Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur
Ruang dapur merupakan ruang yang penting. Ia bukan sahaja ruang untuk memasak dan di kunjungi oleh si tukang masak tapi oleh seluruh ahli rumah. Ruang dapur yang bersih, kemas dan tersusun adalah menjadi idaman setiap orang.

Bagaimana hendak mendapatkan kreativiti ruang dapur yang mempunyai dekorasi terbaik?

Kali ini kita belajar sedikit tentang tips untuk menggubah dekorasi ruang dapur anda untuk menjadi lebih kemas, bersih, tersusun serta selamat dan sesuai untuk dapur basah mahupun dapur kering anda. Sesuai bagi mereka yang mahu berpindah ke rumah baru atau mahu mengubah suai serta mendekorasi ruang dapur anda.

1. Keluasan ruang dapur.

Bagi yang mempunyai ruang dapur yang besar dan luas, pasti anda tidak mempunyai banyak masalah untuk membuat susun atur. Kreativiti dekorasi idaman anda pastilah tidak terbatas. Segala benda dengan mudah boleh masukkankan.

Namun bagi yang mempunyai ruang dapur yang terhad dan sempit, ianya memerlukan sedikit kebijaksanaan dan daya kreativiti dalam membuat susun atur.

Oleh itu, perkara asas yang perlu anda tahu adalah keluasan dapur. Ianya penting untuk anda sebelum membuat sebarang susun atur kabinet dapur dan peralatan. Cara terbaik adalah mulakan dengan membuat lakaran dan cuba aturkan dengan pelbagai cara sehinggalah anda mendapat susunan yang terbaik. Semasa membuat susunan, pastikan kedudukan pintu, tingkap dan laluan bergerak agar anda tidak tersilap dalam mengatur susunan.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

2. Peralatan di dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurSudah tentu yang wajib ada di ruang dapur adalah dapur untuk memasak. Singki untuk mencuci dan sebuah peti sejuk. Tambahan pula adalah kabinet dapur dan set kerusi meja. Ini adalah asas bagi sebuah dapur.

Anda perlu sedikit sentuhan kreativiti dalam memastikan kedudukan peralatan ini berada di lokasi yang berdekatan tetapi mempunyai ruang yang selamat untuk memudahkan anda bergerak.

Pemilihan peralatan pula mestilah mengikut keperluan dan keluasan dapur anda agar dekorasi ruang dapur idaman anda tidak berlebihan dan menjadikan ruang dapur sempit dan terasa sesak.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

3. Pencahayaan dan pengudaraan.

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurCahaya cukup penting bagi ruang dapur. Ingat...gula dan garam hampir sama tapi berbeza rasa, tanpa cahaya manakan mampu dengan mata kasar anda membezakannya.

Pastikan juga lampu berada di kedudukan dan posisi yang betul dan tepat agar anda tidak membayangai tempat kerja anda serta cukup terang untuk anda melihat sesuatu benda dengan mudah.

Kreativiti anda dalam memilih lampu dan susun aturnya juga dapat menyerlahkan ruang dapur anda menjadi tampak luas dan kemas.

Sistem pengudaraan pula amat penting agar angin, haba dan bau dapat bergerak. Jika anda ada penyedut minyak mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika tidak, pastikan dapur anda mempunyai tingkap atau ruang udara untuk sistem pengudaraan bergerak lancar. Ingat! Jangan sampai anda lemas di ruang dapur anda sendiri.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

4. Pemilihan material dan warna

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurSebuah dapur adalah lokasi dimana tempat yang amat mudah kotor dan basah. Oleh itu material untuk permukaan lantai dan dinding mestilah mudah dicuci. Terutama di dinding dapur dan singki.

Tile adalah pilihan terbaik tetapi untuk lantai pastikan ianya jenis yang tidak terlalu licin. Begitu juga dengan peralatan seperti kabinet dapur...pastikan juga ianya adalah material yang tahan pada panas, tahan basah, lasak dan mudah dicuci.

Pemilihan warna pula sebaik-baiknya warna yang mampu menyembunyikan kotoran. Namun ianya bukanlah satu kemestian.

Sekarang ini warna-warna terang dan garang juga menjadi pilihan yang mampu menyerlahkan suasana ruang dapur anda. Sebagai panduan anda, pilihlah warna-warna cerah dan terang kerana dapat membuatkan ruang dapur anda tampak luas secara ilusi berbanding warna-warna gelap.


Anda sebenarnya boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma dari kedai cat. Namun begitu, tiada warna khusus sebenarnya dalam kreativiti dekorasi ruang dapur idaman anda...Jangan takut bermain dengan warna, ikutlah pada selera anda tetapi jangan sampai jadi carca marba pula.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

5. Perhiasan di dapur

Dapur merupakan tempat yang sentiasa di kunjungi. Anda juga pasti akan selalu berada di dapur. Jangan biarkan dapur anda kelihatan suram dan tidak menarik. Hiasilah dapur anda. Gunakan kreativiti untuk mencantikkan dekorasi ruang dapur idaman anda.

Anda boleh alaskan meja anda dan hiaskan ia dengan pasu bersama bunga yang segar. Gantunglah sesuatu di dinding dapur anda dengan perhiasan seperti gambar, jam dan apa sahaja yang menarik untuk menceriakan suasana ruang dapur anda. Berikan juga langsir yang bersesuaian untuk tingkap, tidaklah ianya kelihatan bogel sahaja.

Ceriakan dapur dengan idea dan kreativiti anda tapi jangan terlalu berlebihan kerana ianya akan menyesakkan pula. Jangan sampai perhiasan itu menyusahkan anda. Ingat...minima itu adakalanya lebih menarik dan selesa.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

6. Keselamatan di dapur

Kreativiti Dekorasi Ruang DapurDi dapur adalah tempat dimana kemalangan amat mudah berlaku. Kecuaian akan mendatangkan padah. Oleh itu dekorasi ruang dapur anda mestilah menitik beratkan faktor keselamatan agar dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Antaranya adalah seperti tempat letak peralatan tajam seperti pisau mestilah di kedudukan yang selamat dari mudah di capai si kecil anda. Tong gas pula sebaiknya tidak terdedah. Pendawaian elektrik tersorok dan jauh dari tempat memasak dan singki.

Kedudukan peralatan memainkan peranan kerana kurang bergerak untuk mencapainya akan mengurangkan risiko kemalangan. Kebersihan memainkan faktor penting...lantai dan permukaan kerja anda mestilah bersih agar tidak terjadi kejadian yang tidak diingini. Utamakan keselamatan dalam melakukan kreativiti dekorasi agar risiko kemalangan dapat dielakkan ketika anda berada di ruang dapur.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Dekorasi Untuk Keselesaan dan Menawan

Untuk melakukan dekorasi bagi sesebuah ruang dapur yang baik adalah bila anda dapat melakukan kerja dengan senang dan selamat serta mudah diselenggarakan. Bila anda berasa selesa itu bermakna anda berjaya. Untuk nampak kemas dan cantik pula...jangan terlalu banyak meletak barangan terdedah di luar/atas meja dan kabinet dapur. Sebaiknya tersorok dan tertutup tetapi mudah di akses.

Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur

Cantik itu subjektif...yang penting adalah pandangan mata anda kerana anda yang sentiasa akan melihatnya setiap hari...oleh itu buatlah kreativiti dekorasi ruang dapur mengikut pilihan, kehendak dan selera anda.

Semoga apa yang saya berikan dapat membuka minda dan memberi idea untuk anda melakukan kreativiti dekorasi terbaik untuk ruang dapur idaman anda. Tapi ingatlah...yang paling perlu diutamakan adalah keselesaan dan keselamatan.

Ditulis oleh :

53 comments - "Kreativiti Dekorasi Ruang Dapur Idaman"

cantik dapurnya..lagi cantik kalau bini nak masak sedak2 hari2..hu3

noor azlan delete icon 10:35 PG

Wah.. layout baru, smart eh.... nice.....

mselim3 delete icon 10:52 PG

Assalammualakum... BM,

wahh.. dapur nie bersih,bagus pencahayaan dan pengudaraannya baru seronok nak masak kan..

mselim3

pls: rumah ku , syurgaku...

Aduhaiii.... cantik-cantiknya cabinet dapur yg BM tayangkan. Ngences kakak dibuatnya. Bab pencahayaan bila BM sebut garam dan gula memang pernah terjadi bibik kakak tercampur tuang garam ke dalam balang gula. Cuma itulah tak logiknya manalah ada balang garam besar macam belang gula, tapi dah nak terjadi apo nak dikato...

Unknown delete icon 11:24 PG

kalau dapur cantik camni rasanya mmg sayang kalu nk masak BM.
hehe..

Unknown delete icon 11:35 PG

kalau dpt dapo cantik camni tak rajin masak tak tahu lagi la nak buat apa..mesti en hubby ketuk kepala nanti..hahaha..

Mizz Aiza delete icon 11:40 PG

tips yang bagus sebagai panduan untuk mengubahsuai dan menghias dapur..

wanariahamiza delete icon 12:29 PTG

Cantik dekorasi dapur moden. Namun saya tetap berbangga dengan dapur rumah saya. Dapur kampung lagi. Hehe. :)

Khir Khalid delete icon 12:56 PTG

Wah.. cantik2.. dapur klu kecil, tp pandai memanafaatkan ruang mmg nmpak kemas, cantik & selesa.. mmg menarik.. Salam Isnin BM.. :)

Unknown delete icon 1:00 PTG

Good entry untuk rujukan mereka2 yang nak ubahsuai dapur.. :D
Cantek-cantek gambar design dapur tu.. warna ceria.. tapi dapur umah kita kecik jerr.. huhuhu...

sitirohaida delete icon 1:30 PTG

tak sabar nak decorate dapur rumah baru saya..dah bermacam imaginasi untuk dapur..wanita...bila bab dapur mereka selalu mengutamakannya..

Unknown delete icon 1:47 PTG

hihihi...kalau dapur rumah cik akak sebijik macam dapur dalam gambar nie...kompem hari2 cik akak masak..hahaha

suka dapur yang luas, kemas dan pencahayaan serta pengudaraan yang baik...

BinMuhammad delete icon 1:55 PTG

Betul tu, dapur cantik tiada guna kalau tidak berasap :)

BinMuhammad delete icon 1:56 PTG

Nampak sgt lama tak singgah...hehe

BinMuhammad delete icon 1:57 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Ya betul tu...suasana dapur juga beri impak pada mood

BinMuhammad delete icon 2:00 PTG

Haha...sampai ngences! Selalunya pasti jenis/bentuk bekas pun berbeza...Tapi kalau dah tak berhati2, terjadi juga. Nasib baik belum salah guna... ada juga terminum kopi masin...huhuhu

BinMuhammad delete icon 2:01 PTG

Cantik, kemas, dan teratur untuk memberikan keselesaan dan menambah semangat. Jgn le cantik sgt sampai xmau masak pula. :)

BinMuhammad delete icon 2:02 PTG

Hahaha...jangan sampai ada yang kena ketuk kepala sudah le...

BinMuhammad delete icon 2:03 PTG

Sekadar memberi pandangan peribadi krn saya paling tak suka lihat dapur yang kotor, semak dan berserabut. Nak jengok dapur pun malas...

BinMuhammad delete icon 2:05 PTG

Dapur kampung sesuai bagi rumah yg besar. Di kampung boleh le...memang terbaik dan sedap masakannya. Tapi kalau dah duduk kat flat dan apartment...huhuhu

BinMuhammad delete icon 2:07 PTG

Susun atur amat penting. Bila susunan tepat...dengan sendirinya akan tampak kemas dan selesa.

BinMuhammad delete icon 2:08 PTG

Buat rujukan kpd yg memerlukan. Dapur kecik tidak bermakna tidak boleh di dekorasi menjadi kemas dan selesa...Yg penting perlu bijak berekperimen nanti dapatlah yg terbaik.

BinMuhammad delete icon 2:10 PTG

Semoga entri ini dapat memberikan idea dan pilihan utk anda. Semoga mendapat dapur idaman :)

BinMuhammad delete icon 2:11 PTG

Ye ke cik akak...boleh percaya ke ni. Takut nanti tidur pun kat dapur....dah cantik sgt, hehe

BinMuhammad delete icon 2:12 PTG

Itu adalah dapur idaman setiap orang tapi tak semua mampu memilikinya. Yg penting...dapat kemas dan selesa pun bersyukurlah.

wahh kalau kat rumah dapur macam seperti ini memang selesa :) terima kasih atas tips yang sangat berguna

kalau duduk rumah teres ni..payah sikit nak design dapur..ruang terhad...tp akka suka dapur yg ada byk tingkap..mcm kat kampung..buka tingkap...nampak pemandangan..memasak pun seronok..

Wahhh dapor BM mesti cantikkan? Rajin cari idea.
Thank you BM; gambar semuanya cantik2.
Paling suka semua putih & hitam. Bestnya.
Alhamdullilah...MZ dah dapat dapor ala2 mcm tu cyg nak berlemoh ujud dapur ketiga dapor banjir http://maszie.blogspot.com/2013/09/deco-sana-sini.html


hihi, tergelak baca komen yang atas sekali tu, cantik tak guna kalau tak berasap..hihi..

mama dapur biasa je, berasap hari-hari.. hihi

Ruang dapur di rumah saya belum sampai tahap ni lagi.

Suka yg merah putih tu. Nak buat camtuh ritu tp proposal xlepas. Hehe... kalau rumah luas boleh la buat island. Tp kalau dh sempit, sesuai L jer..

BinMuhammad delete icon 8:14 PTG

Keselesaan dapur dapat memberi mood dan semangat yg berbeza...

BinMuhammad delete icon 8:16 PTG

Semoga tips ini dapat membantu. Kalau rumah besar spt kat kg...memang terbuka aje. Aman dan nyaman memasak...sebab tu masakan ibu sedap :)

BinMuhammad delete icon 8:24 PTG

Dapur banjir...macam mana tu! Nanti saya terjah...menarik bunyinya :)

BinMuhammad delete icon 8:26 PTG

Saya tau...mama memang selalu masak. :)
Tapi ada juga yang jenis dapur cantik tapi tak berasap, makan kat luar jer...last2 suami 'makan luar' hahaha

BinMuhammad delete icon 8:28 PTG

Suatu hari nanti bila dah beristeri dan ada rumah sendiri...Jgn lupa tips2 ni ye cikgu :))

BinMuhammad delete icon 8:30 PTG

Dapur luas memang boleh buat island tapi saya tidak suka le... suka kabinet di tepi dinding saje. Biar lapang dan luas...terasa bebas. Buat kenduri pun senang... Setiap orang berbeza citarasanya :)

kak tie delete icon 9:07 PTG

cantik sungguh...rasa macam x nak duk kat ruang tamu,rasa nak lepak2 kat dapur jer

ANIM delete icon 10:13 PTG

dapur berkilat..adoi memang cantik dipandang. kak suka dapur yang senang dllap dan dibersihkan. yang penting nampak kemas dan peralatannya mudah dicapai tika mahu digunakan

Tanpa Nama delete icon 10:21 PTG

sangat2 membantu entri BM ni..tapi kathy ssh nak praktikkan sebab masih menyewa rumah lagi..tunggu ada rumah sendiri nanti...kathy pun suka kabinet dapur di tepi dinding..kemas..

Unknown delete icon 10:24 PTG

semua cantik2..bertuahnya badan... jangan sayang nak masak sudah.. =)

Blog Santai delete icon 11:15 PTG

suka yang last one tu..very cozy...

PCL delete icon 11:16 PTG

waduhhh..bila ke IKEA nk buat mcm design dorang...bila ada kat sini nak bua mcm sini... last sekali tak buat2 sampai ke sudah..haha fenin dgn bajet sebenarnya..

mrhanafi delete icon 2:08 PG

kalaulah saya punya dapur macam tu..

Entri terhangat saya bertajuk- 7 Kebaikan Bersetubuh Dari Sudut Saintifik

Fais-SKA delete icon 7:47 PG

btul tu..smua tips yg dikongsi mmg sy stuju =) dapur dgn prmpuan mmg xdpat dipisahkn..kalau bleh mmg nk nmpak cntik..bialah dpur tu function drp pntgkn kecntikan..yg pntg selesa dan teratur..

Tanpa Nama delete icon 11:47 PG

sukanyer KA tgk !

OKje delete icon 10:56 PG

Suka dapur yg atas tu...kontemporari moden.... bawah tu pun cantik gak, merah ...
tapi syukur aje le dengan dapur tunggang langgang yg ada tu heehe...dah selesa banget tu

dapur saya belum seperti itu,maklum rumah baru

Unknown delete icon 11:47 PG

Salam perkenalan, sila lawat blog saya untuk merawat dan mencegah masalah kesihatan, tq http://aljabbarsophia.blogspot.com/

Tanpa Nama delete icon 1:21 PTG

Bukan tak nak masak .... nanti dapur yg cantik tu ,kotor ..ahha hha a a a .. so kita masak kat kedai ek .??

Unknown delete icon 5:04 PTG

Betul, betul, betuulll...

Unknown delete icon 3:57 PTG

Saya sukakan dapur yang simple tetapi kemas dengan susun atur yang sempurna

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap