mempertingkatkan pengurangan pelepasan air mentah dari 200 Juta Liter Sehari (LJH) kepada 500 JLH dari Empangan Sungai Selangor dan 30 JLH dari Empangan Klang Gates, telah dijangkakan akan berlaku pengurangan lagi bekalan air terawat dan Kerajaan Negeri Selangor telah mencadangkan pelan catuan bekalan air dilaksanakan. Pihak SYABAS telah diminta menyediakan pelan catuan tersebut. 

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 6 Mac 2014 telah meluluskan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua dipertingkatkan ke Peringkat Ketiga dan ianya akan merangkumi beberapa kawasan tambahan di daerah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor disebabkan pengurangan bekalan air terawat ini. Pihak SPAN akan menyelaras dalam pengurusan dan perlaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air ini dengan sumber-sumber daripada Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Adalah dengan ini dimaklumkan juga bahawa Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga ini menggantikan keseluruhan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua yang dikeluarkan pada 28 Februari 2014. Manakala Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama yang melibatkan tiga (3) wilayah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang ekoran dari penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi disebabkan pencemaran ammonia yang tinggi di dalam Sungai Langat akan diteruskan.

Berikut adalah Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga untuk makluman dan panduan semua pengguna yang terlibat:-

1. TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR 

  • Bermula pada 10 Mac 2014 (Isnin) hingga 31 Mac. 2014 (Isnin)
  • Tempoh ini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN. 

2. KAWASAN TERLIBAT 

  • Kawasan yang terlibat dibahagikan kepada 2 zon seperti di dalam JADUAL 1, 2, 3, 4, 5 dan 6. (Sila lihat senarai penuh kawasan dan zon terlibat dibawah)

3. JADUAL CATUAN BEKALAN AIR 

  • Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air. 
  • Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu. 
  • Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari zon tersebut dijadualkan tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu. 
  • Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan

Jadual Agihan Air Mengikut Tarikh Dan Zon

Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3

************************************************************
*Terbaru! 29 Mac 2014. SYABAS telah mengumumkan Pelan Catuan Air Peringkat Pertama dan Ketiga Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya telah dilanjutkan sehingga 30 April 2014! 
Dapatkan Maklumat Lengkap di SINI 

*Terbaru! 1 April 2014. SYABAS telah mengumumkan Pelan Catuan Air Peringkat ke 4 bermula 4 April sehingga 30 April 2014. Terdapat pertambahan kawasan terlibat.
Sila Rujuk Jadual Lengkap di SINI

Status Terkini! 30 April 2014SPAN mengesahkan akan menarik balik (DI TAMATKAN) semua  Pelan Catuan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat untuk Negeri Selangor, Kuala lumpur dan Putrajaya.  Mulai 1 Mei 2014.
Sila Rujuk Status Terkini di SINI


Berikut adalah Kawasan & Zon yang terlibat : 
(klik imej untuk lihat lebih jelas)

1. Gombak
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3

2. Kuala Selangor
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3

3. Kuala Lumpur
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3

4. Hulu Selangor
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3

5. Petaling
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3

6. Klang, Shah Alam, Kuala Langat & USJ
Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3


Anda juga boleh semak (print) zon dan kawasan anda melalui Link berikut : 
syabas.com.my (pdf file) 

jika bermasalah loading, sila ke link :
kemudian klik : Jadual Catuan Peringkat ke 3

4. POLISI CATUAN BEKALAN AIR

  • Tiada bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik bagi zon yang dijadualkan tiada air KECUALI bagi pengguna-pengguna kritikal atau situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian, kenduri, pusat dialysis, hospital (kerajaan/swasta) dan rumah kebajikan
  • Bagi zon dijadualkan ada bekalan air tetapi mengalami gangguan bekalan air disebabkan berada dikawasan tinggi atau dihujung sistem agihan, bantuan air menggunakan lori-lori tangki dan tangki air statik akan disediakan. Keutamaan tangki-tangki statik akan diletakkan ditempat-tempat yang sesuai mengikut keutamaan
  • Kawasan dan pengguna yang tidak dikenakan catuan bekalan air:-  
        o Pusat pentdabiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan pusat pentadbiran 

           Kerajaan Negeri Selangor & Pusat Bandaraya Kuala Lumpur 

        o Lapangan terbang antarabangsa KLIA dan Subang 

        o Pelabuhan Kelang (PKFZ) 

        o Zon Perdangan Bebas (FTZ) 

        o Hospital Kerajaan dan Swasta 

        o Pusat Dailisis


5. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA

  • Para pengguna disarankan untuk berjimat-cermat dalam menggunakan air, menghadkan kegunaan untuk keperluan utama sahaja, mengelakkan pembaziran dan penggunaan kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mengisi kolam renang dan menyiram tanaman hiasan 
  • Pengguna ditegah dari melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana ianya akan menyebabkan pembaziran dan lebih banyak kehilangan/kekurangan bekalan air dan menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi. 
  • Para pengguna diminta memahami situasi dan bersabar apabila panggilan tidak dapat menembusi talian PUSPEL kerana jumlah panggilan yang diterima dijangka amat tinggi pada sesuatu masa dan melampaui kapasiti PUSPEL. 

6. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan sila hubungi Puspel 

Semoga maklumat ini dapat membantu mereka yang terlibat melakukan persiapan yang sewajarnya agar tidak berlaku sebarang masalah apabila dilaksanakan kelak. Informasi ini dikeluarkan oleh pihak SYABAS melalui http://www.syabas.com.my/ Sebarang ralat haruslah dirujuk terus kepada pihak SYABAS.

*******************************************************

Terima kasih...dan bersamalah kita berdoa,
“Kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, kami memohon keampunan dariMu Allah, Ya Allah sesungguhnya kami memohon keampunanMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka hantarkanlah kepada kami hujan lebat yang mencurah-curah.”
Sheikh Saud ibn Ibrahim ibn Muhammad al-Shuraim hafidzahullah. Khutbah Istisqa' 18 Februari 2013, Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.

rujukan maklumat : http://www.syabas.com.my/
Author by Bin Muhammad

40 Komentar untuk "Notis Dan Jadual Catuan Bekalan Air di Selangor & KL Peringkat Ke 3"

sekarang kena berjimat cermat menggunakan air..

Inilah info yg saya cari...thanks BM :) alamak, rumah saya termasuk kali ni..huk huk :(

tak leh nak buka lak ... adoi . dok sebelah putrajaya nih ...

Semoga catuan air tidak berlarutan.

tumpang simpati pada mereka yg terlibat...dapat dirasakan segalanya dibuat dalam keadaan tak memuaskan-mandi,membasuh,memasak...

Ya Allah banyaknya yg terlibat. Kesian pada pengusaha restoran. Kalau klinik dan hospital macam manalah agaknya. Jgn pihak hotel naikkan rating pula sebab bila dah terdesak ramai yg nak tinggal di hotel.

kat tempat aku dah sebulan kena catu....sijangkang...aptb...sabar tanpa had.in shaa allah redha dgn ujian mu ya ALLAH.

semoga hujan turun dengan lebatnya dan bekalan air kembali mencukupi untuk semua..

semoga dipermudahkan segalanya ya..Alhamdulillah..Putrajaya masih ada air

Sekarang ni macam kemarau balik...

Ooh..berperingkat-peringkat catuan air..jadi seluruh selangor akan dicatu air..

Kenalah lakukan persiapan apa yg patut ye..

Lokasi kritikal spt klinik, hospital, masjid dll...disediakan tangki tambahan dan diberi bantuan bekalan. Belum pula lagi aduan pasal hotel naik harga ni...harap2 takde la..

Kesiannya...yang kena catuan berjadual pun terasa payahnya, inikan pula dah sebulan xde air... Sabarlah, hanya mampu berdoa agar segalanya akan segera pulih.

Kalau keadaan berterusan tanpa hujan, tidak mustahil seluruh selangor akan dicatu. Berdoalah agar musibah ini segera berakhir.

semoga dipermudahkan urusan bg mereka yang mengahdapinya..

Alhamdulillah, Desa AlamRia masih ada air. Katanya, kami guna tangki air dari Kg.Kuantan.

Assalammualaikum... BM,

wahh.. kes tak ada air nie... ziarah sini,

mselim3

pls: mselim3 suka komen BM tadi pasal minum berdiri tu,,,yes benar. untuk minum air zam2..dibolehkan , dan mengadap kiblat. Bila lah mselim3 dapat ke SANA.. lagi best kalu dapat gi dengan kekawan blog..

Syukurlah...sesiapa yg guna tangki dr Kg Kuantan memang terselamat dari catuan.

tengok dalam senarai ni, nama kawasan saya tak ada
tapi tadi mak saya kata ada!

Tawakkal a'la Allah aje le.....zirafah kat kampung ni....kalau tak menetes hari Isnin....basuh mata aje le gamaknya....hehe

Ya Allah... ampunkanlah dosa2 kami....

Rasanya, tong penyimpanan air pun perlu ditambah ni.. takut juga berlarutan & jadi lebih memburukkan.. mudah2an tak lah berlaku mcm tu...

kena takung air awal-awal lah, harap semuanya berjalan lancar ikut jadual.

hingga hari ini tempat bunda masih ada lagi air...tak tau lah besok...
tapi air memang dah seminggu spare dah...

Sakit oooo bila xde air ni. Nasib la Perak okey

Kalau kena kat saya nasiblah..mmg agak rumit..cuti buat kek

Asm. Ada kesilapan sedikit. Ref Gombak Bil.30 Kemensah Heights. Kawasan perumahan ini mempunyai 60 pintu dan bukannya 30 pintu sebagaimana dinyatakan. Pse get ur facts right :(

Catuan air @ water rationing sana-sini ! Kalau tidak dibayar bil, bekalan air disekat. Tapi kalau air tak cukup bagaimanapula? Apa kata bulan ni bil air kita ramai2 lambat jelaska sebab air tk cukup !

Informasi ini dikeluarkan oleh pihak Syabas Sdn Bhd melalui http://www.syabas.com.my/ Sebarang ralat haruslah dirujuk terus kepada pihak Syabas. Terima kasih diatas keprihatinan anda...

Semalam masa mengukur jalan, kalau tak silap hujan kat area Tesco Jalan Yaakob Latif tu....... tp balik petang tu kat Cheras langsung tak hujan.... Walaupun hujan lebat sekalipun kalau Allah tak mengizinkan masuk empangan.......redho ajelah....

Lama tu. Bertabahlah buat mereka yang terlibat.

jgnlah politikkan air selangor rkyat jd mangsa!

RM20 ke bwh kerajaan byr so bila ttp air krg la byrn..ni la kerajaan btl2 menyusahkan rakyat.fikir la mcmne yg ada ank kecik yg mengasuh mesti nk gn air kan...pantang ada kwsn luas tembang pokok pastu minta doa hujan turun pokok da xda mn nk ujan..bodohhhhhhh

Susah la tak ada air... Semua benda jadi tak kena...

Agak2 bile la nk habis ni catuan air serabut la kepala

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... *Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye

Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
Copyright © 2014 Relaks Minda - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info