Banjir Di kuantan

Semalam...mengikut pada perkembangan dari Blog Cerita Shark, keadaan banjir di Kuantan bertambah buruk. Dan jelas, hari ini pula ianya semakin terus buruk. Ada sumber menyatakan kemungkinan besar Kuantan akan di ishtihar darurat. Hampir keseluruhan Kuantan kini tenggelam. 

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang
Kebanyakan kawasan, bekalan elektrik dan air telah terputus. Sesetengah kawasan, air naik melebihi 2 meter! Air laut yang pasang pada malam tadi juga telah memburukkan keadaan. Lebih dari 12,000 orang telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Bantuan Di Perlukan

Di parlimen pula, wakil rakyat sibuk berbahas... Usul untuk mengishtiharkan Bandar Kuantan darurat dibentangkan memandangkan keadaan di Kuantan amat meruncing dan perlu bantuan dan perhatian segera. Masih ada juga kedengaran rintihan mangsa mengenai bantuan kemanusiaan yang tidak sampai.

Sungguh amat simpati dengan nasib mangsa-mangsa akibat dari musibah banjir yang menimpa. Bukan sekadar kemusnahan harta benda tetapi emosi serta tekanan yang dihadapi lebih terseksa. Jika bantuan tidak sampai, semakin parahlah tekanan yang mereka hadapi. Semoga mereka diberikan kesabaran yang tinggi dalam menempuh dugaan yang melanda ini.

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

Musibah Untuk Iktibar

Setiap kali musibah menimpa. Masing-masing menuding jari...itulah lumrah manusia. Kemudiannya pelbagai rancangan, pelan tindakan dan cadangan diusulkan. Peruntukan pula dihulurkan, tetapi bila keadaan sudah kembali pulih seperti sedia kala, segalanya bagaikan hanya mimpi...  terus dilupakan.

Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk
Keadaan banjir di Kuantan, Pahang
Hujan lebat yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur seperti di Kuantan, Pahang ini sudah dijangka dan pasti akan berlaku disetiap hujung tahun. Cuma situasinya sama ada teruk atau pun tidak.

Persediaan awal sewajarnya sudah lengkap untuk menghadapi musibah ini agar segala perkhidmatan dan bantuan akan berjalan dengan lancar. Projek-projek yang sepatutnya dapat mengurangkan kesan bencana patut di dahulukan, bukannya pembangunan yang hanya memusnahkan alam semulajadi. Memanglah hukum Allah itu kita tidak mampu menghalangnya namun kita mampu mengurangkan kesan akibat darinya andai kita berusaha dan merancang dengan baik.

Semoga musibah yang melanda ini wajar dijadikan iktibar. Banjir yang menenggelamkan Bandar Kuantan ini sepatutnya menjadi pengajaran terakhir agar tiada lagi masalah sepertinya berlaku. 

Bersamalah kita doakan agar keadaan segera pulih. Doakan juga keselamatan dan berikan kekuatan dan kesabaran kepada semua mangsa-mangsa banjir di mana jua terutama di Pantai Timur. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan kepada mereka semua.

Dapatkan berita-berita dan gambar-gambar terkini mengenai perkembangan banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor di sini : 


Admin...

17 comments - "Terkini - Banjir di Kuantan, Pahang Semakin Buruk! "

Unknown delete icon 9:05 PTG

semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir tersebut....hmmm...Bila air berbicara..inilah jadinya..

Nina Mads delete icon 9:27 PTG

kesian bila mengenangkan nasib mangsa2 banjir.. harap2 mereka bersabar.

Tanpa Nama delete icon 10:05 PTG

sedihnyer..mesti kereta tu rosak teruk..

Blog Santai delete icon 10:25 PTG

Doakan keselamatan mereka...bandar kita tu..

Khir Khalid delete icon 12:18 PG

Semoga tidak bertambah buruk musibah ini.. mudah2an cepatlah pulih... aamiin..

Unknown delete icon 5:10 PG

4 Dis 2013. usul istihar Kuantan Darurat akibat banjir di tolak Dewan rakyat kerana tak isi borang dan tida sokongan dari Ahli Parlimen BN. Menyedihkan apabila dalam keadaan begini semua ahli parlimen BN perlekehkan kesusahan rakyat. Saya sendiri berada di Dewan Rakyat pagi semalam. :(

mummy_icha delete icon 9:10 PG

Subhanallah... La haula wala quwwata illa billahil aliyyil 'azim. Semoga diberi kekuatan menempuhinya. Setakat kereta rosak teruk tu mgkin boleh repair/overhauled, etc. Tapi rumah yang tenggelam terus tu mcm mana ya. Kesiannya...

Tanpa Nama delete icon 12:26 PTG

Bersabarlah........:-)

Mizz Aiza delete icon 6:40 PTG

doakan semoga semuanya selamat..

Pha Is delete icon 10:25 PTG

smog abanji kali ni cepat surut..

Semoga bantuan2 untuk mereka yang terlibat cepat sampai. Kawan saya pon ada juga di Kuantan, dia bagitau tak semua tempat di Kuantan bantuan lambat sampai, tapi untuk tempat2 tersebut tu yang bantuan lambat sampai memang kesian nasib mereka. Kawan saya pon masih dalam pantang, air dah naik rumah dia, masa tu, ada sedara dia dah datang bawa bot, tapi bukan bot yg ada enjin tu, bot yg kayuh manual tu. kesian dengar cerita kawan saya ni. Sekarang kawan saya ni stay kat rumah hostel jurirawat

OKje delete icon 8:53 PTG

Banjir besar mcm ni pernah melanda Yong Peng rumah kakak sulung okje tau BM . ....mmg habis le perabut apa semua...tulah kena ambik iktibar jugakkan!

Unknown delete icon 9:59 PTG

bersabar adalah separuh iman....itu hanya sekita saja....k

wanariahamiza delete icon 10:43 PTG

Tengok gambar-gambar banjir ni, terasa sangat sayu. Sedih,

Moga mereka ni selamat dan tidak ada perkara buruk berlaku.

Unknown delete icon 1:13 PTG

Mmg teruk..kesian kt mereka..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap