Kecantikan & Keunikan Bunga Desa: Assalamualaikum... Tinggal di kampung memang menyeronokkan. Anda tidak terkongkong dengan ruang tanah yang terhad. Bila ruang tanah terhad...barulah terasa betapa bernilainya tanah sekangkang kera itu. 

Aku sering pulang menemui ibu ku dan kelurga mertua. Sebulan sekali pasti kedua2nya aku kunjungi. Namun bila pulang berjumpa ibuku...aku hanya singgah di rumah kakak ku kerana ibuku tinggal bersamanya di Sungai Manik, Perak. Jika ingin melihat bagaimana rupa sebenar kampungku...anda boleh lihat di SINI.

Berbeza pula dengan sebelah ibu bapa mertua ku. Mereka masih menetap di kampung halaman di Kg. Sri Tiram, Tanjung Karang. Di sini suasana berbeza pula, ada sawah padi dan kebun kelapa sawit. Jika ingin melihat keindahan sawah padi di Tanjung Karang, anda boleh lihatnya di SINI

Walau pun mengusahakan kedua-duanya, rumah mertua ku tidaklah di tengah sawah tapi di kebun kelapa sawit. Inilah yang ingin aku kongsikan bersama anda semua.

Keindahan Bunga Ibu Mertua

Ibu bapa mertua ku ini memang sangat rajin bercucuk tanam. Keliling rumah di penuhi dengan pelbagai tanaman sana ada pokok buah-buahan mahupun sayur-sayuran. 

Pokok bunga...usah cakap le. Sama ada di tanam mahu pun yang tumbuh sendiri. Asalkan pokok tersebut berbunga pasti di jaga dengan baik oleh ibu mertuaku.

Anda jangan terkejut dengan koleksi bunga-bungaan yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Terlalu banyak dan pelbagai. Jangan tanya saya nama-namanya kerana memang banyak yang saya tidak tahu. Kerana terlalu banyak... saya pecahkan dalam beberapa entri. 

Koleksi Bunga Desa

Nikmati kecantikan dan keunikan bunga-bunga desa yang menarik untuk tatapan anda. Semua gambar-gambar ini adalah hasil tangkapan saya dengan kamera digital Nikon Coolpix S2500 dengan setting close up.

keindahan bunga desa
Gambar 1
keindahan bunga desa
Gambar 2
keindahan bunga desa
Gambar 3
keindahan bunga desa
Bunga Senduduk Ungu
keindahan bunga desa
Gambar 4
keindahan bunga desa
Gambar 5
keindahan bunga desa
Bunga Ulam Raja
keindahan bunga desa
Gambar 6
keindahan bunga desa
Bunga Kaktus
keindahan bunga desa
Bunga Teratai Putih
keindahan bunga desa
Gambar 7
keindahan bunga desa
Gambar 8
keindahan bunga desa
Gambar 9
keindahan bunga desa
Gambar 10
keindahan bunga desa
Gambar 11
keindahan bunga desa
Gambar 12

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga tersebut untuk menamakannya mengikut nombor gambar yang tertera. Terima kasih bersama Relaks Minda...Kehadiran anda amat-amat saya hargai.  = )

Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 2
- Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 3


Admin...

44 comments - "Kecantikan & Keunikan Bunga Desa"

wahhh ..cantik2 bungga tu... alamak acik fail nama nama bungga ini ..tak dapat nak labelkan...

miss yatie delete icon 9:35 PG

cantiknya gambar yg ke3 tu,

kampung memang indah dan best tenang, damai kan? tapi sayang KY tak ada kampung..nak santai2 bersama, blh KY ke kampung BM heee

Unknown delete icon 11:13 PG

Salam manis semanis madu...
Dalam gerimis menitis rindu... :D

Kerbau meredah bersama singa,
Rentap padi termakan paku;
Kalau sudah bernama bunga,
Tetap menjadi pujaan hatiku.

Plata sarat semalaman ternampak,
Bangau dilastik entahkan lari;
Wanita ibarat kuntuman berkelopak,
Kalau yang plastik masihkah dicari.

Unknown delete icon 11:16 PG

Ummi pantun lagi ye.. :)

Sudah tumbuh kenanga di bendang,
Berseri harum tahunya semerbak;
Indah sungguh bunga di pandang,
Diberi sekuntum mahunya sejambak.

Mama Amirul delete icon 11:20 PG

cantiknya....

sabar ibu menanti anak dewasa
kasih dan sayang tidak terperi
cantik sungguh si bunga desa
kembang di hutan anggun berseri

tengok gambar2 bunga tu terasa lapang hati.

cnatik bungatu, macam bunga tisu

OKje delete icon 12:04 PTG

BM...perasan tak awak cakap ni sekejap saya sekejap aku.... biasalah manusia mmg cam tu haha....

Yelah selagi masih ada jenguk2lah mereka...orang lelaki ni bukan susah pun jenguk orang tua berbual , makan dan tidur...pas tu tangkap gambau hehe... bukan nak kena masak pun apa susah! betul tak?

BinMuhammad delete icon 12:12 PTG

Biasalah...Same le kite, Mane le tau sangat nama2 bunga ni

BinMuhammad delete icon 12:15 PTG

Boleh sahaja, Jika mahu datang :)
Kecik tapak tangan...seluas bendang saya tadahkan!

BinMuhammad delete icon 12:32 PTG

Walalaikumsalam.
Hujan gerimis menitis rindu,
Harap terubat santai diblogku...

Gagah perkasa bukan mengaku,
Biarlah lentik berselerak ilmu,
Bunga desa pujaan hatiku,
Sungguh cantik pandang tak jemu.

Bangau dilastik entahkan lari,
Sudah tergolek diparang lagi,
Kalau plastik masihkan dicari,
Itukan pelik dilarang nabi...

BinMuhammad delete icon 12:42 PTG

Ummi berpantun saya membeli.. :)

Berseri harum baunya semerbak,
Keluar bercanda tidaklah hapak,
Diberi sekuntum mahunya sejambak,
Biar berpada janganlah tamak...hehehe

Kala hari sudahlah pagi,
Bila free datanglah lagi.

BinMuhammad delete icon 12:59 PTG

Sungguh bererti pantun ibu,
Manawan hati memukau kalbu...

Sedang lentik si anak dewasa,
Sudah menari tiada sumbingnya,
Memang cantik si bunga desa,
Indah berseri tiada bandingnya,

BinMuhammad delete icon 1:00 PTG

Terima kasih Ima kerana sudi menenangkan minda di sini

BinMuhammad delete icon 1:01 PTG

Terima kasih Mazliza, jikalau suka...nantikan koleksi terbaru :)

BinMuhammad delete icon 1:03 PTG

Memang perasan...memang seringkali begitu. Kejap2 saya, aku dan kadang2 BM... Jgn ada yg terganggu pula ye.

Betul tu OKje, lepak2 santai dikampung, apa lagi nak buat...belek apa yang ada le...hehe

Unknown delete icon 1:50 PTG

as-salam BM..

cantik dan terang gambar yang BM ambil ni..

Unknown delete icon 2:36 PTG

Belanga biasa antik bersegi,
Cucuh pelita terkena saya;
Bunga desa cantik mewangi,
Yang tumbuh di kota bagaimana ya. :D

BinMuhammad delete icon 2:39 PTG

Waalaikumsalam Mama,
Terima kasih...aktiviti masa terluang di kampung :)

Unknown delete icon 2:44 PTG

Nak pantun lagi.. :)

Perahu terjebak di hutannya semak,
Terketuk nesan bukanlah sengaja;
Mahu sejambak bukannya tamak,
Untuk hiasan di ataslah meja...

Unknown delete icon 2:57 PTG

Ummi datang lagii.. :)

Sekuntum kenanga diselit cantik,
Cantik bersulam di sanggul gadis;
Senyum berbunga diulit detik,
Berdetik di dalam bersimpul manis...

Lega di Relaks Minda... :D

BinMuhammad delete icon 3:04 PTG

Dengan suka hati saya membeli :D

Luka terjebak kini kuubatkan,
Lesu terpinga tanpa terikan,
Jika sejambak Ummi inginkan,
Sepasu bunga hamba berikan...:)

Tanpa Nama delete icon 3:26 PTG

cantik2 bunga tu yang atas2 tu rasanyer bunga jepun or bunga kembang pagi kot...

BinMuhammad delete icon 3:29 PTG

Mari kita berbalas pantun...

Raga diBota tiada barangnya,
Petik kelapa berjaja airnya,
Bunga dikota tidak kurangnya,
Cantik rupa berbeza aslinya.

Mama Amirul delete icon 3:33 PTG

Nak beli juga pantun ni...

Anak bujang bermain guli
Anak dara duduk berseloka
Bunga desa cantiknya asli
Bunga kota indahnya direka

BinMuhammad delete icon 3:38 PTG

Bestnye...kedatangan Ummi sentiasa dinanti!

Sekuntum kenanga dipetik gadis,
Hang kasturi jarang berkumis,
Senyum berbunga siadik manis,
Senyum sendiri kan kurang manis :)

BinMuhammad delete icon 3:39 PTG

Yang mana satu tu KA?

BinMuhammad delete icon 3:48 PTG

Teruja sungguh! Berbunga2 di hati... kihkih...

Dawai kasa dilentik kekiri,
Getah sekerap diperjaja bersendiri,
Bunga desa cantik tidak terperi,
Bunga kota harap diluar saja berseri...

Teruskan membeli Ibu... :)

Unknown delete icon 4:05 PTG

Ummi pulak beli boleh.. :D

Petik lili kenanga dan kedangsa,
Mengapa mata terbayang puteri;
Cantik asli sibunga desa,
Mengapa di kota yang dicari.

Unknown delete icon 4:15 PTG

Ummi dan Ibu verses Relaks Minda.. ;D

Petik kenanga kelopak bersimpul,
Menitislah pagi silau bermendung;
Cantik berbunga terletak di sanggul,
Manislah lagi kalau bertudung.

BinMuhammad delete icon 4:30 PTG

Boleh saja Ummi... :D

Gagah perkasa hidup semati,
Mahkota kaya gemerlapan permata,
Bunga desa tetap dihati,
Dikota hanya santapan mata...

ANIM delete icon 4:30 PTG

Tanjung karang? Orang jawa memang rajin tanam bunga dan bercucuk tanam. Contoh terdekat mak dan mertua sayalah...

BinMuhammad delete icon 4:35 PTG

Mari kita berpantun seloka bersama :)

Menitis pagi silau bermendung,
Tersadung kotak terpinga-pinga,
Manis lagi kalau bertudung,
Bertudung corak berbunga-bunga....

BinMuhammad delete icon 4:38 PTG

Ya...Mertua saya, orang Tanjung Karang. Samalah kita. Mereka memang rajin sungguh!

Unknown delete icon 8:40 PTG

Pandainyaa....Ummi tersenyum berbunga sorang-sorang :D

BinMuhammad delete icon 9:10 PTG

Senyum sorang jangan sekali,
Dipandang orang lain erti... :)

Unknown delete icon 9:48 PTG

berbakat BM dalam bidang fotografi ni

Unknown delete icon 9:58 PTG

Wow wow wow cantiknya; besar sungguh kawasan rumah mentua BM ya. Seronok nak tanam2. Saya suka tanam bunga matahari & orkid.

BinMuhammad delete icon 10:17 PTG

Rumah kampung mana ada berpagar, seluas tanah yg ada itulah keluasannya. Saya pun minat juga nak tanam2 ni tapi rumah perumahan manalah ada tanah. Pasti cantik pokok bunga tanaman MG.

BinMuhammad delete icon 11:02 PTG

Mungkinlah ada sikit2 tapi taklah terlalu advance. Setakat bolehlah...

Unknown delete icon 9:43 PG

:))

BinMuhammad delete icon 10:12 PG

Hahaha! :)))

Tanpa Nama delete icon 11:32 PG

bunga no 1 hingga no 3 tu, spesis yg sama kan

BinMuhammad delete icon 12:22 PTG

Yup! Betul...spesis yg sama cuma berlainan warna

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap