Dekorasi Ruang - Rekaan Meja & Kerusi Kreatif


Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan KreatifLama tidak menampilkan entri berkaitan idea kreatif. Kali ini kembali dengan rekaan kreatif kerusi dan meja yang sesuai untuk dekorasi menarik di ruang tamu, ruang makan mahupun ruang rehat dan bacaan.

Pilihan menarik juga untuk susunan dekorasi ruang yang sempit dan terhad. Istimewa juga dengan rekaan kreatif yang boleh berubah bentuk menjadi benda lain yang berlainan fungsi.

Kreativiti anugerah Ilahi

Rekaan-rekaan yang menarik dan kreatif ini memerlukan idea dan kreativiti yang tinggi. Seseorang yang mampu berfikir di luar dari kebiasaan. Satu anugerah kemahiran yang tidak di miliki oleh setiap insan. Anugerah yang di beri oleh Allah SWT kepada insan-insan tertentu...Bersyukurlah kepada sesiapa yang memilikinya...dan bersyukur juga kita kerana dapat menikmatinya. 

Idea kreatif untuk menghasilkan kerusi dan meja ini bukan sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan kepakaran dan kreativiti yang tinggi. Kebolehan seseorang individu dalam mereka cipta dan menterjemahkannya dalam bentuk tiga dimensi amatlah dikagumi.

Rekaan menarik ini dapat memberikan anda pilihan dalam pemilihan kerusi dan meja yang sesuai dengan kegunaan dan keluasan ruang. Pilihan dekorasi untuk anda lari dari kebiasaan yang menjadikan rumah anda kelihatan lebih menarik, moden, unik dan eksklusif.

Rekaan kreatif kerusi dan meja

Anda nikmati pelbagai idea rekaan menarik kerusi dan meja ini yang mungkin boleh menjadi pilihan dan membuka minda anda dalam memilih kerusi dan meja yang sesuai dan menarik untuk ruang pilihan anda samaada di rumah mahupun pejabat.

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Kerusi boleh ubah yang memberi kemudahan untuk anda menyimpannya
jika tidak digunakan. Boleh di bawa kemana sahaja dan menarik pula
rekabentuknya.

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Rekan unik dan kreatif yang begitu anggun sebagai meja makan yang
sungguh eksklusif. Pasti memikat setiap mata yang memandang!

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif 
Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Dua buah rekaan kerusi istimewa yang sungguh menarik yang boleh 
berubah bentuk dan fungsi. Pasti memikat dan amat berguna untuk
anda yang hanya mempunyai ruang yang amat terhad. 

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan KreatifDekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Kemas, menarik dan praktikal. Mungkin itu kata-kata sesuai untuk kedua-dua 
rekaan menarik diatas. Dapat menyembunyikan kerusi dengan kemas dan tersusun 
lalu menukar bentuk dan fungsinya menjadi sebuah kabinet. 

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Kerusi menarik ini sesuai di letakkan di halaman rumah anda. Berfungsi
2 dalam 1, ianya dapat menjadi kerusi rehat sambil menghirup udara
segar dan juga sebuah kerusi untuk anda melakukan latihan kecergasan
untuk kesihatan tubuh badan. Sungguh praktikal dan berguna!

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan KreatifDekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Rekaan yang kelihatan hampir sama tapi tidak serupa. Terpulang
kepada anda, pilihlah yang bersesuaian dengan dekorasi dan keluasan
ruang yang anda ada. Sungguh menarik kerana ianya tampil kemas
dan tersusun. 

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Sebiuah meja, juga sebuah kerusi dan juga sebuah rak. 3 dalam 1.
Sesuai untuk bilik yang terhad keluasannya. kanak-kanak pasti
amat menyukainya.

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Satu lagi rekaan kerusi yang sungguh menarik dan inovatif. Sesuai dan
amat menarik di letakkan ditaman halaman anda. Berbentuk seperti 
sekuntum bunga, sungguh mengujakan!

Dekorasi Ruang Dengan Kerusi Dan Meja Melalui Idea Rekaan Kreatif
Akhir sekali, rekaan meja dari bahan semulajadi yang sungguh eksklusif.
Batang pokok yang dipotong dan disusun menjadi sebuah meja yang
pasti memukau setiap tetamu yang datang. Anda boleh cubanya sendiri!

Idea kreatif membuka minda

Idea rekaan kreatif ini bukanlah mudah untuk anda temui. Ianya sesuatu yang eksklusif. Di kedai-kedai perabot yang besar mungkin ada. Semoga ianya dapat membuka minda anda dalam melihat rekaan kerusi dan meja yang luar dari kebiasaan tetapi sungguh menarik dan mengujakan.

Untuk memilih kerusi dan meja yang sesuai dengan kegunaan, keselesaan, bertepatan dan sesuai dengan ruang yang anda ada adalah penting agar dekorasi ruang anda kelihatan menarik, tidak sesak dan berserabut. Rekaan kreatif ini juga memberi anda pilihan utuk menjimatkan belanja dengan kebolehan ia bertukar bentuk dan fungsi.


Yang manakah menarik perhatian anda? Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet. Semoga anda terbuka minda dan mendapat serba sedikit informasi.


Sesungguhnya kita ini hanyalah insan yang lemah, segalanya adalah dariNya dan hak milikNya...



Admin...

46 Komentar untuk "Dekorasi Ruang - Rekaan Meja & Kerusi Kreatif"

Seronok jadi kreatif nie.. tapi kadang2.. nak praktik pulak yang payah.. akak lah tu.. :D

selalunya barangan yang rare/ unik dijual mesti mahal harganya..
tak dapat beli, tengok gambar telan ailiyo je lah hehe

Rumah kakak kecik boleh buat macam ini tapi itulah nak buat sendiri tak pandai nak tempah pastinya mahal. Memang sangat praktikal semuanya..

Salam mawar seharum tanjung,
Ummi dah kunjung... :)

Halia dimayang cecah gelama,
Mayang dikerat menanti kari;
Dia Yang Ku Sayang sudah menjelma,
Sayang sahabat pasti kemari.

Pantun sekali lagi...sorii :)

Halia dimayang lidah tersembul,
Mayang dikerat menati kari;
Dia Yang Ku Sayang sudah pun muncul,
Sayang sahabat pasti berentri... :)

bestnya kalau orang kreatif nie kan :) semua benda buat menjadi, boleh jimatkan ruangan lagi

bagus perkongsian ni..:) boleh bantu beri idea utk pilih perabot yang sesuai di rumah..:)terima kasih BM..

Sejak ada konsep 2 in 1, 3 in 1 dan seterusnya....makin banyak idea menarik ..
Boeh jimat ruang banyak tu..

kalaulah kathy sekreatif itu........

aa..menarik! part kerusi yg de buat kayuhan tu
beznye klo jumpe
sambil beristirehat samabil mengayuh

subhanallah =) sngat kreatif..kagum tgok org yg pndai reka smua ni..bila otak dah kreatif..confirm dapat bt duit dan memanfaatkn pd alam..suka konsep yg ditunjukkn..pndai main dgn ruang =)

kreatif sungguh mrk nih . mlh blh buat duit lagi dgn rekaan yg eksklusif ...

kreatif sgt...kalau la boleh design sendiri

Memang sukar tapi tidak mustahil. Jika ada usaha...pasti berjaya juga akhirnya ")

Memang sukar nak dapat...sekurang2nya dapatlah lihat dan manalah tau terjumpa pula...

Ya, amat sesuai untuk ruang yg terhad

Untuk tatapan tapi manalah tahu terjumpa pula nanti, bolehlah beli...

Terima kasih Ummi...

Tepi paya tanam peria,
Pergi sabit sipohon kari,
Selagi daya dan ada idea,
Entri terbit setiap hari... Insyaallah...

Idea kreatif untuk dinikmati semua tapi sukar mendapatkannya.
Thx Acik.

Terima kasih CK...cuma ianya agak sukar untuk diperolehi

Betul tu Kak Anim...semuanya bertambah kreatif dan sesuai utk zaman ini.

orang tertentu sahaja memiliki kemahiran mereka cipta...pasti byk hikmahnya...

Kalau dah tak ada...boleh aje basikal buruk tu di modified, hehe

Itulah bagusnya jika anugerah kemahiran ini di adaptasikan dengan betul...ramai yg akan mendapat manfaatnya.
TQ Fais

Kemahiran dan idea kreatif ini sangat tinggi nilainya. Memang boleh buat duit!

Kalau AM boleh buat...pastinya rekaan anda di dalam entri ini :)

mmg kreatiff tapi ada ke jual kat kedai kat malaysia ni

Semuanya cantik..dan berkenan di hati..mana nak dpt benda kreatif dan lain ni? pasti menjadi daya tarikan setiap kali tetamu dtg..sy cuma ada sofa yang boleh jadi katil je..hehe

Agaknya rumah tuan blog mesti penuh dengan barang barang kreatif macam yg dipaparkan kan...betul tak?

Cantiknya pantun, pantun masterpiece ni... :)

Ikea byk brg2 kreatif kan kalau kt sini. Tp mahai juhak harga dia sepadan dgn idea kreatif yg dicurahkan.

pic pertama tu suka sangat..comel dan jimat ruang..:)

pic pertama tu suka sangat..comel dan jimat ruang..:)

Wah.. canTik nya... kita suka tengok

Meja makan tu memang exclusive BM..

Assalamualaikum, serius kreatif dan menarik sekali! suka tengok semua design ni :)

Menarik2...kat mana boleh beli apple merah paling atas tu?

Kreativiti tanpa batasan mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Unik dan kreatif.

Pandainya minda mereka menggunakan minda untuk berfikir. Inilah yang dikatakan genius mengikut bidang.

Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

blog yang penuh dengan informasi untuk di kongsikan terima kasih kepada tuan blogger

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... *Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye

Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
Copyright © 2014 Relaks Minda - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info