Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 1


Assalamualaikum... Tinggal di kampung memang menyeronokkan. Anda tidak terkongkong dengan ruang tanah yang terhad. Bila ruang tanah terhad...barulah terasa betapa bernilainya tanah sekangkang kera itu. 

Aku sering pulang menemui ibu ku dan kelurga mertua. Sebulan sekali pasti kedua2nya aku kunjungi. Namun bila pulang berjumpa ibuku...aku hanya singgah di rumah kakak ku kerana ibuku tinggal bersamanya di Sungai Manik, Perak. Jika ingin melihat bagaimana rupa sebenar kampungku...anda boleh lihat di SINI.

Berbeza pula dengan sebelah ibu bapa mertua ku. Mereka masih menetap di kampung halaman di Kg. Sri Tiram, Tanjung Karang. Di sini suasana berbeza pula, ada sawah padi dan kebun kelapa sawit. Jika ingin melihat keindahan sawah padi di Tanjung Karang, anda boleh lihatnya di SINI. Walau pun mengusahakan kedua-duanya, rumah mertua ku tidaklah di tengah sawah tapi di kebun kelapa sawit. Inilah yang ingin aku kongsikan bersama anda semua.

Keindahan Bunga Ibu Mertua

Ibu bapa mertua ku ini memang sangat rajin bercucuk tanam. Keliling rumah di penuhi dengan pelbagai tanaman sana ada pokok buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Pokok bunga...usah cakap le. Sama ada di tanam mahu pun yang tumbuh sendiri. Asalkan pokok tersebut berbunga pasti di jaga dengan baik oleh ibu mertuaku.

Anda jangan terkejut dengan koleksi bunga-bungaan yang ingin saya tunjukkan kepada anda. Terlalu banyak dan pelbagai. Jangan tanya saya nama-namanya kerana memang banyak yang saya tidak tahu. Kerana terlalu banyak... saya pecahkan dalam beberapa entri. 

Koleksi Bunga Desa

Nikmati kecantikan dan keunikan bunga-bunga desa yang menarik untuk tatapan anda. Semua gambar-gambar ini adalah hasil tangkapan saya dengan kamera digital Nikon Coolpix S2500 dengan setting close up.

keindahan bunga desa
Gambar 1
keindahan bunga desa
Gambar 2
keindahan bunga desa
Gambar 3
keindahan bunga desa
Bunga Senduduk Ungu
keindahan bunga desa
Gambar 4
keindahan bunga desa
Gambar 5
keindahan bunga desa
Bunga Ulam Raja
keindahan bunga desa
Gambar 6
keindahan bunga desa
Bunga Kaktus
keindahan bunga desa
Bunga Teratai Putih
keindahan bunga desa
Gambar 7
keindahan bunga desa
Gambar 8
keindahan bunga desa
Gambar 9
keindahan bunga desa
Gambar 10
keindahan bunga desa
Gambar 11
keindahan bunga desa
Gambar 12

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kepada anda yang mengetahui nama pokok bunga tersebut untuk menamakannya mengikut nombor gambar yang tertera. Terima kasih bersama Relaks Minda...Kehadiran anda amat-amat saya hargai.  = )

Nikmati lagi Keindahan Bunga Desa di sini :
Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 2
- Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 3


Admin...

44 Komentar untuk "Kecantikan Bunga Desa - Koleksi 1 "

wahhh ..cantik2 bungga tu... alamak acik fail nama nama bungga ini ..tak dapat nak labelkan...

cantiknya gambar yg ke3 tu,

kampung memang indah dan best tenang, damai kan? tapi sayang KY tak ada kampung..nak santai2 bersama, blh KY ke kampung BM heee

Salam manis semanis madu...
Dalam gerimis menitis rindu... :D

Kerbau meredah bersama singa,
Rentap padi termakan paku;
Kalau sudah bernama bunga,
Tetap menjadi pujaan hatiku.

Plata sarat semalaman ternampak,
Bangau dilastik entahkan lari;
Wanita ibarat kuntuman berkelopak,
Kalau yang plastik masihkah dicari.

Ummi pantun lagi ye.. :)

Sudah tumbuh kenanga di bendang,
Berseri harum tahunya semerbak;
Indah sungguh bunga di pandang,
Diberi sekuntum mahunya sejambak.

cantiknya....

sabar ibu menanti anak dewasa
kasih dan sayang tidak terperi
cantik sungguh si bunga desa
kembang di hutan anggun berseri

tengok gambar2 bunga tu terasa lapang hati.

cnatik bungatu, macam bunga tisu

BM...perasan tak awak cakap ni sekejap saya sekejap aku.... biasalah manusia mmg cam tu haha....

Yelah selagi masih ada jenguk2lah mereka...orang lelaki ni bukan susah pun jenguk orang tua berbual , makan dan tidur...pas tu tangkap gambau hehe... bukan nak kena masak pun apa susah! betul tak?

Biasalah...Same le kite, Mane le tau sangat nama2 bunga ni

Boleh sahaja, Jika mahu datang :)
Kecik tapak tangan...seluas bendang saya tadahkan!

Walalaikumsalam.
Hujan gerimis menitis rindu,
Harap terubat santai diblogku...

Gagah perkasa bukan mengaku,
Biarlah lentik berselerak ilmu,
Bunga desa pujaan hatiku,
Sungguh cantik pandang tak jemu.

Bangau dilastik entahkan lari,
Sudah tergolek diparang lagi,
Kalau plastik masihkan dicari,
Itukan pelik dilarang nabi...

Ummi berpantun saya membeli.. :)

Berseri harum baunya semerbak,
Keluar bercanda tidaklah hapak,
Diberi sekuntum mahunya sejambak,
Biar berpada janganlah tamak...hehehe

Kala hari sudahlah pagi,
Bila free datanglah lagi.

Sungguh bererti pantun ibu,
Manawan hati memukau kalbu...

Sedang lentik si anak dewasa,
Sudah menari tiada sumbingnya,
Memang cantik si bunga desa,
Indah berseri tiada bandingnya,

Terima kasih Ima kerana sudi menenangkan minda di sini

Terima kasih Mazliza, jikalau suka...nantikan koleksi terbaru :)

Memang perasan...memang seringkali begitu. Kejap2 saya, aku dan kadang2 BM... Jgn ada yg terganggu pula ye.

Betul tu OKje, lepak2 santai dikampung, apa lagi nak buat...belek apa yang ada le...hehe

as-salam BM..

cantik dan terang gambar yang BM ambil ni..

Belanga biasa antik bersegi,
Cucuh pelita terkena saya;
Bunga desa cantik mewangi,
Yang tumbuh di kota bagaimana ya. :D

Waalaikumsalam Mama,
Terima kasih...aktiviti masa terluang di kampung :)

Nak pantun lagi.. :)

Perahu terjebak di hutannya semak,
Terketuk nesan bukanlah sengaja;
Mahu sejambak bukannya tamak,
Untuk hiasan di ataslah meja...

Ummi datang lagii.. :)

Sekuntum kenanga diselit cantik,
Cantik bersulam di sanggul gadis;
Senyum berbunga diulit detik,
Berdetik di dalam bersimpul manis...

Lega di Relaks Minda... :D

Dengan suka hati saya membeli :D

Luka terjebak kini kuubatkan,
Lesu terpinga tanpa terikan,
Jika sejambak Ummi inginkan,
Sepasu bunga hamba berikan...:)

cantik2 bunga tu yang atas2 tu rasanyer bunga jepun or bunga kembang pagi kot...

Mari kita berbalas pantun...

Raga diBota tiada barangnya,
Petik kelapa berjaja airnya,
Bunga dikota tidak kurangnya,
Cantik rupa berbeza aslinya.

Nak beli juga pantun ni...

Anak bujang bermain guli
Anak dara duduk berseloka
Bunga desa cantiknya asli
Bunga kota indahnya direka

Bestnye...kedatangan Ummi sentiasa dinanti!

Sekuntum kenanga dipetik gadis,
Hang kasturi jarang berkumis,
Senyum berbunga siadik manis,
Senyum sendiri kan kurang manis :)

Teruja sungguh! Berbunga2 di hati... kihkih...

Dawai kasa dilentik kekiri,
Getah sekerap diperjaja bersendiri,
Bunga desa cantik tidak terperi,
Bunga kota harap diluar saja berseri...

Teruskan membeli Ibu... :)

Ummi pulak beli boleh.. :D

Petik lili kenanga dan kedangsa,
Mengapa mata terbayang puteri;
Cantik asli sibunga desa,
Mengapa di kota yang dicari.

Ummi dan Ibu verses Relaks Minda.. ;D

Petik kenanga kelopak bersimpul,
Menitislah pagi silau bermendung;
Cantik berbunga terletak di sanggul,
Manislah lagi kalau bertudung.

Boleh saja Ummi... :D

Gagah perkasa hidup semati,
Mahkota kaya gemerlapan permata,
Bunga desa tetap dihati,
Dikota hanya santapan mata...

Tanjung karang? Orang jawa memang rajin tanam bunga dan bercucuk tanam. Contoh terdekat mak dan mertua sayalah...

Mari kita berpantun seloka bersama :)

Menitis pagi silau bermendung,
Tersadung kotak terpinga-pinga,
Manis lagi kalau bertudung,
Bertudung corak berbunga-bunga....

Ya...Mertua saya, orang Tanjung Karang. Samalah kita. Mereka memang rajin sungguh!

Pandainyaa....Ummi tersenyum berbunga sorang-sorang :D

Senyum sorang jangan sekali,
Dipandang orang lain erti... :)

berbakat BM dalam bidang fotografi ni

Wow wow wow cantiknya; besar sungguh kawasan rumah mentua BM ya. Seronok nak tanam2. Saya suka tanam bunga matahari & orkid.

Rumah kampung mana ada berpagar, seluas tanah yg ada itulah keluasannya. Saya pun minat juga nak tanam2 ni tapi rumah perumahan manalah ada tanah. Pasti cantik pokok bunga tanaman MG.

Mungkinlah ada sikit2 tapi taklah terlalu advance. Setakat bolehlah...

bunga no 1 hingga no 3 tu, spesis yg sama kan

Yup! Betul...spesis yg sama cuma berlainan warna

Coretan anda amat-amat saya hargai. Terima kasih daun keladi, jangan lupa berkunjung lagi... Blog ini sudah diformat dofollow, setiap komen juga akan memberi backlink untuk anda...

*Semua komen dari Anonymous dianggap spam...Maaf ye


 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info